Wednesday, December 31, 2014

GOOD BYE 2014... WELCOME 2015


Berlalunya 2014 yang penuh suka dan duka.
Semuanya tinggal sejarah yang terpahat dalam ingatan.

Semoga 2015 akan memberikan sinar gemilang dan kebahagiaan.

Selamat Tahun Baru.

Salam Sayang;
Ayu Rashid

Thursday, December 25, 2014

SOHO| Daily Planner & Home Binder

Assalamualaikum.

Berbaki 6 hari saja lagi kita berada dalam tahun 2014. Jika dipanjangkan usia, kita akan menyambut tahun baru 2015 pada hari Khamis depan. Dah ready nak tutup 'diary' 2014? Dah sedia dengan Plan 2014 yang katanya ekonomi jatuh merudum?



Entry ini khusus untuk Cabaran Bulan November & Disember di blog Susun Atur Sioca iaitu Home Binder. Dah nak tamat masa sertai cabaran ini, baru saya terhegeh-hegeh nak buat entry. Kebetulan pula semalam suami bawak balik Kalendar Meja dan Planner 2015 daripada TNB. Terus bersemangat nak share dan join peraduan. Semoga ada rezeki memang Home Binder dari Fizah hehehe.




Buat yang baru saja menjenguk blog ini. Saya adalah WAHM. Saya menjalankan bisnes online menjual produk-produk syarikat Hai-O Marketing Sdn. Bhd., menjadi Ahli Akademi Bekerja di Rumah dan menjadi Penulis Blog sebuah workshop Lori dan Trailer yang terletak di Shah Alam. 


InsyaAllah, ada projek terbaru saya dan pemilik workshop tersebut untuk tahun 2015 yang berkaitan khidmat perundingan dan motivasi. Ia masih lagi dalam proses awal, InsyaAllah akan dilancarkan sepenuhnya pada bulan Jun 2015. Semoga urusan saya dan sahabat saya dipermudahkanNya. Amin.


Jadi, sebagai WAHM dan ibu kepada 2 anak, macam-macam benda yang saya kena fikir dan buat. To-Do-List adalah perkara yang wajib ada. Follow atau tidak, itu lain cerita hehehe. Lagi pun, sejak zaman belajar dan bekerja, saya memang akan buat To-Do-List. Sebab itulah saya memang 'gilakan' organizer, planner dan buku-buku nota (buku tulis dania pun selalu daku rembat heehhe)





Contoh saya buat target bulanan untuk bisnes kat buku.


Bila buat bisnes, target mesti ada. Tercapai atau tak, jangan fikir dulu :)



Home Binder 2014 by Fizah Susun Atur Sioca
Dalam banyak-banyak organizer/diary/buku yang saya guna untuk tahun 2014, Home Binder ni paling WIN!

Masa ni beli version softcopy, so print saja. Cantik kan?
tahun 2015 punya lagi lawa fizah buat.


Memang praktikal!

Kat Home Binder ni pun tulis Monthly Sales Target. 

Senang nak tengok berbanding yang tulis kat buku. Mudah dibawa jugak. Sumbat ajer dalam beg labtop kalau balik kampung. Takyah usung buku yang tebal tuh.


Susun Atur Home Binder/Organizer/Planner/Buku:

Semuanya saya sumbat ajer dalam bakul putih atas workstation. Senang nak amik bila nak guna. Saya tak reti buat kerja dalam keadaan bersepah atau banyak barang atas meja. Letak dalam bakul lebih kemas.


Walaupun Planner TNB dah ada, tapi mana cukup hehehe. Tetaplah nak beli Organizer yang lebih besar. Sedap sikit menulis. Maklum ler, tulisan tangan i besor-besor, tak reti tulis kecik. 

Oh yer, saya oldskool tau... lebih suka guna Planner version hardcopy compared to softcopy. Planner or memo kat HP pun tak guna sangat. Kalau masa perlu mencatat tu dok luar rumah, baru guna as reminder. Last2 guna yang version hardcopy jugak. Lagi ada feel bila tulis tangan. Nak conteng-conteng pun senang.


Ok bye!

Friday, December 19, 2014

Siapa Boleh Sertai Akademi Bekerja di Rumah?

Assalamualaikum.

