Wednesday, December 4, 2013

SOHO| Impianku -vs- Apa yang Ku adoooo Sekarang :P

As Salam.

SOHO ni memang dari dulu lagi dah jadi impian ayu.
Berangannnnn sangat nak ada bilik khas untuk bekerja dan berinternet.
Tapi buat masa sekarang, masih belum tercapai impian.
In shaa Allah, soon mesti dapat.

Maka, marilah berangan bersama-sama Ayu Rashid :P

Ayu nak jenis yang simple macam ni jer.
Ayu tak suka banyak barang, tak suka messy-messy ni.
Kalau boleh semua barang letak kat dalam drawer atau almari bertutup.
Cukup mana perlu jer nampak kat mata secara direct.
Wah! Selera kan main besar. 

Ini kalau bertapa pun i rela!

Nanti anak dah besar sikit, boleh sesamer buat kerja dan belajar dalam ruang ni. Oh! Indahnya berangan :P
*
*
*
TAPI...
Buat masa sekarang. ini jer la yang makcik mampu!
*
*
*

Ber-SOHO kat ruang tamu, sebelah TV dan paling takleh blah, depan dan sebelah pintu bilik air.
Ko mampu buat SOHO macam i? hehhehe
Takper janji adooooo. 

Meja belajar dari zaman MMU lagi ni. Beli kat kedai perabot kat Bukit Beruang. Tahun 2002 kot. 

Banyak jasa meja ni. 

Selain guna untuk masa belajar, guna untuk masa dah kerja sampailah sekarang.

Paling berjasa: nizam guna buat panjat mengecat rumah Semenyih ni. 
Pastu masa nak turun meja ni tersenget so gedebukkkk nizam jatuh macam nangka besar jatuh! Hahahahaa. Kenangan mengecat rumah!

Drawer pun dah senget dan pecah sebab masa rumah Seksyen 7 kena pecah masuk dulu si malaun tarbus pemecah masuk rumah tu pecahkan drawer ni. 

Tapi bagus gak dia pecahkan, sebab i pun tatau mana campak kunci drawer ni. Pandai sangat, kunci drawer... pastu kunci campak ntah-ke-mana-mana!

Nampak tak, kan dekat ngan dapur jugak tu. Kalau lapar-dahaga... beberapa langkah jer dah boleh makan!
Kalau nak tengok TV pun, jenguk jer ke kanan... dah boleh tengok TV... hehhee.

Pastu kat belakang ni, ayu letak sofa. Selalunya nizam suka landing kat sofa.
Hariz pulak main atau tengok TV dekat depan area TV tu. 
So, semua 'kemudahan' ada kat living hall ni. 

Bila hariz nak pegang tangan tak boleh sebab mama duduk buat kerja kat sini kan...
So, dia kan duduk atas lantai kat tepi kerusi (belah kanan) dan dia ayu akan hulur kaki kanan.
Dapat la dia pegang KAKI supaya dapat lepaskan gian huuhuhu.
Ni la namanya tak dapat tangan, kaki pun jadiiiiiii.
("Tak dapat tanduk, gading pun berguna" punya konsep!)

Kalau orang tak tengok memang susah nak caya betapa hariz sampai macam tu sekali.
Nanti kena kat batang hidung sendiri, baru tau betapa mencabarnya nak jadi WAHM ni.
Sebab tu laaaa... ayu tak buat SOHO kat dalam bilik.
Walaupun bilik kat atas memang boleh sangat setup SOHO cantik-cantik.
Tapi confirm sekadar hiasan jer. Jangankan nak buat kerja kat situ.
Naik atas pakai baju pun hariz kat bawah dah melalak-lalak even papa dia ada pun!

Maka, bersyukurlah ada SOHO di depan bilik air ini.
Lagi pun bukan manjang benor dok buat kerja kat sini kan.
Ayu selalunya guna labtop untuk update blog dan edit gambar.
Kalau setakat update status pasal Business ayu selalu guna HP @ Tab jer.
Boleh sambil golek-golek atau masak. 

My current Online Businees. Semoga dipermudahkan. Amin.

My feveret flowers! 

In shaa Allah.
Bila hariz dah makin besar... dah makin bijak.... dah tak manja macam sekarang.
Ayu plan nak setup jugak SOHO yang lebih proper.
Nanti dalam tu jugak dania dan hariz boleh menempel sama.

Nak wujudkan suasana pembelajaran untuk anak-anak paling penting.
Kalau bilik kat tingkat bawah senang.
Ni tingkat atas yang jadi constraints. 
Malas nak turun naik pun satu hal hehhehe.
Lagi pun, bila dok kat atas rasa tak berapa syok sebab takleh tengok kat depan rumah.
Rasa takut pon ada... huhuhuhu.
Caner tu?

Sebab tu la, nak sangat buat rumah sendiri atas tanah.
Rumah setingkat dan of course kat kampung.
Taknak dok bandar, tak suka.

Oh! Bab rumah idaman ni kena buat Entry Khas! Hahhaha.
Berangan tak kena bayar. Silalah berangan.

Ok, jumpa lagi...
Bersiaran langsung dari my SOHO (lahhh sangatttttt!)



4 comments:

MamaDaniel said...

kita berangan gak.. ikea style..hihi.. jom berangan sesama... :D

UMIE SUE said...

moga bisnes bertambah maju..aminnn

cik hani said...

takpe..soho kecik dulu takpe.
sementara anak kecik ni..

lagipun dekat dengan semua kemudahan, dan dapat tengok anak sekali.

Ayu...
Rumah sewa saya kat Seksyen 7 pun kena masuk pencuri dulu.hilang laptop

Fizah said...

soho temporary ayu ni pun tetap homeyyy...:))