Friday, January 31, 2014

January 31, 2014

Beli Pokok Lagi...

Hari Rabu lepas ayu ikut nizam pergi servis si Biru.
Sekali servis, almost RM900 huhuhu.
Bini pertama katakan. Maintenance tinggi.

Nak balik tu.
Tetiber ternampak nursery dekat-dekat area Toyota tu.
Nizam tanya nak singgah ker?
Apa lagi... gila kalau i tak nak hehhee.


Nak beli pokok ala-ala daun pisang yang dah mati tu.
Kat sini harganya RM16 sepokok.
Still murah sebab besar pokoknya.

Then, terbeli lagi pokok lain.
Tatau apa nama pokoknya.
Tapi aunty tuan punya nursery tu cakap.
Pokok ni elok tanam dalam rumah atau tempat redup.
Ok.. aunty, saya beli heh!


Total damage RM40.
Beli 2 pokok, sebijik pasu besar dan 3 plastik tanah.



Kalau patah pokoknya, patah hatiku kepada suamiku :P


Balik tu terus susun macam ni.
Bawak masuk semua pokok-pokok yang kat luar sebab nak balik kampung.
Sekarang musim panas, kesian pokok.
Nizam siram sampai nak banjir pasu, stok seminggu katanya.

Thursday, January 30, 2014

January 30, 2014

Benih Pokok Bunga Butang

Cantik tak pokok bunga butang ni?


Haaaa... ni lah pokok kat rumah PIL ayu.
Asalnya tak pandang pon pokok  bunga ni.
Tapi makin lama tengok, berkenan pulak.

Sebab pokok ni tahan lasak.
Jangkahayat pokok dan bunganya pun lama.
Rasanya dah lebih setengah tahun kot pokok ni.

Mak mertua takder la jaga. 
Tapi tetap dapat survived.
Or may be mak mertua i tangan sejuk;
Berbanding menantu dia nih :(

Pokok kesukaan ayu yang macam daun pisang tu dah mati. sobbb sobbbbb.
So, kita jadikan pasunya sebagai 'tapak semaian' benih bunga butang.

Dah bercambah!
Nak biakkan pokok butang ni senang jer sebab ia membiak melalui bunganya yang dah kering.
Campakkan jer atas tanah, siram. In shaa Allah... sakan bercambah.
Sekuntum bunga dah dapat hasilakn berbelas anak pokok.

Sebab banyak sangat dalam setiap kuntum tu tumbuh, ayu ceraikan dan tanam semula.
Gigih sangat kan!


By the way.
Dania pun dah suka sama-sama siram pokok.
Bagi pokok minum air katanya!
Pastu, dia cakap pokok bunga butang ni dania dan mama punya.

Dah plan dalam kepala dah.
Nak beli pasu yang panjang dan tanam pokok ni dalam tu.

Can't wait!

Wednesday, January 29, 2014

January 29, 2014

Bunga Lily dah Berbunga!

Lama ayu tak share tentang Laman Sekangkang Kera kami kan.

Ni nak share kegembiraan bila tengok pokok bunga Lily dah berbunga!

Makanya, hatiku turut berbunga jugak.

Can you spot it?

Kasik zoom-in sikit.
Cantik kan?



Saya sayang pokok lily ni.
Its always in my sweet memory ;)

Malam ni nak balik kg. 
Balik sini semula minggu depan bunga ni confirm dah layu.

Sebab bunganya tak tahan lama.
Takper. Nanti berbunga lagi yer bunga.

Kami tak sabar nak balik jumpa Nenek Jah.
Tapi balik kali ni pasti ada rasa kehilangan.
Sebab ni first time balik lepas arwah abang meninggal.


#hariz sambut birthday kat rumah nenek jah tahun ni. 

Tuesday, January 28, 2014

January 28, 2014

Beli Langsir untuk Bilik Tidur Kedua & Ketiga

Salah satu Wishlist 2014 untuk rumah ialah buat langsir.
Padahal langsir beli kat Nilai 3 berbulan-bulan lepas tak pasang lagi.
Masalahnya? Sebab railing tak pasang  lagi :(

Since esok nak balik Besut.
Ayu nak mintak kakak tolong jahit langsir.
Langsir untuk Master Bedroom dan bilik Dania.
Nak carik kain murah-murah jer.

Semalam pergi Nagoya Tesco Prima Kajang.
Tapi frust! Tak best! sebab tak banyak pilihan yang ada.
Dah Nagoyanya kecik jer kan.

OH! Seriusly rindu nak shopping kat Shah Alam.
Nagoya Plaza Alam Sentral memang heaven.
Silalah ke sana korang. Memang banyak pilihan.

