Sunday, January 26, 2014

Resepi Ayam Buttermilk

As Salam.

Resepi Ayam Buttermilk.
Ayu dapat resepi ni dari blog Geng Mommy Gojes.
Lupa dah apa nama link tu, sebab ni update guna labtop.

Resepi ni simple tapi sedap.
Tapi kalau jenis tak berapa gemar susu dan cheese...
Mungkin akan rasa muak.
So nak elak rasa muak dan lebih sedap:
Sila masak pedas-pedas dan makan masa masih panas.

Ni resepi dan cara memasaknya.
Sappp sapppp suiiiiiii... dah siap walaupun cobaannnn kali pertama.
*Bangga dengan diri sendiri, ko mampu? :P


Bahan-Bahan untuk Goreng Ayam:
*Sila anggarkan sendiri kuantiti bahan bergantung kepada saiz hidangan anda*

Bahan Perapan untuk menggoreng ayam:
Garam, kunyit, serbuk kari ayam dan daging, gandum
- Gaul sebati

Masukkan ayam yang dipotong kecik dan gaul dengan bahan perapan kat atas tadi.
- Goreng sehingga separuh masak.

Ni yang dah siap goreng 


Bahan Kuah dan Caranya:

Sila semak sendiri apa ayu masukkan.
*Ayu gantikan susu cair dengan susu pekat manis. Suka-suka hati kan...
* Marjerin takder, ayu gantikan dengan minyak masak (untuk menumis)

Cheesedale 2 keping jer, nanti lemak sangat takut muak sangat pulak.

*Nampak tak daun kari kering tu? Hahhah sadis betul. Nasib baik adooooo.
Ni stok nak campak dalam tong sampah dah ni sebenarnya.

Cara:
Hiris bawang merang, bawang putih dan cili padi.
Kalau nak lagi pedas, tambah lagi banyak.

Ayu masak takleh pedas, sebab tekak anak didahulukan.
Masak sekarang pun, cili padi ayu letak sebijik-sebijik macam tu jer.
Nak makan sila gigit atau hancurkan dalam pinggan sendiri.
Hariz tak tahan pedas langsung :(

Tumis bahan dihiris tadi + daun kari sampai bau wangi.



Masukkan susu, air dan cheese.
Kalau nak berkuah, lebihkan air, vice versa.
Ayu lebihkan kuah, sebab dania suka makan berkuah.
Dan kalau panaskan pun still berkuah 

Masukkan ayam. Masak dengan api perlahan sehingga masak. 

Sedia untuk dihidangkan.
Simply Delicious!

Selamat mencuba!

2 comments:

UMIE SUE said...

nampak sodappppp!! nak cuba

Iza Fiza said...

wah..nampak sedap jer..senang lak.nak try jugak lah =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...