Thursday, January 16, 2014

Bila Anak Kembali ke Sekolah


Esok cuti lagi yeay!
Motif mak lebih happy dari anak?

Tahun ni lebih hectic dari tahun lepas.
Sebabnya dania dah start sekolah agama.
Makanya, tanggungjawab mama dania makin bertambah.

Anak orang lain Darjah 1 dah start sekolah agama. 
Dania pulak terlewat setahun hantar.

Semoga dia dapat catch-up dengan jayanya.
Syukur rajin dia gi sekolah agama.
Best katanya. 

Tapi tang belajar tu tatau macam mana.
Tapi senang bangun pagi tu memang boleh dipuji hehehee.

Mau tak semangat.
Papa dah belikan water heather.
Pastu, dania pun of course takut mama mengamuk kalau susah nak bangun.
Hohooooo. Ini sudah pasti!


As for now.
Mama lagi yang susunkan buku. 

Ikutkan dia boleh buat sendiri.
Tapi kalau dia buat sendiri... berterabur la buku-buku jawabnya.

Buku dah la banyak.
Mama pun confius mana nak bwk.
Kesian. Sebab sekolah kebangsaan kelas dia kat Tingkat 3!

Dah la kat bangunan hujung.
Jauh dari pintu masuk sekolah dan kantin.

Sedih bayangkan budak2 kecik galas beg berat turun naik tangga. 
Even nak gi kantin pun jauh dan makan masa nak turun-naik tangga dan menapak ke kantin. 
Dengan nak beratur beli makanan-minuman jugak.

Paling risau masa turun-naik tangga.
Kot bertolak-tolak atau tak sengaja jatuh. 
Nauzubillah.

Dah la dania jarang pakai baju kurung. 
Kalau pakai cuma hari raya dan baju sekolah jer.

Minggu lepas ayu buat semula Jadual Kelas untuk both sekolah.

Hah! Buat guna Ms Words.
Nak guna Ms Excel tak berapa experts.
Bantai jerlah. Asal jadi.

Mintak tolong adik ipar print'kan.
Iols takder printer sobb sobbbb.

Nampak kegigihan disitu?

Tampal kat pintu rak buku. Kan senang nak susun jadual

Rak bawah sekali tu buku-buku tahun lepas.

Rak buku letak kat dapur. Heh! Multi-functional betul dapur ni. Malas nak letak kat atas sebab renyah nak turun naik tangga. Dania pun kalau sesorang takkan naik atas punya. Penakut tahap gaban. 

*Hari ni genap 40 hari arwah abang ayu meninggal dunia. Rasa macam baru jer berlaku.

In shaa Allah malam ni family ayu kat kampung buat kenduri tahlil.

Sedih tak dapat balik.
In shaa Allah, jika takder aral dan panjang umur... raya cina kami balik.

Sekolah kebangsaan cuti dari 31/1 - 4/2 (cuti berganti 2 hari).

Jumpa lagi.
Selamat berhujung minggu yang panjang. Ni a bit guilty sebab nizam kena kerja emergency pulak.

Asal cuti panjang emergency. Nyampah betul. Kadang2 emergency yang macam tak logik. Hahaha mati ler kalu org tnb baca.

Bosan ok husband keja outstation ni.
Iols adalah sangat penat uruskan anak sesorang.

Eh. Babai!

No comments: