Friday, March 28, 2014

Life is a Gift from Allah


Do not look back and grieve over the past, for it is gone... 

And do not be troubled about the future, 
for it has not yet come...

Live in the present, 
And make it so beautiful that it will be worth remembering.

♥Ayu Rashid♥

Thursday, March 27, 2014

Cuti Sekolah di Besut!

As Salam semua.

Dah banyak hari tak update blog. Bukan sebab takder line internet ke apa... tapi mood turut sama merudum dengan kejadian yang menimpa MH370.

Walaupun mangsa takder yang Ayu kenali. Tapi perasaan sesama manusia dan seagama khususnya memang cukup tersentap.

Dunia meratapi. Keluarga mangsa apatah lagi. Jika sememangnya mereka telah dijemput Ilahi... tiada "tandanya" (kubur) untuk diziarahi. Namun apakan daya, kita hanya hamba yang lemah. Hanya DIA Yang Maha Mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Pelbagai spekulasi masih lagi ditimbulkan dan dipersoalkan. Menimbulkan pelbagai andaian dan tanda tanya yang takder noktahnya.

Namun yang pasti... ada hikmah disebaliknya. Kembalilah kepada fitrah kehidupan. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Bak kata Prof. Muhaya.. kita ni tengah beratur tunggu waiting list malaikat Maut nak datang jemput.

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNya. 

In shaa Allah, Sabtu dah nak balik Keratong. Ahaf balik Semenyih pulak. Apa khabarlah agaknya pokok bungaku kat sana. Hidupkah... layukah... atau matikah :)

Jumpa lagi korang... Take Care dan teruskan berdoa untuk MH370. Semoga apa yang diumumkan PM tidak tepat.. mereka semua selamat... kerana tiada yang mustahil dengan izin Allah Taala.

Buat keluarga yang terlibat. Bersabarlah. Doa orang dalam kesulitan atau teraniaya amatlah mustajab. Teruskan berdoa... Allah Maha Mendengar dan Pengasih. 


Thursday, March 20, 2014

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah

As Salam.

Ayam masak kicap... feveret dania. 
Kalau ikut tekak dia... hari-hari suruh masak lauk ni.
Muak ok... muak!

Tapi apakan daya... dah jadik mak ni.
Selera anak diutamakan... tekak mak pepandai la adjust.
Nasib baik ayam masak kicap. Kalau rendang dia request?
Hari-hari kami 'beraya' :P

Ni nak share resepi ayam masak merah style ayu.
Mudah tapi sedap (ewah!)
Kira versi malas pun yer jugak hahhaha.


Bahan-bahan:
Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Beberapa tangkai cili kering
Bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga
Daun kari (beberapa helai jer)
Sos cili
Sos tiram
Kicap
Gula dan garam
*Kuantiti: Sila agak sendiri yer 

Tumis hirisan: 
bawang merah, bawang putih, halia, cili kering bersama-sama dengan daun kari, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga sehingga kekuningan dan naik bau harum semerbak.


Masukkan ayam. 
Tumis sehingga ayam pejal dan keluar air ala-ala rebusan ayam.
*Boleh tambah air supaya ayam masak dan empuk


 Masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap.
Masak sehingga sebati dan pecah minyak.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
*Kalau nak lagi sedap dan korang memang rajin, boleh masukkan hirisan bawang besar dan cili besar.


 Sedia untuk dihidangkan.

Sekian. Ayam masak kicap versi malas Ayu Rashid.
Jumpa lagi dan selamat mencuba!

Wednesday, March 19, 2014

DIY Gubahan Bunga| Tulip

Ayu beli bunga tulip kaler oren.
Dah balik rumah tu... nyesal pulak tak ambik kaler cream.
Tapi, still cantik pada pandagan mataku :P

Beli 6 tangkai, RM6.90 each. Material tak nampak kualiti... dah reganya pun murah.
Kalau yang tangkai panjang harga more than RM10, memang cantik. Tapi sekuntum jer!
Tak cukup meriah hahhaha.

Pada pandangan mata ayu, bunga tulip boleh nampakkan impact deco 'moden'.
So, sesuai letak dalam pasu kaca.