Saya pasti, ramai yang belum mengetahui dan ingin tahu siapa yang boleh dan digalakkan menyertai Akademi Bekerja di Rumah (ABDR).


Anda adalah terdiri daripada:

✔Suri rumah sepenuh masa yang ingin menjana pendapatan dari rumah.

✔Suri rumah yang bekerja dengan majikan dan ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah atau sememangnya sudah menjalankan perniagaan kecilan secara sampingan.

✔Peserta bukan sahaja fokus kepada suri rumah, malah sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dari rumah boleh menyertai ABDR


Bagaimana Kelas Asas Blog ABDR ini dijalankan?
✔ Kelas dijalankan secara ONLINE
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus EBook Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksibel, tanpa tekanan dan tidak terkejar-kejar


Apakah syarat yang perlu ada:
✔ Laptop/komputer/Smartphones
✔ Talian internet


Pilih sahaja mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
3. kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif-daftar 
5. Kelas urus akaun bisnes kecil/ wahm, sahm, soho
6. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online akademi
7. Tempahan blog bisnes/ blog penulisan


YURAN PENYERTAAN:
Yuran kelas bermula dari RM150 - RM300 bergantung Pakej Kelas yang dipilih. Saya akan bantu anda membuat pemilihan jenis kelas berdasarkan minat, bisnes dan apa yang anda nak buat.
Sertai keluarga besar kami ABDR. Jadikan rumah kita sebagai tempat mencari rezeki menggunakan kemahiran, minat, kepakaran dan peluang yang ada!


Hubungi saya melalui:
Rahayu Abdul Rashid
SMS/Whatsapp :013-255 0727

Thursday, December 18, 2014

Promosi Year End Sales| Mineral Coffee


Pasti ramai antara kita yang suka minum kopi. Ada banyak pilihan jenama kopi dipasaran termasuklah Mineral Coffee keluaran syarikat Hai-O Marketing Sdn. Bhd.


Kenapa saya sarankan anda mencuba Mineral Coffee dan jadikan ia sebagai rutin minuman anda sekurang-kurang 1 sachet setiap hari sewaktu sarapan.


Ini adalah kerana Mineral Coffee:

■ Kaya dengan unsur anti-oksidan
■ Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium & kalium.
■ Menghilangkan keletihan fizikal & mental.
■ Melegakan tekanan


CARA PENGAMBILAN:
■ Bancuhkan sebungkus Mineral Coffee dengan 150ml air panas, boleh diminum selepas dikacau dengan rata.

■Juga boleh minum sejuk sebagai kopi ais


PROMOSI Year End Sales
Mineral Coffee 4 boxes = RM100 sahaja
(tidak termasuk Postage)

So, jangan lepaskan peluang istimewa ini. Hubungi saya:
Wa/Telegram: 013 - 255 0727

Monday, December 15, 2014

ADS| Set Kecantikan Shaklee

Sticky Post
Please Scroll Down for a Normal Post

Pasti kita impikan kulit yang lebih sihat, tak kusam, tak pucat dan tak berminyak kan?
Oh! Parut-parut jerawat pun mesti nak clear! 
Senang citer, kita nak kulit halus-mulus-dan-gebu.

TAPI kita selalu risau tentang bajet kan?


Jangan risau!

Dengan Set Kecantikan Kulit Shaklee, tak perlu membeli setiap bulan. 1 set boleh tahan berbulan-bulan…memang berbaloi, selamat & terbukti berkesan.



✿VITA E COMPLEX SHAKLEE✿
°Memperbaiki parut
°Mengurangkan jerawat
°Memulihkan tekstur kulit
°Memberikan ton kulit muka yang sekata
°Mengurangkan kedut & garis – garis halus


✿B-COMPLEX SHAKLEE✿
°Melembabkan kulit
°Menaikkan seri wajah (glowing)
°Anti-stress (penyebab jerawat)
°Melancarkan peredaran darah


VITA C – Plus (Sustained Release) Shaklee✿
°Membentuk kolagen
°Mencerahkan kulit
°Menghilangkan kedut
°Menghilangkan jeragat
°Merawat kulit kasar & kering


✔Untuk mendapatkan kesan yg lebih baik, berkesan & cepat amat digalakkan untuk ADD Shaklee Energizing Soy Protein(ESP). 
Ini kerana ia memastikan sel kita sentiasa sihat dan berganti setiap 21 hari.
Kulit lebih gebu, lembab & parut-parut lebih mudah hilang.

