Posts

Showing posts from February, 2014

Benih Bunga Butang Dah Bercambah dengan Suburnya

Image
As Salam.
Last weekend balik Keratong lagi.
Kalau yang baca blog ayu, mesti dah baca tentang semai benih pokok bunga butang. Boleh baca kat SINI
Tapi, malangnya... benih yang dah tumbuh tu semua MATI!
Mati kering walaupun siram jer selalu. Rasanya tanah tak elok. Terlalu keras. Ceh! Tanah yang disalahkan. Padahal tangan i yang panas kot.
Nasib baik ayu dan dania tabur jugak benih kat rumah mak. Setiap kali balik... pasu tempat tabur benih tu kami dua beranak hadap!
Dania pun bukan main eksaited lagi. Pokok Bunga Dania dan Mama katanya. Nampak tu... nama dia dulu... baru nama mama.
See... dah subur, besar dan dah boleh alihkan dalam pasu lain ni. Geram tengok!


Konon petang Ahad tu, nak alihkanlah pokok tu masuk dalam pasu.
Tapi... end up membuta dengan hariz dari pukul 4pm - 6.30pm.
Hariz tidur... mama pun sama naik.

In sha Allah kalau balik minggu ni bolehlah tanam pokok tu.
Dah bagitau mak. Bila pokok dah berbunga baru nak bawak balik Semenyih.
Hahhahaha. Dasar menantu hantu. 

Yelah... kalau pokok tu dah…

Photoholic

Image
As Salam semua.

Semenjak beberapa hari ni...
Suka pulak ayu browse folder Pictures kat labtop ni.
Banyakkkkkkk sangat gambar masih disimpan.
Sejak dari zaman guna camera digital Olympus, Nokia Navigator, SGT dan SIII.

Rasanya dari tahun 2006 hingga sekarang.
Ni tengah nak merajinkan diri untuk save dalam folder lain.
Simpan kat External Hard disk as a back-up.
Kalau apa-apa jadik kat labtop ni... melalak i.

Paling suka... tengok gambar masa dania dan hariz baby.
Terasa masa cepat sangat berlalu.
Anak-anak dah besar. Mama dan papa makin tua lah maksudnya tu.

Yes! I am photoholic person.
Terlalu suka bergambar dan snap gambar.

Masa arwah abang meninggal.
Mak nak sangat simpan gambar arwah.
Tapi arwah memang tak suka bergambar.
Memang rasanya takder la dia nak joint kami bergambar wp masa raya.

Sudahnya...
Ayu pun check semua folders dalam labtop,
Syukur alhamdulillah.
Ada gambar arwah dalam beberapa belas keping.

Tunjuk kat mak. Mak mintak cucikan gambar2 tu.
Dah pun cuci dan bawak bali…

March is Just Around the Corner...

Image
As Salam.Semakin malas bersiaran.  Tapi nak fokus update blog kat blog lagi satu. http://ayurashid.blogspot.com
Ni memang personal blog. Puas berblog kat sini. And its all about our family and daily life. Daily ke... sebab last update was on November 2013.
Gigih nampaknya nak kena update secara Marathon. Kena tunggu angin rajin datang.  Masa tu sehari boleh siap 5 entry. Memang la banyak entry leh siap... dah byk gmbr jer :)
Kembali kepada tajuk entry. Yer... masa sangat cepat berlalu. Minggu ni dah last untuk bulan Februari.
Start bulan Januari lepas lagi. Ayu dah manage semula Financial Management. Walaupun dah tak kerja almost 4 years... Ayu masih ada monthly commitments nak kena hadap. Paling utama ialah untuk mak. Selagi mak ada... selagi ada kudrat carik rezeki. Mak adalah keutamaan.  Itulah berkat rezeki... ada pada ibu bapa.
Masa berlalu memang pantas. Bangun pagi seawal 5am atau 6am. Buat kerja rumah... uruskan anak.. uruskan laki (eh!). Sedar-sedar dah malam.
Ini dah nasib baik duduk Semenyih. Waktu m…

Resepi Aiskrim Goreng Mudah!

Image
As Salam. Lama tak bersiaran. Musim panas, nak berblog pun takder mood. Sebut musim panas... makan aiskrim goreng memang sedap!
Bahannya mudah jer. Tapi, macam biasa... jangan harapkan masakan ayu di 'persembahkan' dengan baik. Asal jadi dan sedap sudah.
Menanges tengok rupa-paras aiskrim goreng i tu!

Bahan-bahan dan Cara Membuatnya







Goreng dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak bebetul panas. Goreng dalam beberapa saat jer sampai roti bertukar warna garing.
*Kalau dalam iklan Aiskrim Goreng Nestle kat TV tu kata 8 saat. I tak tengok jam pun. takder masa nak tgk jam :) Kang sebuk nak tengok jam hangus dan cair aiskrim gorengku.