Letak suka-suka hati sesedap rasa jer. Simple!


View dari tepi. Saja gubah senget camni. Style laaaa konon :P

Letak di mana?
Letak kat rak tv. Menyerlah warnanya... Naallllllllaaaaa ngko!


Next entry: DIY Gubahan Bunga Rose kecik.

Jumpa lagi.

DIY Gubahan Bunga| Hydrangea

Harga bunga Hydrangea ni cuma RM11.50 setangkai.
Ayu beli 3 tangkai jer.
Warna pink ada, tapi taknak beli sebab dah ada kaler pink.
Memang nak beli kaler biru... so birulah ayu beli.

Walaupun bukan macam yang ayu nak.
Tapi boleh la daripada takder.

Selamat mencuci mata DIY Gubahan Bunga Hydrangea by Ayu Rashid
Amboi... kemainnnnnnn!


Kalau tangkai panjang sangat, jangan potong tau.
Lipatkan ajer. Nanti mana tau bila-bila nak tukar gubahan atau pasu boleh 'panjangkan' semula tangkai tu.
Kalau dah potong? Sila sambung dengan lidi hahaha.

Dah siap. Senang jer.
Ayu suka tukar-tukar gubahan bunga. Bila rasa boring, mesti akan tukar. 


Letak disini... kat tepi sliding dan dan sofa.

Next entry... DIY Gubahan Bunga Tulip. 

Tuesday, March 18, 2014

Beli Tikar dan Bunga di Nilai 3

As Salam.

Semalam lepas zuhur kami 3 beranak pergi Nilai 3.
Dania pergi sekolah kebangsaan masa ni hehhe.
So, shopping secara pecut. Waktu azan Asar kami dah otw balik.

Main playdoh dalam kereta. Sibuk suruh mama buat donut. Nanti balik Besut mama buat.

Sebenarnya pergi Nilai 3 nak beli tikar jer!
Tikar ala-ala evamatik tapi yang ada span sikit kat dalam.
Lebih sedap nak duduk atau baring.
Dan, corak ada depan belakang. Boleh guna both sides.
Ayu beli yang corak sebelah bunga-sebelah lagi kartun.
Tapi takder pilihan sangat. Sebab malas nak tawaf banyak-banyak kedai.
Kami beli saiz sederhana (ada 3 saiz).
RM30/each. Malas nak tawar menawar lama-lama.
Kalau orang jenis pandai, mesti dapat lagi murah.
Mak nizam beli dulu boleh dapat RM25 sebidang.

Kami beli 3 bidang.
Untuk kami, mak besut dan kakak ipar.

Ni kami punya. Dah siap letak depan tv kat ruang  tamu. Lari tema deko rumah i. Senang pakai tikar macam ni. Sinilah tempat anak nak main, nak makan, minum dan buat sepah!

Dah selesai beli tikar... buat marathon pulak beli bunga.
Carik KK Home Deco, tapi tak jumpa.
Masuk jugak 4 kedai jual bunga yang lain. Tapi tak berkenan.

Nasib baik jumpa kedai yang ayu dah 2x beli bunga Hydrangea tu.
Tapi, bunga yang ayu nak takder. 
Ayu nak kaler biru. Frust makcik!

Sudahnya... beli 3 jenis bunga lain.
Total damage: RM92

Tu ada nama kedai... sila terjah. Lawa-lawa bunga kat situ. Ala-ala Romantika tapi tak sehebat Romantika. 
  
Tulip, Rose kecik cinonet dan Hydrangea
(saiz Hyndrangea tu tak besar mana tapi asalkan kaler biru ku belasah ajer beli, kaler pun tak cukup menyerlah.

Balik rumah... malam tu tak sesabar terus sumbat masuk dalam pasu.
Pasu-pasu sediada jer. 

Nanti ayu share hasil gubahan dalam next entry!

Jumpa lagi.
Ayu Rashid

Monday, March 17, 2014

Yang Cantik Itu Bunga!

As Salam semua.
Its Monday again! Have a great day ahead.
Buat yang bekerja... selamat menjalankan tugas dengan amanah.

