Thursday, January 16, 2014

Workstation Sederhana Saja

As Salam.

Jadi WAHM yang berbisnes online memang perlukan proper workstation.
Sebab walaupun kerja sendiri, kita perlukan suasana yang sesuai.
Menaikkan semangat dan sebagai reminder kat kita supaya BERDISIPLIN!

Apa...
Ingat kerja makan gaji ada boss jer ke kena disiplin?
Actually kerja sendiri kena lebih disipilin.

Sebab kalau kerja makan gaji, ko rajin ke... malas kee..
Gaji tetap jalan.

Tapi kalau bisnes sendiri buat camtu?
Menanges ok. 


Lainlah laki ko kaya... tadah jer tangan sambil senyum manja.
Confirm ko senyum cam kucing lepas tu hehehhee.

Ni ayu share lagi sekali Workstation ayu.
Workstation sementara yang serba sederhana.
Masih menunggu masa free nak gi survey meja baru.
Dah laki asik outstation kan... weekend pulaka asyik merayap.
Mana nak sempat. Sudahnya duit bajet beli meja lari ke mana.
Nangessss!


Klik SINI untuk lihat Dekorasi sebelum ini. 



Ni deko keeeeee workstation ayu yang terkini.
Siap letak pokok hidup.
Konon nak kesegaran dan oksigen waktu bekerja atau bertenet kan!
Tapi, dalam hati dok risau jer.
Hariz sukaaa tau main-main daun pokok ni.
Hohooooooo... sangat mengerikan.
Dah la pokok ni makan tahun nak besar.
Terbantut tumbesaran sebab tuan punya malas nak jaga.

Diari TNB seperti biasa.. akan menjadi hakmilik bini dia yang gila kuasa dicintai hahah~




Hebatkan workstation i... di tepi toilet.
Sedih tengok keadaan meja ni. Tapi sayang nak buang. Sentimental value ok.

Business Tools dan diary. Kalau buat kerja mesti nak minum CEO Coffee.
I'm coffeeholic. Oh yer. ayu tak suka messy atas meja. Selalunya masa buat kerja cuma ada labtop, buku nota dan pen jer. Mana tak guna pada masa tu ayu akan simpan dalam drawer atau alihkan kat tempat lain.

Sejak dari belajar dan kerja dulu lagi ayu tak suka atas meja banyak benda aka berselerak.
Walaupun ada 'kajian' mengatakan orang suka meja bersepah ni KREATIF... iols redha jer.
Mata tak sakit jiwa tak serabut lagi penting dari kreatif hahaha.


Kami masih belum habis deko rumah!
TV ni nak alihkan ke tempat lain.
Rumah ni kat bawah tangga dah ada stor yang dibuat dalam design Rak.

So untuk workstation, ayu tak perlukan rak atau cabinet.
Boleh fully utilised jer rak-rak kat stor ni.
Lagi pun ni rumah sewa, sayang pulak nak letak-letak rak lekat kat dinding tu.
Walaupun boleh bukak semula, tapi iskkk, taknaklah.
Jimat bajet pun satu hal hehhe.


Camni punya banyak rak. Takkan tak cukup lagi kot.
Macam la banyak benor documents dan files ko nak letak kan.

Itu saja workstation saya.
Simple dan agak buruks huuuhuuuu.
Bolehla dari takder. Kalau nak buat kerja sambil baring tak larat.
Dah berumur ni baring meniarap sekejap dah mengah.
Eh! Kalu cepat mengah tu bukan sebab dah tua kot. 
Sebab dah gemuk! mihmihmihhhhh.

Ok... 
Doakan ayu cecepat dapat beli meja baru.
Tu salah satu Wishlist Duaniawi 2014 :P
Nak realisasikan i request it as 35th Birthday present from nizam.
Pandai tak... pandai tak?
Jimat duit sendiri... kekekkekeke.

Siap cakap tu.
Tahun ni taknak beli handbag.
Tak nak beli baju atau kasut.
Nak beli barang rumah jer.

Padahal....
Eh... In Shaa Allah. Istiqamah berjimat.

Jumpa lagi....

4 comments:

cik hani said...

meja jahit saya diperbuat dari meja study.
recycle yang orang nak buang, catkan warna cream pink cantek bukan main lagi

Ayu Rashid said...

Ni meja zaman ayu blaja kat mmu dulu. Dalam tahun 2002-2004 rasanya. Hani rajin mengecat ok la.

Fizah said...

yang penting kemas, tersusun dan efektif..kan ayu? cantik ke tidak tu subjektif sgt...nobody can judge..suka sgt tgk meja ayu, kemas je...sy pun suka meja clear kalau nak mulakan kerja..baru rasa tenang...:))

Sha Nikitasakura said...

Ada pokok tu..nmpk fresh..ada elemen alam semulajadi kt situ..
Salam kenal...done 4lowing u.. :)
tellingstory.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...