Friday, January 10, 2014

Dekorasi Bilik| Cadar Kenangan FBSH Unisel 2010

Throwback on April 2010. Farewall untuk ayu setelah resign dari UNISEL.
Pejam celik tunggang terbalik dah nak masuk 4 tahun ayu jadi WAHM.

Alhamdulillah. Masih mampu survived in terms of financial and daily life.
But as overall... jadi WAHM lebih mencabar dari kerja makan gaji. 
Maka, kagum dengan diri sendiri walaupun kekadang meroyan jugak nak kerja semula ahaks!
Ini cuma bila rasa letih melampau atau menyentap dengan nizam hahaha.
Maklumlah, dasar kuat merajuk kan.

Tapi lepas tu, fikir balik untuk kerja semula?
Rasanya sangat malas. Lagi pun kesian ngan anak-anak.
Especially dania yang dah start sekolah pagi dan petang.
Hidup bersederhana, in shaa Allah. Pasti cukup.


Actually nak share dekorasi bilik utama rumah kami.
Just tukar comforter dan cadar jer pun!
Langsir belum pasang lagi. Malas dah nak fikir.
Lagi pun, bukan tidur dalam bilik pun.
Still melonggok tidur kat bawah. 

Ni gambar kenangan masa hari farewall tersebut.
Last berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar di Fakulti Bioteknologi dan Sains Hayat (FBSH).
Fakulti ni pun dah lama mansuh. 
Dah bergabung dengan fakulti apa ayu pun tidaklah ingat.

Tapi, Dekan FBSH ni sangat baik dan sporting.
Prof. Dr. Mohd Nasir Saadon.
Semoga Prof. Nasir terus sihat dan dipanjangkan usia.
Orang baik-baik ni kita akan sentiasa kenang dan doakan yang baik-baik.

Disebabkan rakan sepejabat tau iols suka comforter, maka dorang belikan comforter untuk iols.
Hehehe. Sayang korang semua.
*
*
*
*
Sebenarnya ni gambar masa bulan November lagi.
Sebulan 2x ayu akan tukar cadar.
Walaupun tak guna, tapi sebab berhabuk.
Tetap kena tukar. 

Ikutkan malas pakai comforter.
Pakai cadar jer senang.
Tapi, rasa sayang pulak kalau tak gunakan.
Nanti cadar dan sarung bantal dah lusuh, tapi comforter masih baru.
Kan dah tak sherasi bershama kalau pasang.

Bunga pun ikut tema. Over betul.
Previously cadar cream, bunga pun cream.


Actually, sarung bantal tu bukan daripada set comforter ni.
Tapi ayu beli kat Billion bulan lepas.
Kebetulan matching pulak dengan warna corak cadar ni.
Sarung bantal set cadar ni ayu tak guna sebab kekurangan bantal :)
Bantal kecik 4 bijik tu dari Lovely Lace.
Ayu beli lama dah, dalam tahun 2006 lagi. Masih elok.

Kombinasi Orkid dan Bunga Siti Zubaidah aka Bunga 3 Bulan
(yang sebelum ni ayu dok panggil Bunga Bulat-bulat!)

Dalam beberapa hari ni.
Ayu terpaksa merajinkan diri spring cleaning bilik dan almari.
Sebab sejak dania sekolah pagi-petang ayu makin busy.
Ayu perlu minimumkan masa untuk kemas rumah.
So, dekorasi (lah sangattt) kena praktikal dan simple.

Ayu ubah kedudukan perabot di dapur dan 3 bilik tidur.
Tolak-tarik dan angkat sesorang.
Alhamdulillah. Finally siap petang tadi.

Will share later (walaupun takder berubah mana pun hehhe).
Asal sedap mata i memandang dan senang kerja i sudah.

Jumpa lagi. 

2 comments:

Fizah said...

berkenan sgt dgn bunga siti zubaidah itu! :)

Ayu Rashid said...

Kan.. comel. Ayu beli kat nilai 3. RM7.90 sekuntum kalau x silap. Kalau kat Romantika lagi murah kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...