Monday, December 30, 2013

Meneruskan Semula...

As Salam.

Yang pergi tetap pergi.
Yang hidup... perlu meneruskan kehidupan.
Entah esok-lusa, tiba pula giliran kita.

Hari Jumaat lepas kami dengan berat hati tinggalkan mak kat kampung.

Sampai menangis-nangis dania ajak Nenek Jah ikut balik Semenyih.

(mak ayu dania panggil nenek Jah. Mak nizam pulak dipanggilnya Nenek Ucu).

Jenuh jugak Nenek Jah dan kami nak "menerangkan" konsep tak boleh tinggalkan rumah sebelum 40 hari arwah PokMe meninggal.

Nanti kesian roh PokMe balik rumah tengok takder orang kat rumah.

Tu jer yg dpt explain kat dania.
Dalam explain tu berlaku jugak drama airmata masa nak balik tu.

Tapi nak buat macam mana.
Ginilah hidup merantau kan.
Terpaksa tinggalkan mak-ayah demi mencari rezeki.
Berpisah hari ni, belum tentu dapat berjumpa lagi.


Sekejap lagi baru nak balik Semenyih.
Bermulalah misi mengemas rumah.
3 minggu tinggalkan rumah.
Memang nak kena spring cleaning habis-habisan!

Esok pulak nak ke Shah Alam.
Ada urusan bisnes.
Alhamdulillah. Rezeki Allah berikan.

Walau 3 minggu ni boleh dikatakan down habes.
Tapi doa tetap tak putus agar rezeki ada.
Allah Maha Mendengar dan Maha Pemurah.
Syukur Alhamdulillah.

Sekolah pun dah nak start hari Khamis.
Esok jugaklah baru nak beli kelengkapan sekolah dania.

Dania pun akan start sekolah agama.
So lebih banyak nak kena beli keperluannya.

Plan nak bercuti tangguh dulu.
Sebab masih takder mood nak bergembira.
Lagi pun, masa macam suntuk sangat.

In shaa Allah, soon akan ada short getaway.

As for now,
Lagi 2 hari 2013 akan berakhir.

Walaupun tirai 2013 ditutup dengan kehilangan abang.

Namun, ayu akan terus tabah dan berusaha untuk menjadi lebih baik dan berjaya dalam tahun 2014.

Business Projections untuk 2014 sedang dirangka.

In shaa Allah. Senang ayu, senanglah keluarga ayu. Kerana apa yg ayu usahakan adalah untuk insan yg ayu sayangi.

Hidup untuk memberi. Kerana itulah nilai sebuah kejayaan.

Jumpa lagi.

♥Ayu Rashid♥

2 comments:

cik hani said...

semoga tabah dan kuat semangat ye ayu.
semoga mak jugak kuat semangat

Ayu Rashid said...

terima kasih hani. amin