ISTIMEWA DISEMBER 2014
Shaklee buat double promotion sepanjang bulan ini iaitu:
  • Vitamin E 
  • Vitamin C- Plus Sustained Release.

Memang berbaloi harganya. Saya pun dah beli. Sebotol Vitamin E, sebotol Vitamin C dan sebotol Ostematrix. Inilah masa sesuai korang nak beli sebab banyak ok beza harganya! 


Untuk maklumat lanjut atau nak order, korang boleh contact Puan Saliza melalui cara berikut:

✉ PM ➜http://www.facebook.com/messages/AdrianaVitashop

☎ Call/SMS/WhatsApp dan Taip ke 012 – 227 6495 Saliza




DISCLAIMER: Saya juga SID Shaklee tapi saya tak jual, cuma sebagai pengguna sahaja. Harap Maklum. 

Friday, December 12, 2014

DAPUR| Tolak-Tarik Mengemas Sorang Diri!

Assalamualaikum.


Cerita semalam... pagi membebel kat blog pasal bumbung bocor, bilik dan dapur bersepah... petang lepas asar rasa tak tahan dah menengok dapur bersepah. Sampai maghrib baru siap. 


Sebelum start buat kerja tu, pikir panjang jugak... mampu ke aku tolak dan tarik semua barang ni? Sebab kerja nak alih-alihkan barang ni bukan barang kecik. Meja makan, kabinet dan peti sejuk! Itu belum kira nak keluarkan barang dan menyusun semula. 


Takper, Allah tolong permudahkan semuanya. Alhamdulillah siap dengan jayanya walaupun malam abes pinggangku sakit! Nak tidur siap telan ubat tahan sakit sebab berdenyut-denyut pinggang. Takder penyakit carik penyakit... inilah namanya. Takper, sakit kejap jer. Asalkan sejuk mata memandang :P


Ni beberapa gambar yang ayu snap. 

Sejak pindah sini, baru nak keluarkan dan kemas barang yang letak dalam kabinet kayu ni. Haaaa, punyalah malas!


Nyanyi dulu:
"Bagaimana kan kumula... dan apakah kata-kata"


Alhamdulillah, ada hikmah rajin berkemas ni. Tetiber jumpa camera digital Olympus ayu. Maksudnya dah setahun lebih tak guna. Memang tak ingat letak mana. Syukur nizam tak pernah tanya mana camera tu sebab sejak snap gambar guna HP dia pun tak amik kisah dah ngan camera tu.

80% daripada barang-barang ni dibuang ajer. Oh bukan takat jumpa kamera, tapi jumpa 3 keping langsir. Haaa patut la nak raya hari tu daku carik langsir ni tak jumpa... rupanya kat sini ko bersembunyi yer!
Setelah berpeluh-peluh menolak-menarik-membasuh-mengelap segala barang. 
Akhirnya...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Teaser dulu.


Belum siap sepenuhnya. Nak beli rak buku kecik-kecik yang 2 atau 3 tingkat untuk susun-susun barang. Terus bernafsu nak beli cawan dan pinggan mangkuk lawa-lawa sikit. Maklumlah, umah i takder barang dapur lawa. Kalau beli pun untuk guna, i tak suka beli barang dapur untuk simpan. Dah beli guna ajer. 


Sebab tu i takder barang dapur lawa-lawa sampai orang ingat aku tak mampu beli pinggan mangkuk... Choiii sangat kan hehhehe. Kang aku meroyan membeli parah. Mau kene sekeh kepala ngan nizam! Maklumlah, bini nizam ni kalu dah gila kat sesatu benda tu, manjang nak membeli. So, elok jangan mulakan!

Entry ini akan bersambung sehingga satu masa kelak... agaknya bersambung tu dah bersepah balik dapurnya... hehehe. Rindu dapur kecik kat rumah Flat PKNS dulu. Dapur kecik lagi nampak kemas. Alah, buat apa nak dapur besar... setakat duduk 4 beranak. Dah la kalu laki ada kat umah dapurnya berasap untuk masak air jer heh!


Ok, selamat berhujung minggu. Wassalam.

Thursday, December 4, 2014

Resepi Popia Goreng Sira Gula

Assalamualaikum.