Tapi...
Dari personal review dan pengalaman ayu.
Kain langsir kat Nagoya memang jauh lebih baik dari Nilai 3.
Kalau kain harga RM7 kat Nagoya.
Kualitinya jauh lebih baik dari Nilai 3 punya harga RM30++

Ni review ayu. Lain orang lain pandangan.
Lepas ni, no more langsir Nilai 3.
Kembali kepada Nagoya  tersayang hahhaa.

Jakel ayu tak berkenan sebab SA ikut sekaki.
Adeh! Rimas mak encik.

Tak suka la, nak membelek-menilik kain pun tak selesa.
Sila bagi ketenangan kalau i nak beli langsir.
Hahh... gitew. 
In fact, nizam dan anak-anak pun kalau boleh taknak bawak.
Nak pi sesorang. Bertapa 5 jam pun i sanggup.
Spesis gila kain :P


Macam biasa.
Ayu beli kain untuk langsir tinggi paras siling.
Tapi rumah sini tinggi. 
Tak sampai paras siling untuk panjang 2.5m

Just ikut ukuran langsir-langsir dari rumah Shah Alam dulu.
Nanti boleh mix and match.

Total damage RM75 ONLY!

Beli 2 kaler berlainan. 5m each. RM7/m
Murah. Ni jer yang agak berkenan dimata.
Tetap tak puas hati huhuhuhu.

Ok laaa... RM70 untuk 10 meter.
Setakat nak letak dalam bilik jer pun.
Masuk bilik sehari sekali pun payah. 
Itu pun just buat lintas-langsung jer :P


Both kain ayu beli jenis boleh guna depan-belakang.
So, boleh tukar-tukar guna depan-belakang.

Sesuai la sebab ayu buat design jahit biasa jer.
Gantung sumbat railing kayu jer. 
I just like it so much. 
Simple, ringan dan penggunaan kain pun jimat.
Untuk Master Bedroom.
Ayu dan nizam suka bergelap. So kaler ni sangat sesuai.
Untuk bilik Dania.
Ikut kaler bilik tu: Pink dan Purple

Ini pulak kain cotton RM2.50/m
Beli 2 meter jer. So RM5.
Nak bawak balik Besut.
Nak jahit untuk tutup almari pinggan.

Comel jugak. Ala-ala english style gitew.
Yang corak kotak lagi kecik pun ada.

Ok... 
2 wishlist untuk rumah 2014 dah tercapai:
- Meja baru untuk workstation (hari ni cina kedai perabot datang hantar)
- Langsir Master Bedroom & bilik Dania

Jumpa lagi. Lepas balik dari kampung dapat la pasang langsir baru.
Itu pun kalau nizam pasang railing langsir. HUH!

Monday, January 27, 2014

January 27, 2014

Resepi Rendang Ayam

As Salam.

Lama dah janji dengan my Soulsister nak share Resepi Rendang Ayam.
Asal masak show-off kat dia kat Whatsapp.
Buruk sungguh perangai kan... hehehe.

Rendang ayam memang feveret dania.
Selalu sangat request suh mama masak rendang ayam.
Bila anak dah suka, kenalah masak.

Resepi dan cara masak rendang ayam version ayu sangat simple.
Stok orang malas masak memang macam ni.
Rupa paras rendang tu, of course mengerikan.
Macam sampah-sarap pun ada heh!

Tapi rasa, meveles.
Haaaa... puji lagi masakan sendiri. Ko mampuuuu?


Ni rendang yang ayu masak kat Besut masa Raya Aidiladha tahun lepas.
*Our last Hari Raya with my Late Brother Azman :(

Bahan-bahan:
(Sila buat anggaran kuantiti bahan)

- Ayam
- Minyak masak (untuk menumis)
- Santan
- Cili kering @ cili boh
- Kerisik
- Bawang merah
- Bawang Putih
- Halia
- Lengkuas
- Kunyit
- Daun kunyit
- Daun limau purut
- Serai
- Gula melaka @ gula
- Garam
- Ajinomoto (*ayu tak guna benda alah ni)

Cara-cara:

1. Blender campuran:
    - bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit.
    - *Boleh juga blender daun kunyit dan serai
        (JANGAN terlalu banyak, nanti menyengat sangat rasanya)

2. Tumis semua campuran di blender tadi + cili boh + serai.
*Tips masakan sedap: tumis bahan tumisan dengan api perlahan sehingga benar-benar masak.

3. Masukkan ayam ke dalam bahan tumisan. Masak sehingga separuh masa atau isi ayam nampak empuk dan pejal.

*Boleh juga digoreng asing, kemudian masukkan dalam bahan tumisan atau bahan yang dah dimasukkan santan. Tapi ayu jenis malas, buat macam ni jer :P

4. Masukkan santan.

5. Masukkan kerisik.

6. Masukkan daun kunyit yang dicarik-carik

7. Masukkan garam, gula melaka @ gula.

8. Reneh sehingga kuah pekat.

9. Lastly, masukkan daun limau purut.
*kena masukkan masa dah nak tutup api, kalau masukkan awal sangat nanti rasa pahit.