Subhanallah... Beri 100 SAHAJA TETAPI dijanjikan 1,000 Ganjaran

Image
As Salam.

Dalam satu hadis Baginda bersabda: "Adakah kamu tidak mampu untuk memperoleh 1,000 kebajikan setiap hari?"
Seseorang bertanya kepada Baginda: "Wahai Rasulullah, bagaimana kami boleh memperoleh 1,000 kebajikan setiap hari?"
Baginda menjawab: "Bacalah Subhanallah 100 kali, nescaya kamu akan memperoleh 1,000 kebajikan.
(Riwayat Muslim)

Jom sama-sama amalkan. Tak sampai 5 minit pun masa yang kita gunakan untuk zikir kalimah suci yang hebat ni. In Sha Allah. Semoga ia menjadi amalan kita. 
*Kalau sebelum ni sambil masak atau mengemas tu dok nyanyi, apa kata kita berzikir pulak. Mula-mula memang rasa kekok, nanti dah beberapa hari... in sha Allah jadi kebiasaan. Kalau tak buat tu pulak yang rasa 'something is missing".
*Saya tak alim, tapi saya cuba perbaiki diri. Berzikir memang memberi ketenangan. Semoga terus istiqamah. Amin

Ruang Tamu| Sofa L-Shape Menyempitkan Ruang

Image
Ikutkan rumah ni dah boleh tahan lapang sebab owner dah extend dapur. Tapi... i tak reti nak letak sofa LShape ni kat mana paling sesuai.
Sofa ni besar gedabak. Rumah ni pulak hanya ada sliding door jer sebagai pintu. Silap letak kan menghalang laluan pejalan kaki pulak!

Ni baru alihkan sofa ke sini minggu lepas. Bosan tatau nak buat aper. 
Karpet tu ayu letakkan ke bawah sofa banyak2. Sebab taknak kasik kotor sebab ni laluan dari pintu masuk. Dah la hariz suka main kat luar tak pakai selipar.
Tikar evamatik tu legend. Wajib ada... situlah tempat kami makan sambil tengok tv. Kalau dania hariz nak main sepah-sepah pun atas tikar ni.

Sebenarnya ayu tak suka kalau rumah banyak barang. Kagum tengok orang yang boleh deko rumah dengan barang yang sarat. Macam mana dorang jaga? Macam mana nak kejar anak jalan dengan jayanya?

Tengok... macam ni mamanya nak berhias rumah bagai? Luperkanlah *tears*


Dan-dan berlakon tidur. Nyampah aku hahaha.

Plan banyak. Tapi bajet belum mengizinkan.
Bila dah b…

Resepi Nasi Kerabu Mudah!

Image
Menunaikan permintaan tekak sendiri yang nak makan nasi kerabu. Ni kali kedua buat nasi kerabu. Kali pertama... bulan puasa tahun lepas kat umah PIL.
Resepi dari Chef Nik Khadijah.  Tapi kalau Chef Jah tengok anak dia potong sayur macam ni.... Konfem dia amik sayur tu potong semula hahaha. Mak i cermat buat kerja. Jauh beza ngan anak dia. Sappp sapppp suiiiiiii... asal cepat siap tapi sedap, eh!
Ni resepi nasi kerabu style kami. Senang sangat... bolehla korang cuba.

1. Tumis Belacan @ Budu Bahan-bahan: Bawang merah + Cili kering: Blender Beberapa batang serai: Titik Cili Padi: Titik kalau nak pedas Sedikit halia Asam keping Sedikit belacan @ budu Santan pekat Garam dan gula
Cara: Masukkan semua bahan dan masak sehingga naik minyak dan pekat.

2. Serunding/Sambal Kelapa  Bahan-bahan: Beberapa ekor ikan sardin/kembong Sebiji kelapa parut Beberapa ulas bawang merah Garam, gula
Cara-cara: Rebus ikan, kemudian buang tulang-temulangnya. Goreng kelapa tanpa minyak sampai rasa rangup. 
Tumbuk ikan …

Dilema Rak TV

Image
Dilema-lah sangat kan!
Tapi dah katanya menyewa. Pasrah jerlah dengan keadaan built-in store yang ada satu "kotaknya" untuk letak tv.
Sudahnya... saiz kotak (katernyaaa) tak match dengan saiz tv. 
Sebelum ni nizam letak tv Samsung gemuk kat dalam kotak ni. 
Since decoder astro dah kat sini, terpaksa letak rak tv dan tv yg kami guna macam ni:

Tapi tv Samsung ni kami dah bawak balik Besut CNY lepas. TV mak kat kg rosak sejak bbrp hari lepas arwah abg meninggal.