Kate org Tganu, of course suka makan manis-manis.
Nak makan pengat, tunggu balik kampung dulu, mak buatkan heh!
Tak dapat makan pengat, popia bergula pun jadik ler.

Masa selalu melepak kat umah kakak di JB dulu.
Kakak pernah buat popia sira gula.
Tapi dia versi rajin, siap gulung-gulung dulu baru goreng.

Tapi, ayu ni versi malas dan nak mudah ajer.
Asalkan rasanya sama, mana ada cara mudah, itulah ayu buat.

So, agak-agak korang nak makan kudap-kudap yang murah, ringkas tapi sedap giler.
Silalah cuba Popia Goreng Sira Gula.


BAHAN-BAHAN:
  • Kulit popia
  • Gula
  • Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA:
  • Gulung & potong kulit popia (kalau boleh ceraikan sehelai-sehelai utk lebih rangup)
  • Goreng dengan minyak yg banyak (api slow ajer)
  • Blender gula (macam gula donut)
  • Bila popia digoreng tadi masih suam-suam, terus gaulkan dengan gula supaya gula melekat kat popia.

NOTA: Tak perlu letak garam, sebab biasanya kulit popia dah rasa masin.


Kita tengok versi bergambar pulak. 

Ayu potong macam ni. Gigih 3 beranak ceraikan kulit popia satu per satu. Kalau korang rajin, gulung pun boleh. Tapi, eh malas la, renyah!


Gula dah siap blender halus dan mulus


Sedia untuk digaul agar sherashi bershama bak kata Ajai & Nurul suatu ketika dulu heheh.


Dah sherashi bershama. Tak sabar nak makan. Masa menggoreng pun dah ngap-ngaapppppp!
Rangup-masin-manis semua ado.


Buat banyak-banyak yer korang, mesti sekali hadap pun boleh abes sebekas. Anak-anak pun suka. Daripada dok makan jajan yang masin tu, baik makan popia sira ni. Taknak sira dengan gula pun tetap sedap sebab rangup dan masin-masin gitu.
Selamat mencuba!

Wednesday, December 3, 2014

Demam Denggi| Jus Daun Betik

Digalakkan baca Info ini dahulu: Jus Betik untuk Rawatan Pesakit Denggi


Assalamualaikum.
Sekarang ni masih lagi musim denggi. Kalau kat Selangor, denggi ni macam takder musim, sepanjang tahun ada. So, ayu nak share produk yang ayu minum sebagai rawatan alternatif untuk denggi.


Masa kena denggi bulan lepas, Ayu minum Jus Daun Betik keluaran ORiG International Sdn. Bhd. Masa Day 1 masuk wad tu, ayu google berkaitan Jus Daun Betik. Alhamdulillah jumpa. 


So ayu contact dealer dan nizam pergi ambil dekat Unisel sebab rumah dealer tu dekat situ. Ayu masuk wad maghrib hari Isnin (3.11.2014), beli jus daun betik ni keesokan harinya. Beli 4 botol. Sebab dealer ni cakap biasanya kalau denggi tak teruk, minum 3 botol selama 3 hari berturut-turut insyaAllah platelet darah naik. 


Ni maklumat produk yang ayu ambil kat botol untuk rujukan kita bersama.

Orig Powerleaf - PATI DAUN BETIK adalah minuman herba tanpa gula dimaniskan dengan pemanis semulajadi yang dihasilkan daripada daun Stevia, diproses melalui sistem bungkusan vakum berteknologi tinggi yang bersih dan selamat.

Semua ramuan adalah berasalkan tumbuhan.
Tanpa Pengawet
Tanpa Gula


Ramuan:
Daun betik segar terpilih
Ekstrak daun Stevia

Sebotol: 250ml+-

Fakta Nutrisi (untuk 250ml)
Tenaga: 3kcal
Lemak: 0.0g
Karbohidrat: 0.8g
Jumlah gula: 0.0g
Protein: 0.0g

Halal: 1 016-10/2006
MS 1500/2009 


AMARAN:
Mengikut tradisi Pati Daun Betik tidak sesuai untuk wanita yang disah mengandung atau wanita yang mungkin mengandung. Jangan mengambil jika anda ada hipersensitif kepada betik atau daun betik. 


