Monday, February 17, 2014

Subhanallah... Beri 100 SAHAJA TETAPI dijanjikan 1,000 Ganjaran

As Salam.


Dalam satu hadis Baginda bersabda:
"Adakah kamu tidak mampu untuk memperoleh 1,000 kebajikan setiap hari?"

Seseorang bertanya kepada Baginda:
"Wahai Rasulullah, bagaimana kami boleh memperoleh 1,000 kebajikan setiap hari?"

Baginda menjawab:
"Bacalah Subhanallah 100 kali, nescaya kamu akan memperoleh 1,000 kebajikan.

(Riwayat Muslim)


Jom sama-sama amalkan. Tak sampai 5 minit pun masa yang kita gunakan untuk zikir kalimah suci yang hebat ni. In Sha Allah. Semoga ia menjadi amalan kita. 

*Kalau sebelum ni sambil masak atau mengemas tu dok nyanyi, apa kata kita berzikir pulak. Mula-mula memang rasa kekok, nanti dah beberapa hari... in sha Allah jadi kebiasaan. Kalau tak buat tu pulak yang rasa 'something is missing".

*Saya tak alim, tapi saya cuba perbaiki diri. Berzikir memang memberi ketenangan. Semoga terus istiqamah. Amin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...