So... "kotak" tv tu dah kosong.  Kami plan, nak beli tv murah-murah yang saiz muat kotak tu (32" kot). 
Then, tv sediada + rak putih tu bawak naik atas. 
Tapi buat masa ni bajet nan adooooo. Pasrah jerlah hadap keadaan macam ni yang sangat serabut pada pandangan mata i.
Sebabnya ialah tetiber ada rak dan tv depan built-in store bawah tangga ni.
Storage pun dah rugi. Nak amik barang dalam laci store tu bukan main susah.
Nampaknya kene zikir lebih kat nizam ni. Kasik dia serabut dengar i request tv baru :P
Jenuh nak bersihk…

SOHO| Meja Baru!

Image
Meja ni beli kat kedai Perabot kat Semenyih. Takda maknanya nak pegi ke Ikea membeli huhu.
Lagi pun, kalau nak kena pasang sendiri memang tidak laa. Nizam tak berapa pandai bab-bab macam tu. Dan dia memang tak rajin punyalah!
Makanya... belilah yang dah siap seketul macam ni.
Kami just survey kat 2 buah kedai perabot jer. Tapi dah siap cakap kat nizam. Ayu taknak beli selagi tak jumpa yang bebetul berkenan. Hah! Tengok... tahap fussy tu macam mana.
Kedai pertama pergi... takder yang berkenan. Kedai kedua... nasib baik terus jumpa yang berkenan. Itu pun tengok dalam katalog. Yang display takder yang berkenan.
Kami pergi beli hari Sabtu minggu sebelum CNY. Janjinya nak datang hantar hari Selasa. Sudahnya... semalam baru sampai.
Nasib baik sampai tu mejanya cantik. Puas hati sangat.

Harga asal: RM390 Harga kami beli: RM330 *Saper nak tau nama kedai perabot ni boleh contact Ayu. Perabot kat kedai ni cantik-cantik dan nampak berkualiti.  *Tetiber tolong promote kedai cina ni kan... macam la aku dapat komisyen h…

SOHO| Meja yang Banyak Jasanya

Image
Banyak jasa meja belajar ni kat Ayu. Sejak dari zaman belajar kat MMU Melaka dulu. Dalam tahun 2002 kot rasanya beli meja ni.
Sampai sekarang jasanya. Berkat sungguh duit membelinya dulu.

Camnilah keadaan meja tu yang ayu jadikan SOHO kat rumah.
Sinilah tempat update blog.  Sebab ayu suka update blog guna labtop instead of guna HP. Jari gemuks... seksa nak menaip :P
Ikutkan, sayang lagi meja ni. Tapi... tengoklah keadaannya. Tu kotor sebab bekas lekatkan selotip masa pindah-pindah. Maklumlah, hobi kitorang memang pindah-randah :D
Pastu, dah pecah jugak lacinya masa rumah kena pecah masuk dulu.

Birthday Ayu yang lepas, ayu request nak hadiah meja belajar dari Nizam.  Alhamdulillah, ada rezeki dapat meja baru.
Konon makin semangat la nak berbisnes dan ber-blog kan. Ayu just nak yang simple jer.  Paling penting drawer muat untuk isi kertas, buku atau dokumen size A4 at least.
Sebab drawer meja belajar sediada ni kecik. Tak muat nak isi.
Storage tu penting.  Sebab ayu tak suka messy atas meja. Kalau boleh nak a…

Pokok Bunga 'Hidup' dalam Rumah

Image
Ni pokok yang beli minggu lepas kat Nursery. Aunty nursery kata pokok ni elok tanam dalam rumah.
Siram 3 hari sekali. Jangan terlalu banyak air, nanti mati. "Baiklah aunty"


Jumpa lagi...

Bunga 3 Bulan "Hidup"

Image
Ni masa kat nursery rabu lepas tu jugak. Masa dok rambang mata tengok pokok bunga. Tetiber sangat kan...  Abang kerja kat nursery letak pokok ni dekat dengan i berdiri.
Eh!
Macam tetau jer kan i suka pokok bunga 3 bulan ni. Subhanallah. Cantik sangat!
Then, terus request nak snap pictures. Hahhahah, mesti aunty tu pelik.
Ok, untuk tatapan rakan-rakan semua.








In shaa Allah.
Nak beli pokok bunga 3 bulan ni nanti.

Kat rumah PIL pun ada. 
Mak cakap tak pernah berbunga lagi.
Nak tanam senang jer, sebab ia membiak melalui keratan batang.
Bolehlah mintak ehehehehhe.

Tapi kalau beli dah dapat yang dah besar.
Siap pakej beli yang tengah berbunga sekali.
Hah! Dasar tak sabar memang macam ni.

Pastu, tatau la berapa lama pokok tu dapat hidup kan?

Jumpa lagi.