Siap untuk dihidangkan! 

Makanlah bersama nasik, nasi himpit atau ketupat palas.

Perfect combinations!
Selamat mencuba!

Sunday, January 26, 2014

January 26, 2014

Resepi Ayam Buttermilk

As Salam.

Resepi Ayam Buttermilk.
Ayu dapat resepi ni dari blog Geng Mommy Gojes.
Lupa dah apa nama link tu, sebab ni update guna labtop.

Resepi ni simple tapi sedap.
Tapi kalau jenis tak berapa gemar susu dan cheese...
Mungkin akan rasa muak.
So nak elak rasa muak dan lebih sedap:
Sila masak pedas-pedas dan makan masa masih panas.

Ni resepi dan cara memasaknya.
Sappp sapppp suiiiiiii... dah siap walaupun cobaannnn kali pertama.
*Bangga dengan diri sendiri, ko mampu? :P


Bahan-Bahan untuk Goreng Ayam:
*Sila anggarkan sendiri kuantiti bahan bergantung kepada saiz hidangan anda*

Bahan Perapan untuk menggoreng ayam:
Garam, kunyit, serbuk kari ayam dan daging, gandum
- Gaul sebati

Masukkan ayam yang dipotong kecik dan gaul dengan bahan perapan kat atas tadi.
- Goreng sehingga separuh masak.

Ni yang dah siap goreng 


Bahan Kuah dan Caranya:

Sila semak sendiri apa ayu masukkan.
*Ayu gantikan susu cair dengan susu pekat manis. Suka-suka hati kan...
* Marjerin takder, ayu gantikan dengan minyak masak (untuk menumis)

Cheesedale 2 keping jer, nanti lemak sangat takut muak sangat pulak.

*Nampak tak daun kari kering tu? Hahhah sadis betul. Nasib baik adooooo.
Ni stok nak campak dalam tong sampah dah ni sebenarnya.

Cara:
Hiris bawang merang, bawang putih dan cili padi.
Kalau nak lagi pedas, tambah lagi banyak.

Ayu masak takleh pedas, sebab tekak anak didahulukan.
Masak sekarang pun, cili padi ayu letak sebijik-sebijik macam tu jer.
Nak makan sila gigit atau hancurkan dalam pinggan sendiri.
Hariz tak tahan pedas langsung :(

Tumis bahan dihiris tadi + daun kari sampai bau wangi.



Masukkan susu, air dan cheese.
Kalau nak berkuah, lebihkan air, vice versa.
Ayu lebihkan kuah, sebab dania suka makan berkuah.
Dan kalau panaskan pun still berkuah 

Masukkan ayam. Masak dengan api perlahan sehingga masak. 

Sedia untuk dihidangkan.
Simply Delicious!

Selamat mencuba!

Friday, January 24, 2014

January 24, 2014

Resepi Donut dan Burger Malaysia

Bulan November tahun lepas ayu belajar buat donut dengan mak mertua.
Alhamdulillah. Mudah serap ilmu tu hahahha.

Masa tu jugak laaa baru i tau.
Doh donut dan burger malaysia ni sama.
So, bahagialah kan... dua jenis kuih sekali harung.

Ni ayu nak share resepi tersebut.
Resepi mak mertua ayu buat ni simple jer.
Bahan pun simple, tapi tetap gebu dan sedap.


Resepi Donut dan Burger Malaysia

Ini untuk setengah kilo @ setengah plastik gandum.

- Gandum (setengah plastik)
- Marjerin (2 sudu)
- Susu cair @ susu pekat manis (setengah cawan)
- Mauripan (1 paket)
- Air untuk bancuh.

Cara:
- Bancuh mauripan dengan air
- Masukkan semua bahan -- adun sampai sebati

*pastikan doh tak terlalu lembik atau keras.
*pepandai korang la agak sendiri :)

- Dah boleh buat bentuk donat @ burger malaysia.
- Boleh goreng bila donut tu dah naik.
* jangan biar terlalu naik, nanti bantat semula bila terlebih gebu.


Resepi Gula Donut:
- Blender kering gula 
- Bila donut digoreng dah sejuk baru golek gula blender
(kalau masih panas, nanti donut tu jadi berair atau lembap dan tak sedap)


Resepi Sambal Burger Malaysia
- Blender bawang merah + bawang putih + ikan bilis
(Amaun sila anggarkan sendiri berdasarkan jumlah burger dan banyak mana korang suka makan sambal)

- Masak sambal sama macam masak ikan bilis sambal.
- Nak lagi sedap, jangan  terlalu pedas dan sila maniskan sedikit sambal tu.


Ni yang ayu buat hari isnin lepas.
Menanges tengok rupabentuknya.
Asal jadik sudah. Yang penting rasa maveles!
Hahhaha... dasar pemalas kan!

