Wednesday, February 26, 2014

Photoholic

As Salam semua.

Semenjak beberapa hari ni...
Suka pulak ayu browse folder Pictures kat labtop ni.
Banyakkkkkkk sangat gambar masih disimpan.
Sejak dari zaman guna camera digital Olympus, Nokia Navigator, SGT dan SIII.

Rasanya dari tahun 2006 hingga sekarang.
Ni tengah nak merajinkan diri untuk save dalam folder lain.
Simpan kat External Hard disk as a back-up.
Kalau apa-apa jadik kat labtop ni... melalak i.

Paling suka... tengok gambar masa dania dan hariz baby.
Terasa masa cepat sangat berlalu.
Anak-anak dah besar. Mama dan papa makin tua lah maksudnya tu.

Yes! I am photoholic person.
Terlalu suka bergambar dan snap gambar.

Masa arwah abang meninggal.
Mak nak sangat simpan gambar arwah.
Tapi arwah memang tak suka bergambar.
Memang rasanya takder la dia nak joint kami bergambar wp masa raya.

Sudahnya...
Ayu pun check semua folders dalam labtop,
Syukur alhamdulillah.
Ada gambar arwah dalam beberapa belas keping.

Tunjuk kat mak. Mak mintak cucikan gambar2 tu.
Dah pun cuci dan bawak balik masa CNY lepas.
Cuci beberapa salinan untuk gambar yang nampak jelas.
Bagi adik-beradik.

Sorang abang dan kakak ipar ayu tu.
Siap letak gambar arwah dalam frame, gantung kat dinding.
Walaupun gambar cuci tu cuma saiz 4R.
Banyak gambar arwah dengan Hariz.
Masa tu umur hariz dalam setahun lebih. On June 2012.

Ayu ada cakap kat mak.
Nasib baik ayu jenis gila ambik gambar.
Kalau tak... takder kenangan gambar arwah.

Gambar diri sendiri tak payah cakap.
Punyalah bersepah-sepah.
Confirm bila i pulak takder nanti.
Mesti yang tinggal pening nak pilih gambar mana nak cuci.

Ayu suka snap gambar.
Sebab... setiap gambar ada peristiwa disebaliknya.
Peristiwa itu akan jadi kenangan buat kita dan orang yang kita sayangi.
Suatu masa nanti...

Yang kita rasa tak penting pada hari ni.
Mungkin akan jadi sangat penting pada masa akan datang.
Betul tak?

Hargai apa yang kita ada.
Sebelum ia bukan lagi milik kita atau pergi untuk selamanya.

Have a good day!
Ayu Rashid






No comments: