Wednesday, February 12, 2014

Ruang Tamu| Sofa L-Shape Menyempitkan Ruang

Ikutkan rumah ni dah boleh tahan lapang sebab owner dah extend dapur.
Tapi... i tak reti nak letak sofa LShape ni kat mana paling sesuai.

Sofa ni besar gedabak.
Rumah ni pulak hanya ada sliding door jer sebagai pintu.
Silap letak kan menghalang laluan pejalan kaki pulak!


Ni baru alihkan sofa ke sini minggu lepas.
Bosan tatau nak buat aper. 

Karpet tu ayu letakkan ke bawah sofa banyak2.
Sebab taknak kasik kotor sebab ni laluan dari pintu masuk.
Dah la hariz suka main kat luar tak pakai selipar.

Tikar evamatik tu legend.
Wajib ada... situlah tempat kami makan sambil tengok tv.
Kalau dania hariz nak main sepah-sepah pun atas tikar ni.


Sebenarnya ayu tak suka kalau rumah banyak barang.
Kagum tengok orang yang boleh deko rumah dengan barang yang sarat.
Macam mana dorang jaga?
Macam mana nak kejar anak jalan dengan jayanya?

Tengok... macam ni mamanya nak berhias rumah bagai?
Luperkanlah *tears*


Dan-dan berlakon tidur. Nyampah aku hahaha.

Plan banyak. Tapi bajet belum mengizinkan.
Bila dah beli tv baru nanti... sofa ni nak bawak naik atas KOT.
Letak sekali dengan tv kat dalam bilik.
Nak jadikan Family Room.

Itu pun kalau ada bajet beli sofa dan tv baru ler kan.
Beberapa bulan lepas dah cukup dah bajetnya.
Tapi, dah guna... gitulah kalau simpan kat tangan atau saving kat bank.
Ada jer nak gunakannya. Huhuhuuuu.

Kena kumpul dana semula ni.
Mana tahu... ada rezeki raya nanti bersofa baru kita.

p/s: Berangan tak perlu bayar :P

Jumpa lagi :)

9 comments:

Fizah said...

jom verangan kak! hehe

cik hani said...

berangan pun dah puas hati kak..
hehehe

Aty_Fared said...

tapi sofa tu dah cantik..warna nya pon cantik... :)

siti norsarah Aminuddin said...

hi ayu,..sy pon ada l shape sofa cavenzi beli time anak dara..legend sgt sampai syg nk buang.pindah umah br, sy letak kt bawah tangga..nanti sy updet..tp lebih kurgla pesen kita..very minimum deko..ekeke anak ramai

Ayu Rashid said...

Byk sgt diangankan ni fizah :)

Ayu Rashid said...

Mat jenin pun boleh surrender nih lawan kak ayu

Ayu Rashid said...

Kak ayu tak suka material sofa ni. Menyesal pilih yg ni. Kemaruk masa memilih, mcm ni laaa jadiknya :(

Ayu Rashid said...

Hi sarah. Buat la re-upholstery. Beri wajah baru kalau material sofa masih elok.

Amir renovation said...

Assalamualaikim tuan/ puan.sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat,seperti sambung rumah,pasang tile,plastersiling,partition wall,porch keta,pagar dan auto gate,vinyl floor,wallpaper,grill,wayaring,plumbing,landskap dan kolam hiasa,dan keje civil lainnya.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,putrajaya,serdang,sepang,nilai,bndr sri putra,cheras,ampang,puchong,semenyi,dan wilaya persekutuan. Hubungi sy (amir) 0192945175 atau wassp 011²9110298.terimakasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...