Product of Malaysia by:
ORiG International Sdn. Bhd. (683944D)
Lot. A127, Jalan MP11, Matang Pagar
Bukit Rahman Putra
47000 Sungai Buloh, Selangor
TEL: 03 - 6157 6039


HARGA SEBOTOL: 
RM15 tak silap. Tapi kami dapat harga less than that. Nizam beli 4 botol. Minum sehari sebotol ajer. Kalau budak, setengah botol sehari. Eh! Uols tanya la dealer yang, kang i bagi salah info. Tapi i minum sehari sebotol. Genap 3 botol,alhamdulillah Jumaat tu dah boleh discaj.


RASANYA PAHIT TAK?
Rasanya ala-ala air cincau. Takder la pahit sebab ada manis daun Stevia tu. Sebab tu kalau anak-anak kena denggi, digalakkan bagi minum Jus Daun Betik ORiG ni. Kalau nak bagi jus daun betik original kat anak-anak, mau trauma dorang tengok pokok betik hahaha. 

Bila sakit, apa pun kita sanggup kan?
Masa tu, kalau orang kata batang betik pun boleh jadikan ubat, sanggup kita makan. Health is Wealth. Sesungguhnya, kesihatan adalah rezeki yang sangat tinggi nilainya. 


Masa kat wad, drip water tatau berapa belas botol, sebab ayu kurang minum air. Air 100 Plus pun tak minum sangat. Bila nizam start tazkirah baru minum banyak sikit hehhee. So, air kena minum banyak-banyak yer. 

Sealed kat botol, so bila tengok tu rasa yakin dengan produk ni. Sebab ye lah, produk kita tak pernah tau... tetiber nak minum. Memang tawakal jer la masa ni. Alhamdulillah.

Ni contact person yang korang boleh hubungi:
Encik Hisham: 019 - 227 2127 (Sungai Buloh kalau tak silap)

Encik Mazlan: 019 - 578 0345 (Seksyen 7, Shah Alam)


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ayu tak jual. Just share dari pengalaman sendiri. Mana-mana produk bermanfaat dan membantu, ayu akan share. Nak beli, contact En. Hisham & En. Mazlan yer. Saya tolong promote dorang jugak tanpa dorang tau hahaha.


Sehingga berjumpa lagi. Wassalam

Monday, December 1, 2014

SOHO| Idea SOHO yang Menawan Kalbu

Assalamualaikum. 

Welcome December! Bulan terakhir dah untuk tahun 2014. Cepatnya masa berlalu. Makin hujung tahun makin malas nak buat apa-apa tau! 

Dah, kita terus jamu mata dengan SOHO yang ayu amik dari Google Image. Jomlah kita berangan secara berjemaah untuk miliki SOHO cantik macam ni. 



Rumah besar sesuai la buat design SOHO macam ni. Boleh la buat kerja sesamer suami dan anak-anak. 

Cantiknya! Rasa nak duduk buat kerja pun sayang takut kotor hahha!


Ini ala-ala bersambung dengan dapur terus. Memang sah dengan dokumen sekali bau bawang macam MAH.


Ini rasanya bersekali dengan ruang keluarga. Confirm kat ruang berdepan sofa tu ada TV. Amboi, bukan main tinggi lagi rak-rak tu. Kena panjat la kalu nak amik/letak documents.


Konsep ala-ala perobot main letak ajer, tapi tetap nampak lawa sebab perabotnya lawa dan ada pokok-pokok.


Ini paling saya berkenan! Ruang terhad digunakan sepenuhnya. Kemas dan simple. Banyak duit, semua boleh dapat. So, kita beranganlah dulu.


Sekian. Nanti saya share lagi idea dekorasi berkaitan SOHO. Jumpa lagi!

Saturday, November 29, 2014

Eh! Ter-update Blog Laaaaa...

Assalamualaikum.
Miss me? Hehhee. Perasan. Takper, miss ke tak miss... meh i belanjer gambar cun sekeping!

Comei tak? Tak sampai hati nak letak gambar sendiri... kita letak gambar orang lawa-lawa kasik sedap mata memandang.

Lama tak update blog. Sejak kuar spital sebab kena denggi hari tu, amboi mood malas makin bermaharajalela. Best jugak layan malas tu. 


