Thursday, February 27, 2014

Benih Bunga Butang Dah Bercambah dengan Suburnya

As Salam.

Last weekend balik Keratong lagi.

Kalau yang baca blog ayu, mesti dah baca tentang semai benih pokok bunga butang.
Boleh baca kat SINI

Tapi, malangnya... benih yang dah tumbuh tu semua MATI!
Mati kering walaupun siram jer selalu.
Rasanya tanah tak elok. Terlalu keras.
Ceh! Tanah yang disalahkan. Padahal tangan i yang panas kot.

Nasib baik ayu dan dania tabur jugak benih kat rumah mak.
Setiap kali balik... pasu tempat tabur benih tu kami dua beranak hadap!
Dania pun bukan main eksaited lagi.
Pokok Bunga Dania dan Mama katanya.
Nampak tu... nama dia dulu... baru nama mama.

See... dah subur, besar dan dah boleh alihkan dalam pasu lain ni.
Geram tengok!

Banyak kan... kalau tanam atas tanah buat ala-ala landscape mesti cantik. Tapi apakan daya, tanah sekangkang kera jer kat rumah kami. Tanam jer la dalam pasu.

Ini masih kecik lagi. Bukan main bersusun lagi tumbuh. Apsal laaaa yang i tabur benih tu boleh mati. Dah besar macam ni laa.. lepas tu satu-satu kering.

Balik dari beli susu hariz kat Muadzam... singgah nursery beli pasu plastik ni. Cantik kaler hitam. RM2 jer sebijik. Beli la 5 bijik dulu. Sebab ingat nak beli pasu plastik yang panjang sebijik.
Tamak betul! 
Konon petang Ahad tu, nak alihkanlah pokok tu masuk dalam pasu.
Tapi... end up membuta dengan hariz dari pukul 4pm - 6.30pm.
Hariz tidur... mama pun sama naik.

In sha Allah kalau balik minggu ni bolehlah tanam pokok tu.
Dah bagitau mak. Bila pokok dah berbunga baru nak bawak balik Semenyih.
Hahhahaha. Dasar menantu hantu. 

Yelah... kalau pokok tu dah berbunga.
Maksudnya pokok tu dah matang. Dapat la survived kan.
Kat Semenyih panas laaa... lagipun letak bawah bumbung berbahang.
Rumah mak... mak letak bawah pokok.
So, panas takder la berbahang macam dok bawah bumbung.

Kami balik dari kampung ke Semenyih hari Isnin pagi.
Sampai jer kat rumah ayu terus siram pokok.
Maklumlah 2 hari tak bersiram (Sabtu - Ahad).

Nizam cakap camni sambil ala-ala nyanyi gitew:

"gigihnya penanam pokok bunga ni, walaupun pokoknya sentiasa mati"

Hampeh :P


Sabar menunggu pokok butang tu berbunga macam ni!

2 comments:

siti norsarah Aminuddin said...

mmg gigih k ayu,

pokok yg sarah beli kt nursery pun br mati last week. itu br beli..lom tanam lagi.

this weekend beli lagi keladi daun lebar pulak. mmg nekad nak jaga bersungguh..seronok tgk byk pokok kt luar rumah..rasa sejuk sikit ruamh

Ayu Rashid said...

Gigih menyiram jer sarah. Gembur tanah atau membaja x pernah heh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...