Friday, February 28, 2014

Pengaruh Gadjet kepada Anak-anak

Hariz dan dania memang dah melekat dengan gadjet! 

Dan itu sangat merisaukan kami.
Lagi-lagi sejak ramai yang share tentang kesan penggunaan dan pendedahan gadjet yg melampau di kalangan kanak-kanak

Dania dari umur 5 tahun kami dah bagi guna labtop. 
Dalam tahun 2010 tu android dan smartphones masih belum meluas penggunaan. 

Tapi bila time hariz...
Umur setahun kami dah kasik guna android.

Memang mereka addicted!
Macam dania bila dah sekolah dia dah busy.
Kalau mengadap pun sekejap jer.
Tapi ayu memang kagum dengan kebolehan dia. 
In fact dia lai terer explore dan guna applications dalam SGT dan S3. 

Hariz?
Manjang nak tengok Youtube!
Asalnya dia suka tengok Ultraman.

Then... suka tengok Surprise Egg, Playdoh creations dan Pocoyo.

Upin Ipin dia tak minat sangat.
Tapi lately ni dia suka tengok Masha and Bear.
Bila dia tengok tu memang mengekek gelak sesorang.


Sudahnya. Mama yg susah hati.
Berebut  telefon mama tu dah satu hal.
Pastu paling takleh blah. Hariz cakap:
"Mama ayish nak beli enset"

Amboi. Sebut nama pun tak betul lagi... ada hati nak beli handset!

So... ayu cubalah nak alihkan perhatian hariz pada perkara atau mainan lain yg lebih bagus utk otak dan anggota badan dia. 

Alihkan pada mainan fizikal.
Mainan dia memang banyak.
Sebab nizam memang mewahkan anak-anak dengan mainan.

Walaupun mainan tak mahal. 
Tapi... kalau tiap-tiap kali keluar atau singgah Petronas pun hariz "capai" mainan.
Tak ke jadik banyak jugak duit utk mainan.

Between.
Ni salah satu aktiviti yg ayu kasik hariz main.

Dia rajin kemas lepas main.
Sebab mama dah cakap:
"Lepas main kemas tau. Nanti kalau tak kemas mama buang dalam tong sampah!"






Selain dari bagi main Lego.
Bila hariz nak main Playdoh.
Ayu akan bancuh tepung gandum jadikan doh.

Haaaaaa... mainlah sepuasnya!

Bukan tak belikan playdoh.
Tapi tak suka la sebab sepah-sepah melekat.
Lepas tu cepat keras.

Nak kata beli yg murah tak jugak.
Yang murah tu dah of course la berbau dan cepat keras.
Yang mahal pun lebih kurang sama.

Kinetic sand?
Malas la pulak nak beli. Mahal hahaa.

Main doh tepung gandum sudah!
Asalkan dapat jauhkan diri dari gadjet.wp utk beberapa jam.

Ni pun dah start ajar hariz "main" dengan buku, pensil dan pensil warna.

Jumpa lagi.

1 comment:

siti norsarah Aminuddin said...

abak sarah pun dahx dpt nain gadget electronik ni..skrg back to basic, main block, playdoh, toys, tp endingnye rumah besepah sepah lah..hihihi