Tapi mampu layan mood malas update blog dan promote bisnes jer la. Kerja rumah kena la paksa diri jugak. Dah tu, kalau iols tak buat... saper nak buat? Oh! memang sentiasa berangan ada bibik. Berangan yang takkan jadi kenyataan punyalah! Zaman kerja taknak bibik, dah tak kerja gatal nak bibik pulak. Memang mengundang cercaan sangat! Macam ler mampu hahaha.


Kat FB pun malas nak update status either personal or business. Eh! Rasa boring sangat dengan FB. Tapi stalk jugak la kan hahahhaa. Mana tau dapat berita terkini dan ilmu terkini (ewah kaver gitu). 


Rumah bersepah-sepah sebab tak siap lagi urusan baiki bumbung dapur bocor. Nak masuk bilik pun tak boleh sebab berhabuk-habuk. Sudahya ulang pakai baju sama tiap-tiap hari. Tapi ada hikmah jugak, boleh cat warna dinding bilik baru (untuk bilik master dan bilik hariz).


Dania dan mamanya dah berangan nak cat bilik warna apa. Daku lagi ler berangan nak beli langsir baru. Kata nak matching-macthing kan dengan kaler bilik baru. Kenalah langsir baru jugak. Kena beli senyap-senyap tanpa nizam... nanti pakcik tu kata "kan langsir dah banyak, buat apa membazir". Insaf terus aku! Tapi sekejap jer la hahahhaa.


Cuti sekolah?
Masih lagi tak pegi mana-mana. Plan nak gi JB dulu baru balik Besut. Takper cuti panjang boleh bermalas-malasan dulu.


As for now.
Ayu masih lagi tak berapa sihat. Sejak kuar wad, dah 2x demam. Kalu ikutkan nak baring rehat-makan-tidur-tengok tv-layan internet-makan-tidur ajer. AMBOIIII! Tapi kalau dah jadi bini orang, mak budak... berangan jer la.


Sakit kalau masih boleh merangkak pun kena buat kerja jugak. Takda maknanya nak berehat sakan. Kalaulah pompuan ni robot... agaknya jenuh Majlis Perbandaran kutip tiap-tiap hari. Memang stok robot takleh repair dah, tapi kena buang terus ganti baru. Spare-part lagi mahal daripada beli baru.

EH! Tapi jangan la laki kita amik kesempatan carik bini baru atau skandal macam citer MAH tu pulak. Hahahhahaa.


Ok... sekian bebelan di hari Sabtu petang kala hujan mencurah-curah. Wassalam.

Wednesday, November 19, 2014

Akademi Bekerja di Rumah| Boleh ke Saya Berjaya Bila Join?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pejam celik-pejam celik... dah masuk bulan ke-7 Ayu sertai Akademi Bekerja di Rumah (disertai pada 1/4/2014). Blog khusus untuk ABDR iaitu Panduan WAHM bersama Ayu Rashid masih lagi aktif, cuma kadang-kadang tak ber-update jugak :)


Ayu kerap terima soalan cepu cemas iaitu:
'Jika saya join Akademi Bekerja di Rumah, boleh ke saya berjaya?'

Macam mana nak jawab sebab soalan ni terlalu subjektif!

Sebenarnya, berjaya atau sebaliknya, bergantung pada individu. Diri masing-masing, bisnes masing-masing, matlamat masing-masing adalah berbeza.

Mungkin awak rajin banyak, saya rajin sikit. Awak usaha sikit, tapi rezeki awak lebih daripada saya yang usaha lebih, pun membezakan juga. 


TAPI...
Selalunya saya akan berikan jawapan dalam bentuk soalan semula kepada yang bertanya. Sebab hanya individu tersebut yang tau apa matlamat dia nak tau tentang ABDR, kenapa nak sertai ABDR, apa keperluan dia untuk sertai ABDR. Saya tatau apa yang korang nak. Saya hanya tau apa yang saya nak (matlamat dan impian).

So, jangan tanya saya soalan macam tu. Maaf saya tak dapat nak jawab. Nanti kalau saya jawab korang boleh berjaya, tapi sebaliknya berlaku... mesti korang salahkan saya agaknya. Sedangkan mungkin korang yang tak usaha sungguh-sungguh.



Buat yang bertanya, lepas tu senyap. Saya hargai anda. Setiap individu berhak tentukan nak sertai atau tak. Tapi saya harap, tolong hargai masa saya juga. Memang kadang-kadang rasa tak berbaloi layan, tapi saya harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada orang lain dan diri saya juga. 

