Sunday, January 12, 2014

Dekorasi Bilik| Praktical dan Mudah diuruskan!

Sambung pulak kat bilik ketiga aka bilik Hariz la kononnya!
Senang nak sebut hehee.


SEBELUM:


Toyogo biru dah lama pindah letak kat dapur.
So, ayu pindahkan jer yang kaler pink dan grey ke Bilik Dania.

Yang kaler grey tu bawah sekali dah pecah sejak 2007 lagi.
Tatau mana campak serpihan tu. Sayang pulak.
Ini ayu beli sejak zaman blaja kat MMU lagi. Berbelas tahun ok!


SELEPAS:



cermin #OOTD la konon hahahhaa.
#OOTD apanya kalu manjang terperap kat umah. Sendiri tengok pun tak lalu hehehehe.
Beli kat Nilai 3. RM80 jer.

Tetiber sangat kan... Bilik Hariz dari warna coklat dah jadi warna PINK. Apekahhhh!

Dah la anak bujang i suka main masak-masak!
Kalau jumpa set mainan masak-masak tu, memang dia nak beli.
Pastu, dia masak la konon... pastu paksa papa mama makan.
Risau iols tau!



Railing langsir masih belum pasang.
Bersyukurlah dapat sangkut Roman Blind macam ni.
Boleh la dari takder,  berbanding bilik master tu kan.

Jumpa lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...