Friday, December 20, 2013

Pilu

As Salam.

Masih bersiaran dari Besut.

Sepatutnya nizam nak datang ambik kami 3 beranak malam tadi.

Then Sabtu nak balik Keratong sebab Isnin & Selasa nizam kerja kat Caah, Segamat.

Tapi...
Berat rasa hati nak tinggalkan mak.
Kalau kami dah balik, sunyi gila rumah ni.

So, nizam akan datang hari Selasa atau Rabu depan. Hari apa nak balik Keratong tatau lagi.

Mungkin kami akan bercuti sehari dua kat Melaka.
Menunaikan janji pada Dania dan Hariz. Nak bawak pegi Zoo Melaka (adeh!)


Hari ni dah masuk hari ke-12 abang ayu meninggal.

Masih terasa sayu dan pilu mengenangkan arwah.

Tak tau kenapa, hati ni lebih sedih bila arwah meninggal... berbanding meninggalnya arwah ayah ayu dulu.
Pelik kan?


Mungkin sebab dalam rumah ni terlalu banyak kenangan dan hasil "air tangan" yg arwah abang tinggalkan.


Tengok itu teringat dia.
Tengok ini teringat jugak.
Lepas tu airmata bergenang dan meleleh laju.

Segera kukirimkan Al-Fatihah untuknya dan arwah ayah.


Kehilangan untuk selamanya adalah amat perit.
Ia mengubah seluruh perasaan kita.
Ia merentap kegembiraan.

Dan kita yang ditinggalkan akan menanggung rindu yg takder penghujungnya.

Dikala rindu...
Pejamkan mata.
Bayangkan diri dan wajahnya.
Kirimkan secebis doa untuknya.


Ada rakan yg bertanya.
"Ayu dah recover ke dari kesedihan?"

Pasti jawapannya BELUM.

Tapi, yg hidup tetap perlu meneruskan kehidupan.

Entah esok-lusa... kita pula menerima Jemputan Ilahi.

Sesungguhnya,
Kematian seseorang adalah saat yg terbaik untuk kita muhasabah diri.

Jika hari ini kita melihat keranda orang lain diusung, bila tiba masanya... keranda kita pula diusung.

*ayat novel sangat kan?

Jumpa lagi dan selamat berhujung minggu

♥Ayu Rashid♥

2 comments:

cik hani said...

Semiga roh mereka dicucuri rahmat.
tak mudah nak recover bila ada berita macam ni.
take time ayu..and insyaAllah rasa tenang

Ayu Rashid said...

terima kasih lagi sekali hani.. ye lah kan, sebab ni kategori meninggal mengejut. sebab sebelum tu sihat jer. tapi dah ketentuan Ilahi macam tu.