Tuesday, February 11, 2014

Resepi Nasi Kerabu Mudah!

Menunaikan permintaan tekak sendiri yang nak makan nasi kerabu.
Ni kali kedua buat nasi kerabu.
Kali pertama... bulan puasa tahun lepas kat umah PIL.

Resepi dari Chef Nik Khadijah. 
Tapi kalau Chef Jah tengok anak dia potong sayur macam ni....
Konfem dia amik sayur tu potong semula hahaha.
Mak i cermat buat kerja. Jauh beza ngan anak dia.
Sappp sapppp suiiiiiii... asal cepat siap tapi sedap, eh!

Ni resepi nasi kerabu style kami.
Senang sangat... bolehla korang cuba.


1. Tumis Belacan @ Budu
Bahan-bahan:
Bawang merah + Cili kering: Blender
Beberapa batang serai: Titik
Cili Padi: Titik kalau nak pedas
Sedikit halia
Asam keping
Sedikit belacan @ budu
Santan pekat
Garam dan gula

Cara:
Masukkan semua bahan dan masak sehingga naik minyak dan pekat.


2. Serunding/Sambal Kelapa
 Bahan-bahan:
Beberapa ekor ikan sardin/kembong
Sebiji kelapa parut
Beberapa ulas bawang merah
Garam, gula

Cara-cara:
Rebus ikan, kemudian buang tulang-temulangnya.
Goreng kelapa tanpa minyak sampai rasa rangup. 

Tumbuk ikan + bawang merah + sedikit gula dan garam.
Tumbuk kelapa yang dah digoreng.
Gaulkan kedua-dua bahan ditumbuk tadi (ikan dan kelapa)

*Kelapa tumbuk sikit-sikit jer. Jangan sampai nak jadi kerisik pulak ok!
* Tapi... biasa ayu tengok orang jual kat kedai... kelapa tak ditumbuk pun. 
Makanya, ikut selera memasing la yer. Chef Jah rajin menumbuk. 
Tapi lagi sedap yang tumbuk sebab lebih halus dan bahan lebih sebati.


3. Sayur-sayuran 
 Apa juga jenis sayur bersifat keulaman boleh korang gunakan.
Kalau kat kampung, Chef Jah selalu gunakan pucuk kunyit, daun kesum, daun serai kayu dan daun gajus jugak. 
Dimasukkan jugak kacang panjang, kobis dan timun.

Senang citer... boleh confius la antara kami dan kambing hehehhe.
Sebab tu nizam tak makan nasik kerabu, dia tak suka makan sayur dan ulam segar camni.
Satu kerugian dalam  kehidupan tak makan nasi kerabu :)

Kat umah ada ni jer sayurnya... tengok, bukan main 'berseni' i potong hahaha.
*ni kerja orang malas!


4. Lauk Tambahan penyedap Tekak
Kat rumah tadi.., just goreng ayam jer.
Malam tadi lupa nak mintak nizam belikan telur masin :(

Lauk lain yang sherasi bershama dengan nasi kerabu:
- Telur masin
- Ikan kembong celup tepung
- Daging bakar
- Solok lada
- Bawang putih jeruk
- Sambal belacan


Alhamdulillah. Inilah hasilnya.

As for me.
Kick atau tak nasik kerabu tu bergantung pada:
* Tumis belacan atau budu
* Serunding kelapa 

Dan... janganlah kedekut bahan dan sayur-sayur.
Sebab tu kalau yang beli rasa tak puas makan.
Semua ciput jer... rasa tawar dan hambar sangat :(
Selalunya beli... makan pun tak habes.
Tapi sebungkus kat pasar malam pun dah cecah rega RM5.

Selamat mencuba. 

Dari dapur Ayu Rashid yang jarang berasap.


7 comments:

siti norsarah Aminuddin said...

Salam Kenal :)

Ayu Rashid said...

Salam kenal jugak :)

Tempahan Nametag Sulam said...

Terima kasih...jadi menu buka puasa.
Sedap...

Rahayu Abdul Rashid said...

Tempahan Nametag: Alhamdulillah. Happy to hear that :)

mamarayyan said...

Nasi kerabu mmg best...

che dai said...

Godeh2 cari resepi nasi kerabu... masuk sini. Mmg ayu ni pakar masak e. Teruskan. Tq drp akak.

Anonymous said...

Terima kasih untuk resepi ini lama dah saya cari hok simple dan sedap gini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...