Dania dan nizam suka burger Malaysia. 

Ayu dan Hariz suka donut. Sebab tu kami berdua manes hahaha!

Nizam cakap sambal ni sedap, dah macam mak dia masak. Aloloooo sukanya i. Sebab sambal mak nizam masak sedapnyaaaa.

Pernah nampak rupa donut dan burger malaysia sebegini mengerikan?

Ni sebab tak taburkan gandum banyak-banyak atas pinggan masa dah buat bentuk donut dan burger tu.
So bila nak goreng melekat-lekat kat pinggan.
Makanya uols, sila taburkan gandum banyak-banyak ok!

Anak bujang i... suka sangat main masak-masak!
Manjang nak main dan beli Play Doh.
Pastu, main sekejap campak memaner.
Bersepah-sepah. Paling nyampah melekat kat sofa dan karpet.

Makanya, kalau buat donut.
Mesti ada bahagian dia dan dania untuk buat 'Play Doh'.
Hah... kan main khusyuk.

Nampak tak, set memasak. Complete pakej ok.
Risau mak!

Uli jangan tak uli... nanti goreng bagi papa makan hahhaa.



Wednesday, January 22, 2014

January 22, 2014

Pokok yang Cantik ditanam dan Menyejukkan

As salam.

Ni pada 4/1/14 lepas kat Hentian Rehat Ayer Keroh. 
Dari Port Dickson - Melaka.
Singgah makan sekejap.

Sebelum gerak semula, snap gambar sikit.
Sebabnya nak snap gambar pokok yg ayu suka :)

Konon dramatik sangat kan... ambik gambar anak dicelah-celah dedaunan. *ayat pun novel terus!

Dan terus berangan nak jadi photographer :0

Padahal subjek utama dalam gambar ialah pokok!
Anak-anak tu sajer jer buat "penyeri" gambar hehee.

Cantik tak ciptaan Allah ni?
Subhanallah. 
Tak ke rasa sejuknya mata.
Damainya hati tengok pokok hijau merimbun macam ni?

Pokok ni senang membiak kalau tanam atas tanah.
Bukan main meriah lagi kan?
Ini jenis batang dau pendek. Bukan macam yg ayu beli.
*dah mati dah pun tsskk tskkkkk :(

Diselitkan jugak dengan pokok daun comel-comel ni.
Makin berseri 

Antara pokok-pokok jenis lain yg ada.
Pokoknya jenis rimbun dan comel.
Menyejukkan suasana.

Sesuai tanam kat tepi kolam jugak.

Pokok spesis macam ni pun ayu suka.
Macam-macam jenis dan bunga ada dlm spesis pokok ala-ala "daun pisang" ni.
Lama tak update pasal Laman Sekangkang Kera ayu tu kan. Sedih menengoknya. Lama sangat tinggal balik Besut Disember lepas. Dah layu dah masa balik tu.

Jumpa lagi. Babai.

Tuesday, January 21, 2014

January 21, 2014

REVIEW| Kondominium Peranginan TNB (Part 2)


Kita sambung Review untuk bahagian 'outdoor' pulak.
Kedudukan kondo ni dekat dengan laut.
Tapi kami tak ke laut langsung.
Sempat la budak-budak mandi swimming pool 2x.

Nampak tak belah kanan tu?
Gazebo Cafe.
Makanan biasa-biasa jer rasanya. Tapi murah. So kalau bajet kecik memang boleh sangat bercuti kat sini.
Ingatkan mahal makanan kat sini, sekali tengok menu... Eh! macam kat kedai luar jer. Gitew.


Dah kenyang sarapan, boleh terjun kolam terus :P

View kat sini boleh tahan cantik.
I just like it so much. Kata suka alam sekitar kan?


Laluan dari bilik-bilik kondo ke swimming pool, cafe dan laut.



Bila bercuti dengan family memang seronok. We can bonding together.
Tapi, as a housewife... sometimes i really need my ME TIME.
Nak rehat pepuas, tidur pepuas dan bersantai tepi kolam atau pantai.
Tanpa gangguan seiapa.
No internet at all. Just nak lari dari kebiasaan.
Baru bebetul 'ME TIME' dan rileks time.

Oh! Bila nak dapat masa bersendirian macam ni.
Sometimes, rasa sangat letih. Huhuhuuh. 



Layankan jerlah i yang suka snap gambar pokok kan.

Pokok kesukaan i. Jenis besar ni, kat tepi cafe.








Kalau nak berehat memang sesuai tempat ni.
Harga murah dan agak selesa.
Boleh angkut family ramai-ramai kondo ni besar.

Kitorang plan nak menginap pulak kat Cameron Highlands dan Melaka
(*Melakaaaaaa jugak!!!)

Jumpa lagi.