Thursday, January 9, 2014

Bunga Kemunting Cina?

Ahad lepas sempena besday ayu, kami ke Zoo Melaka.
Syahdu mak! Sambut besday  pegi zoo.
Ko adoooooo??

Layankan jer la anak-anak nak gi zoo.
Ikutkan mak anak ni, harus nak tawaf MP dan JJ.
Tapi apakan dayaaa.... sobb sobbbb sobbbbb.
Asal anak happy, mak bapak pun buat-buat la happy jugak.

Dah la pegi time hujan.
Tapi best jugak sebab tak panas... hehehhee.
Nasib baik 'bau-bauan hasil perkumuhan' binatang tak semerbak sangat.
Kalau tak, yarkhhhhhh.


Ni just nak share gambar bunga yang ayu snap!
Pokok Kemunting Cina kot namanya.
Cantik!

Sampai jer depan zoo sebuk snap gambar pokok2 ni.
Kalau ajak i gi Taman Bunga kan best. Nursery pun OK hahhaa.

Sementara tunggu papa beli payung sebijik lagi.
Nampak tak pokok bunga kecik-kecik tu? Tak cantik mana pun kalau tengok dari view camni.

Tapi, bila i snap... cantik uols!
Terima kasih S3. Kualiti gambar memang superb!

Jom... 
cuci mata dan minda dengan ciptaan Allah yang sangat indah ini.









Geram kan?
Ok... saper ada laman luas tu, boleh la tanam.
Tanam dalam pasu pun cantik.
Rasanya pokok ni senang tumbuh dan senang jaga.
Cuma ini jenis kacukan kot.

Kalau jenis biasa yang kat kampung tu..
Biasa ada kaler putih dan pink (yang ayu selalu nampak).
Pastu, pokoknya tak renek dan rendang macam ni.

Tapi... apa-apa pun ciptaan ALLAH tetap cantik.
Kerana Dialah yang Maha Pencipta.
Setiap kejadianNya adalah sempurna dengan cara tersendiri.

Ayu akan share lebih banyak tentang pokok dalam Labels baru Flora dan Fauna khusus untuk pencinta pokok dan tumbuhan dalam blog ini.


Jumpa lagi!

No comments: