Friday, February 7, 2014

SOHO| Meja Baru!

Meja ni beli kat kedai Perabot kat Semenyih.
Takda maknanya nak pegi ke Ikea membeli huhu.

Lagi pun, kalau nak kena pasang sendiri memang tidak laa.
Nizam tak berapa pandai bab-bab macam tu.
Dan dia memang tak rajin punyalah!

Makanya... belilah yang dah siap seketul macam ni.

Kami just survey kat 2 buah kedai perabot jer.
Tapi dah siap cakap kat nizam.
Ayu taknak beli selagi tak jumpa yang bebetul berkenan.
Hah! Tengok... tahap fussy tu macam mana.

Kedai pertama pergi... takder yang berkenan.
Kedai kedua... nasib baik terus jumpa yang berkenan.
Itu pun tengok dalam katalog.
Yang display takder yang berkenan.

Kami pergi beli hari Sabtu minggu sebelum CNY.
Janjinya nak datang hantar hari Selasa.
Sudahnya... semalam baru sampai.

Nasib baik sampai tu mejanya cantik.
Puas hati sangat.


Harga asal: RM390
Harga kami beli: RM330
*Saper nak tau nama kedai perabot ni boleh contact Ayu. Perabot kat kedai ni cantik-cantik dan nampak berkualiti. 
*Tetiber tolong promote kedai cina ni kan... macam la aku dapat komisyen hahaha.


Drawer yang practical macam ayu nak. Boleh sumbat macam-macam dalam ni.

Kalau boleh letak dalam bilik kan best. Boleh setup dengan lebih sempurna.
Tapi, katanya malas nak naik tingkat atas.
Anak pulak asyik nak berkepit ngan mama jer.
Depan toilet pun boleh!

Tema Putih dan Merah kononnyaaaaa :P

Pokok lidah jin dan money plant yang ambik kat rumah abang minggu lepas.

Nanti nak beli Notice Board atau White Board.
Belum susun apa-apa lagi dalam drawer.
Tunggu aura kerajinan datang.



Wishlist 2014 pertama sudah tercapai dengan belinya meja ni.

4 comments:

Fizah said...

yg sy paling suka..ialah..meja itu macam ikea punya...!! cantik putih dan functional! hehe...pandai k ayu pilih barang...fussy yg mcm ni dibenarkan..hahah ;)

Mrs Saprin said...

Apa daaa dh tua bangka pun ada meja study lg... Motip? Hahaha....

Ayu Rashid said...

Nasib baik cepat jumpa yg berkenan. Kalau tak muncunglah si papanya.

Ayu Rashid said...

Tua bangka.. tp hati tetap legend... ahhahaha. Pengsan!