Thursday, February 20, 2014

Resepi Aiskrim Goreng Mudah!

As Salam.
Lama tak bersiaran. Musim panas, nak berblog pun takder mood.
Sebut musim panas... makan aiskrim goreng memang sedap!
Bahannya mudah jer.
Tapi, macam biasa... jangan harapkan masakan ayu di 'persembahkan' dengan baik.
Asal jadi dan sedap sudah.
Menanges tengok rupa-paras aiskrim goreng i tu!


Bahan-bahan dan Cara Membuatnya

Takkan tak kenal kot hehehee.

Aiskrim ikut selera korang la yer. Makin sedap rasa aiskrim tu... of course lagi sedap dan tempting laaa aiskrim goreng korang nanti.  *nanti nak carik aiskrim perasa durian la pulak.

Letakkan roti, letak sesudu aiskrim kat tengah-tengah roti.
 (jangan banyak sangat aiskrim, nanti melebih-lebih pulak terkeluar)

Ambil sekeping lagi roti. Tutup dan tekan sikit-sikit kasik penyek.

Then, amik cawan - telangkupkan atas roti -tekan, pusing dan tenyeh sampai roti tu terputus dari bahagian tepinya.
Paham dok? Tak reti i nak explain hahha.

Sampailah jadi macam ni...
*Ni first time buat, tak elok... the rest semua cantik i buat hehhee.

Tanggalkan dari cawan.
Pastikan roti tak pecah atau bocor. Sebab kalau jadi macam tu, masa goreng aiskrim akan terkeluar.

Ada 2 cara sebelum goreng:
1. Boleh  terus goreng.
2. Simpan dulu dalam peti (kat sejuk  beku) dalam beberapa jam. Keluarkan terus goreng.

Dua-dua cara boleh.
Tapi cara KEDUA lagi SEDAP.
Roti jadi lebih rangup dan aiskrim lebih sejuk. Sedap sangat.

Ayu rekemen cara ke-2.
Tapi kalau dah tak menyempat nak makan.. boleh goreng terus lepas dah buat tu. 

Goreng dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak bebetul panas.
Goreng dalam beberapa saat jer sampai roti bertukar warna garing.

*Kalau dalam iklan Aiskrim Goreng Nestle kat TV tu kata 8 saat.
I tak tengok jam pun. takder masa nak tgk jam :)
Kang sebuk nak tengok jam hangus dan cair aiskrim gorengku.

So pepandai la agak sendiri. Dah roti bertukar kaler garing tu, masak la tu.
Jangan susahkan benda yang senang... ewah!


Beginilah hasilnya!
Dah angkat tu terus makan. Jangan nak tunggu sejuk. Kang cair sangat aiskrim kat dalam tu tak sedap pulak.

Mau tak sedap. Panas diluar... sejuk di dalam.

Juri cilik saya sedang menikmati. Hari-hari request nak aiskrim goreng.
Gemuk la mama hariz. Sebab sebijik hariz makan... 2 dah selamat mama telan. waaaaaa!
Cannot help... sedap sangat!

Nak makan kena lapik kain nanti meleleh keluar aiskrim tu.
Seronok dan puas bila anak dan suami suka makan masakan kita. Walaupun masakan simple dan tak seberapa.
Kalau beli kat kedai tatau la berapa harganya kan.
Ok korang. Selamat mencuba!
Pasti anak-anak suka :)

10 comments:

siti norsarah Aminuddin said...

waaa k ayu..so tempting...meleleh air lio nengok

Fizah said...

selalu tgk org buat...mmg nmpk mudah dan delicious sgt...satu hari yg indah nnti blh cuba =)

~ NANA ~ said...

kitorang baru makan 3 hari lepas...hehe

Ayu Rashid said...

Memang sedap sarah. Make sure beli aiskrim yg rasanya mmg sedap.

Ayu Rashid said...

Kalau kak ayu yg malas masak ni pun buat jadi sedap.. ape lagi kalau fizah yg buat :)

Ayu Rashid said...

Bagus utk diet ni. Sbb celup minyak sampai tenggelam hahaha

Anonymous said...

Boleh x kalu saya buat bentuk segitiga sbb nk wat bentuk bulat rugi roti byk yg lebih

fazliana said...

amboii..sedapny askrem goreng...ngh teringin nie nk askrem..huhuu

Anonymous said...

������ terbaikkk lah kak.. saya pun nk tiru mcm cara akak..

Anonymous said...

Mcam sedap jerr .. Teringin la nk mkan ..
Yumm .. Yumm .. Delicious .. Esk nk cuba buat lah .. Teringin sngat nih nk mkn aiskrim .. Kay bye ..