Sebab itulah, saya amik konsep saya terus bagitau setiap kelas ada pakej Yuran yang telah ditetapkan sekian-sekian harga. Ia bukan percuma yer. Sebab kebanyakan yang menanya bukan main semangat lagi... tapi bila tau ada yuran, mulalah. Kalau boleh, semua nak FREE ajer. Alahai! Camner ni. Saya pun bayar tau, amik pakej yuran RM200 (Kelas Asas Blog dan Fanpage)


Selepas pendaftaran melalui saya, anda akan belajar dengan guru online. Buat masa ni, saya masih belum layak jadi guru online, dan jika layak pun, saya belum bersedia. Saya tak dapat nak commit sebab saya ada bisnes lain juga. 

Cuma setiap orang yang daftar melalui saya boleh hubungi saya untuk tanya dan mintak tips (melalui Whatsapp/Telegram). Sebab ada juga yang segan nak tanya-tanya dengan cikgu online. So, InsyaAllah saya sedia membantu. Tapi kalau uols senyap ajer, saya pun taknaklah kacau. Kang ayu sebagai Pengurus Online ABDR pulak lebih sudu dari kuah hehehe.


Kita taktau rezeki kita kat mana dan dalam bentuk yang macam mana. Jika korang buat online bisnes, blog memang wajib ada. Dan bila dah ada blog, networking sangat penting untuk pemasaran. Akademi Bekerja di Rumah InsyaAllah dapat membantu kita kembangkan networking.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Tuesday, November 18, 2014

MY WISH

Count your life only by smiles and not tears, count your age only by friends and not years. 
Wishing you all the joy and happiness that this special day can bring to you.

Monday, November 17, 2014

RESEPI| Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum.
Orang dah nak abes musim viral jeruk mangga asam boi, ayu baru nak buat dan share. Sebelum ni dah pernah buat sekali, nak sangat makan walaupun masa tu tak berapa sihat. Beli 2 bijik pelam epal, terus buat. Memang sedap!


Kelmarin, masa orang repair tingkap bilik sebab bumbung dapur bocor (akan di-share dalam entry khusus), ayu bawak hariz melepak rumah kakak nizam. Kakak nizam kasik buah pelam beberapa bijik. Alang-alang buat tu, buat untuk kakak sekali :P


Mangga segar-bugar baru kait dari pokok kakak. Mangga lemak-lemak tak masam sangat.


Terliur tak? Ayu tengok semula ni pun terliur!


Ayu memang malas nak potong berseni-seni ni. Asalkan terpotong sudah. Dasar pemalas camni laa!


Tak payah la nak beli-beli kan. Buat jer sendiri... kos beberapa ringgit ajer pun. Mudah pulak tu.

BAHAN-BAHAN
Buah mangga
Asam Boi (beli kat Speedmart 99, mahal sket RM3.90/botol)
Gula
Garam
Cili Padi (tiada dalam gambor)

CARA-CARA
Dah siap potong mangga, gaul jer dengan semua bahan-bahan kat atas tu.
Letak dalam fridge (kalau takleh makan sejuk takyah letak pun sedap)

NOTA:
Tak payah letak air, nanti bila gula dan cair dan air buah mangga tu keluar, automatik jeruk korang akan ada air kuahnya. Sedap hirup kuahnya. Confirm sistem pencernaan pun smooth jer LOLS!


Jangan nak kata malas, ayu yang malas ni pun rajin buat hahaha.
Mahal ok tengok orang jual online. Dah dapat ramai komplen dah lembik dan sikit!
Memang la jadik sikit sebab mangga tu dah 'kecut'.
Dah, takyah gaduh-gaduh... buat jer sendiri. Puas makan sekeluarga.


Nampak tak uols... sedap tak ingat dunia punyalah!
Nizam pulak lelebih asik makan ajer. Biasa dia tak suka makan asam.

Kalau korang tak suka makan buah mangga atau susah nak dapat buah mangga.
Boleh juga gunakan buah apple hijau. kedondong atau apa-apa buah yang korang nak cuba.
Trial & error jer, ikut tekak masing-masing.

Selamat mencuba!

Sunday, November 16, 2014

Ciri-ciri Premium Beautiful Short Brassiere



  • Mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada  kedudukan yang betul.

