Monday, January 20, 2014

REVIEW| Kondominium Peranginan TNB Port Dickson (Part 1)

As Salam semua.

It's Monday again. Alhamdulillah 20hb Januari sudah.
After long weekend, selamat kembali bekerja.

4hb Januari lepas kan besday ayu.
Kami pergi short getaway kat Port Dickson.

PD bukan tempat yang ayu suka sebenarnya.
Setakat nak mandi laut, balik Besut mandi pepuas.
Laut dan pantai lagi cantik dan bersih hehehe.

Tapi, dah PD nizam pilih. Tetiber cakap dah booking tempat.
Ikut hati, i nak pegi Gold Coast Morib, Sepang.
Nak amik pakej Birthday. (Bukan mainnnn demand).

Kali ni kami pilih penginapan jimat giler!
Menginap kat Kondominium Peranginan TNB kat PD.

Ni first time walaupun nizam dah berjanggut kerja ngan TNB.
Ruginyaaaa selama ni dok bayar hotel biasa kan.
Dah namanya TNB punya, maka hanya staf TNB jer la layak :(

So, jika ada pembaca blog ni adalah warga TNB.
Atau ada sedara mara korang kerja TNB.
Sila ambil peluang bercuti dengan jimat.

Kami stary 3D/2N (Jumaat - Ahad)
Bayaran cuma RM106 SAHAJA!

Menangis ok kalau nak bayar hotel biasa utk 3D/2N on weekend!
Kalau boleh jimat, why not?

Tapi jangan la demand nak high class punya servis dan accommodation kan.
Tapi untuk golongan nan adooo macam kitorang ni dah ok sangat.
Sesuai la dengan bayaran tu.

Ayu nak buat Review sikit tentang Kondo TNB kat PD ni.
So, semoga dapat membantu staf TNB yang nak bercuti di PD.


Welcome to Kondominium Peranginan TNB PD

View depan pintu utama


Deko yang simple

Lobby

Ruang menunggu. Ada beberapa set meja-kerusi macam ni. 


Pekerja tidak disediakan untuk mengangkat barang korang.
So, sila kerah anak sendiri. Berebut ok anak-anak nak tolak benda alah ni.

Ruang Keseluruhan:
Ruang Tamu, Ruang makan dan Dapur
*Bilik air ada 2






Tidak dibenarkan memasak. Masak air jer boleh.
Iron tak pasti ada ke tak. Sebab ayu bawak iron sendiri.

Bilik:
Ada 3 buah bilik. 
Selesa dan deko yang biasa-biasa ajer.

Setiap bilik ada almari baju dan almari solek.

Bilik ada 1 katil queenBantal kat hujung katil tu sendiri punya yer. hehe


Bilik yang ada 2 katil


Master Bedroom. Ada bilik air dalam bilik ni.
Kami tidur dalam bilik ni jer. Tapi tilam lagi 1 ambil tilam queen dari bilik lagi 1.


Kalau deko dicantikkan lagi, mesti lagi menarik. Bukan main komen hehhee.


Finally Master Bedroom tu jadi macam ni hahhaa.
Bukak cadar hotel, then bentang cadar sendiri.
Baru rasa selesa dan betul-betul bersih.



Bila bercuti, kami memang angkut bantal sendiri.
Tuala pun bawak sendiri punya. Eh! Cadar pun bawak. Eh! Toto pun bawak.

Sebab tu kalau bercuti walaupun sehari, barang nak penuh bonet kereta!
Nizam cakap Ayu cerewet. Iyer, saya akui.

Ayu tak berapa gemar guna tuala hotel.
Cadar pun akan bentang cadar yang bawak sendiri.
Selimut pun bawak jugak. Ntah, rasa cam tak comfortable guna bekas orang lain guna yang ntah saper-saper.
Mengada ke cerewet tak kesah la :)


Bersambung next entry... 
Swimming pool dan outdoor.
Part ni ayu suka, sebab banyak pokok cantik dan suasana nyaman jer.

7 comments:

Fizah said...

pernah duk sini gak..:))

Ayu Rashid said...

Oh ye ke.. fizah ke husband staf tnb. Bestnya kalau dpt keja tnb. Bonus besar *tetiber sangat kan....

Fizah said...

dulu husband kerja tnb kak..tp skrg mngajar utem..hihi

dah 35 ke kak ayu rupanya? apa rahsia awet muda?:)

Farah said...

Hi sis, nak tanye apply through website ke? dulu ayah sy apply manual je.klu online senang ckit sy applykan.hehe. klu ade boleh share link tak? thanks

Suhaila said...

su pnh duduk sini dulu 3hari 2mlm..best..tenang..tapi ada kisah seram..huhuhu nampak lembaga sampai demam bila balik JB..

Anonymous said...

Sis boleh bagi tau mcm mana cara nak booking online. Boleh share link. Tq

yeollipop said...

sini ada wifi tak?