Tuesday, January 28, 2014

Beli Langsir untuk Bilik Tidur Kedua & Ketiga

Salah satu Wishlist 2014 untuk rumah ialah buat langsir.
Padahal langsir beli kat Nilai 3 berbulan-bulan lepas tak pasang lagi.
Masalahnya? Sebab railing tak pasang  lagi :(

Since esok nak balik Besut.
Ayu nak mintak kakak tolong jahit langsir.
Langsir untuk Master Bedroom dan bilik Dania.
Nak carik kain murah-murah jer.

Semalam pergi Nagoya Tesco Prima Kajang.
Tapi frust! Tak best! sebab tak banyak pilihan yang ada.
Dah Nagoyanya kecik jer kan.

OH! Seriusly rindu nak shopping kat Shah Alam.
Nagoya Plaza Alam Sentral memang heaven.
Silalah ke sana korang. Memang banyak pilihan.

Tapi...
Dari personal review dan pengalaman ayu.
Kain langsir kat Nagoya memang jauh lebih baik dari Nilai 3.
Kalau kain harga RM7 kat Nagoya.
Kualitinya jauh lebih baik dari Nilai 3 punya harga RM30++

Ni review ayu. Lain orang lain pandangan.
Lepas ni, no more langsir Nilai 3.
Kembali kepada Nagoya  tersayang hahhaa.

Jakel ayu tak berkenan sebab SA ikut sekaki.
Adeh! Rimas mak encik.

Tak suka la, nak membelek-menilik kain pun tak selesa.
Sila bagi ketenangan kalau i nak beli langsir.
Hahh... gitew. 
In fact, nizam dan anak-anak pun kalau boleh taknak bawak.
Nak pi sesorang. Bertapa 5 jam pun i sanggup.
Spesis gila kain :P


Macam biasa.
Ayu beli kain untuk langsir tinggi paras siling.
Tapi rumah sini tinggi. 
Tak sampai paras siling untuk panjang 2.5m

Just ikut ukuran langsir-langsir dari rumah Shah Alam dulu.
Nanti boleh mix and match.

Total damage RM75 ONLY!

Beli 2 kaler berlainan. 5m each. RM7/m
Murah. Ni jer yang agak berkenan dimata.
Tetap tak puas hati huhuhuhu.

Ok laaa... RM70 untuk 10 meter.
Setakat nak letak dalam bilik jer pun.
Masuk bilik sehari sekali pun payah. 
Itu pun just buat lintas-langsung jer :P


Both kain ayu beli jenis boleh guna depan-belakang.
So, boleh tukar-tukar guna depan-belakang.

Sesuai la sebab ayu buat design jahit biasa jer.
Gantung sumbat railing kayu jer. 
I just like it so much. 
Simple, ringan dan penggunaan kain pun jimat.
Untuk Master Bedroom.
Ayu dan nizam suka bergelap. So kaler ni sangat sesuai.
Untuk bilik Dania.
Ikut kaler bilik tu: Pink dan Purple

Ini pulak kain cotton RM2.50/m
Beli 2 meter jer. So RM5.
Nak bawak balik Besut.
Nak jahit untuk tutup almari pinggan.

Comel jugak. Ala-ala english style gitew.
Yang corak kotak lagi kecik pun ada.

Ok... 
2 wishlist untuk rumah 2014 dah tercapai:
- Meja baru untuk workstation (hari ni cina kedai perabot datang hantar)
- Langsir Master Bedroom & bilik Dania

Jumpa lagi. Lepas balik dari kampung dapat la pasang langsir baru.
Itu pun kalau nizam pasang railing langsir. HUH!

No comments: