Thursday, January 30, 2014

Benih Pokok Bunga Butang

Cantik tak pokok bunga butang ni?


Haaaa... ni lah pokok kat rumah PIL ayu.
Asalnya tak pandang pon pokok  bunga ni.
Tapi makin lama tengok, berkenan pulak.

Sebab pokok ni tahan lasak.
Jangkahayat pokok dan bunganya pun lama.
Rasanya dah lebih setengah tahun kot pokok ni.

Mak mertua takder la jaga. 
Tapi tetap dapat survived.
Or may be mak mertua i tangan sejuk;
Berbanding menantu dia nih :(

Pokok kesukaan ayu yang macam daun pisang tu dah mati. sobbb sobbbbb.
So, kita jadikan pasunya sebagai 'tapak semaian' benih bunga butang.

Dah bercambah!
Nak biakkan pokok butang ni senang jer sebab ia membiak melalui bunganya yang dah kering.
Campakkan jer atas tanah, siram. In shaa Allah... sakan bercambah.
Sekuntum bunga dah dapat hasilakn berbelas anak pokok.

Sebab banyak sangat dalam setiap kuntum tu tumbuh, ayu ceraikan dan tanam semula.
Gigih sangat kan!


By the way.
Dania pun dah suka sama-sama siram pokok.
Bagi pokok minum air katanya!
Pastu, dia cakap pokok bunga butang ni dania dan mama punya.

Dah plan dalam kepala dah.
Nak beli pasu yang panjang dan tanam pokok ni dalam tu.

Can't wait!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...