Tuesday, January 14, 2014

Dekorasi| Praktikal di Dapur

As Salam.

Orang kata.
Dapur adalah "jantung rumah".
Memang betul. 
Manjang nak luluh jantung kalau tengok dapur bersepah!

Kalau kat umah ayu ni...
Bukan bersepah barang masak atau pinggan mangkuk.
Tapi bersepah mainan hariz!

Then, last week ayu decide nak kurangkan perabot dan barang kat dapur.

Rasa semak pulak mata tengok keadaan kat dapur. 

Padahal baru jer 2 bulan lepas buat deko macam ni: 


Mulanya ayu tukar alas meja plastik kepada table runner ni. 

Cantik. Tapi iols adalah susah hati!
Anak-anak memang tak makan kat meja ni.
Cuma "papa anak" selalu makan kat sini.

Iols tak suka kalau table runner kotor. 
Pastu kalau makanan jenis berminyak lagi laaaa... sesilap tak tanggal bekas minyak tu.


Ayu dah alihkan drawer baju dan toyogo biru yg isi pakaian anak-anak.

Drawer alih kat hall depan tangga.
Toyogo alihkan dekat sebelah washing machine. Now toyogo buat isi mainan hariz. Baru nampak kemas. 


Bayangkan kalau air milo atau ayam masak merah tumpah atas ni. Nanges mak!


Sudahnya alas meja plastik ni jugak i letak semula. Tapi ni ayu terbalikkan alasnya. Alas ni boleh guna depan-belakang. Corak berbeza.

Kalau ini rumah kami sendiri... ayu akan jadikan kawasan ni bilik. Sebab ruang ni besar. Rugi tak fully utilised. Kalau ni rumah i sendiri... confirm meletup-letup i deko dan renovate (kononnn hahaha)

Laundry area dan toyogo mainan hariz.

Rak hitam tempat letak beg sekolah dania. Dalam rak masih bersepah. Most of it adalah my Business Tools yg dah tak guna. 

Now, bilik dan dapur dah kemas dan lebih praktikal. 

Semoga dpt jimatkan masa mengemas rumah. Banyak lagi hal lain nak fokus. 

Lagipun kalau balik kampung lama-lama takder la penat sangat nak mengemas rumah. 

Jumpa lagi. 

2 comments:

cik hani said...

sangat praktikal. sambil masak boleh tgk anak main depan mata kan..

kemas dapur..

nak memasak mesti bersemangat je kan

~misshuny~ said...

lau xnak kotor cuba buat cermin untuk alas meja tu..cantik..hihi