  • Diperbuat daripada fabrik Akwatek dan Akwadyne yang sebati dengan air dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (Far Infrared Ray) yang direka khas berdasarkan 

  • kajian dari bidang ergonomi. Ia dapat melindungi badan dari sinaran UV dengan berkesan serta menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme, di samping meningkatkan keanjalan payudara dan menggalakkan pertumbuhan payudara.

  • Mempunyai rawan keluli yang berfungsi untuk menganjal dan mengukuhkan kedudukan payudara.

  • Reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan dapat meningkatkan garis payudara dan menyokong bahagian dada.

  • Reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian belakang pula dapat mengurangkan lemak di bahagian belakang badan.

  • Bentuk “U” yang direka khas pada bahagian belakang badan dapat menonjolkan kontur badan yang menarik.

  • Mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian.

  • Mempunyai kuasa regangan dalam semua hala yang dapat diregang kepada 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubah reka bentuk asalnya.

  • Pad dada yang direka khas untuk membentuk payudara yang lebih mempesona.

  • Hiasan corak bunga-bungaan menonjolkan keunggulan produk.

Saturday, November 15, 2014

Ciri-ciri Istimewa Premium Beautiful Short Brassiere



Disulami dengan sinar infra merah jarak jauh (Far-Infrared Day) yang direka khas berdasarkan kajian daripada bidang ergonomik.

Ia dapat melindungi badan daripada sinaran UV dengan berkesan serta menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme.

Di samping itu, ia dapat meningkatkan keanjalan payudara dan menggalakkan pertumbuhan payudara. 

Friday, November 14, 2014

8 FAQ| Premium Beautiful Corset

Assalamualaikum.
Hari ni, Ayu nak share beberapa FAQ berkaitan Premium Beautiful (sumber). Semoga FAQ ini dapat membantu kita meleraikan persoalan berkaitan Premium Beautiful.

1. Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?

Tidak. 
Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan. 

Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.



2. Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?

Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang menarik.



3. Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai untuk mendapatkan ukuran badan?

Anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak besar. 

Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin. Selain itu, bagi mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari selepas bersalin. 

Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke tempat asal.



4. Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?

Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. 

Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa. 



5. Adakah pemakaian Premium Beautiful dapat membantu masalah payudara yang kendur dan menggelebeh?

Payudara yang melendut mungkin disebabkan oleh kelonggaran di bahagian otot dada dan pinggang di mana ia merupakan masalah yang paling umum bagi kebanyakan kaum wanita yang telah bersalin. 

Premium Beautiful yang direka khas ini mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul. Selain itu, ia juga dapat menyelaras bahagian perut yang menonjol, meningkatkan garis payudara serta mengelakkan masalah payudara yang kendur dan menggelebeh.



6.Adakah Premium Beautiful tidak dapat menampung payudara yang terlalu besar dan menyebabkannya melimpah keluar?

Premium Beautiful mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik, rawan keluli dan reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul serta menegak dan mengukuhkan kedudukan payudara. Maka, ia dapat menampung payudara yang besar sepenuhnya.



7. Adakah masalah payudara yang kendur dapat diperbaiki dengan memakai Premium Beautiful? Ada orang mengatakan bahawa dengan memakai Premium Beautiful, payudara akan menjadi besar? Adakah ia benar?

Saiz payudara mungkin akan berubah berpandukan kepada keadaan fisiologi seseorang. Namun sekiranya kita memakai pakaian dalam yang baik seperti Premium Beautiful dalam jangka masa yang panjang, ia dapat memperbaiki masalah payudara yang kendur dan menggelebeh, seterusnya membentuk kontur badan yang menarik.



8. Mengapakah kita perlu memakai brassiere Premium Beautiful? Bolehkah kita hanya memakai long girdle?

Lemak mudah terbentuk di bahagian bawah punggung serta bahagian dalam dan luar paha. Sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini, lama-kelamaan lemak akan terbentuk. Jika anda hanya memakai long girdle untuk jangka masa panjang, lemak mudah terbentuk di bahagian perut dan paha luar , maka kontur badan akan menjadi tidak menarik.



Untuk info lanjut, boleh hubungi saya yang dah berpengalaman selama hampir 4 tahun pakai Premium Beautiful :)

Ayu Rashid: 013 - 255 0727
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...