Sabtu lepas, happy sangat.
Dapat jumpa my BFF kat SACC Mall Shah Alam.
Terlepas rindu kat dorang. Mengimbas kenangan lalu katanyer.
Padahal hari-hari dok whatsapp! 
Tapi mana sama jumpa face-to-face dengan jumpa di 'alam maya' kan?

Ni ayu nak share beberapa keping  gambar pokok bunga hidup!
Kan kat depan Pizza Hut SACC Mall ada mini nursery.
Sempatlah i belek-belek pokok-pokok bunga kat situ.
Sambil 'menemuramah' kakak nurseri tu.

Rajin dia melayan i, siap bagi tips dan tolong snap pic!
Tapi ayu tak beli pun... sebab nak balik kampung.
Mati kekeringan bunga i nanti. Lagi kan tuan ada pun bunga tak besor-besor.

Harga pokok kat sini not bad.
Sebab ayu takder la survey memaner nursery lain.
Lagipun nizam bukan jenis nak ke sana-sini semata nak carik yang murah.
Setakat beza beberapa ringgit, tempat yang dekat jer kami pergi.

Seriusly geram tengok. Nanti lepas cuti sekolah nak datang beli.
Nak buat koleksi pokok bunga berbunga pulak.
Asyik pokok jenis berdaun jer. Tak meriah taman i
OH! Taman katanyer... taknak kalah tuuuuu!

Bunga Siti Zubaidah / Bunga 3 bulan / Hyndrengea (tak reti eja hehe)
RM70 sepasu ok... telan air liur jer lah.


Dah nak sama dengan bunga yang ayu beli kat Nilai 3. Tapi i punya bunga kain. Sepanjang hayat kembang tak kuncup-kuncup hahahah!


Antara yang ada kat Mini Nursery tu.
In shaa Allah, akan ku beli nanti. 

Suwit!


Kemunting Cina. RM5/polibeg. Ini yang paling geram nak beli. Sabar ayu.... sabar!


Ini sangat comel... kecik sangat bunganya.


Petunia


Dahlia? Kekwa... entah tatau apa namanya.

Pokok Akar Dani. Memang cantik. Manalah aku nak lilit nanti.


Last but not least.
Tuan tanah kedaung yang sedang gila nak tanam pokok bunga walaupun pokok ditanam hidup segan mati tak mau-mau. 

Nak pergi Nilai 3 lepas Zuhur nanti. 
Nak beli tikar evamatik untuk mak, kakak ipar dan rumah sendiri. 
Bolehlah menyelit beli artificial flowers lagi. 
Harap-harap ada laaa pokok Siti Zubaidah warna biru.
Lama dan mengidam ni. 
Yang dah ada kaler pink dan putih.

 Harga bunga ni RM7/sekuntum.

P/S: Promosi ESP Shaklee BELI 6 PERCUMA 1 masih available.
Please contact me via:
013-255 0727

Jumpa lagi;
Ayu Rashid

Sunday, March 16, 2014

Rumah Sewa... Dah 4 Buah sejak 7 Tahun Kawen!

As Salam.

Alhamdulillah. Panjang umur, murah rezeki dan panjang jodoh.
20/8/14 ni genap 8 tahun ayu dan nizam hidup-bershama.

Dah almost 8 years, anak dah 2... kami masih menyewa.
Menyedihkan bukan?

Tak juga... tetap bersyukur atas semua rezeki Allah pada kami.
Actually nizam dah beli rumah sebelum kami kawen lagi.
Apartment TNB jer dekat Jalan Klang Lama.
Kalau duduk situ, makanya kami berjiran dengan Mid Valley hahaha.

Tapi... kami tak pernah tinggal kat situ.
Takder rasa nak duduk kat tengah bandar besar macam tu.
Lagi pun, dulu Ayu kerja kat Unisel Shah Alam.
Nizam memang kerja kat TNB Bangsar, dekat sangat dengan rumah tu.
Tapi... sebab sayang bini punyer pasal... taknaklah bini bersusah-payah kan.
*Erkkkk... muntah korang!

Rumah kami di Jalan Klang Lama tu kami sewakan.
Tak buat apa-apa renovations pun.
Dah 3 ke 4 orang dah yang pernah menyewa kat situ.
Cuma sekali jer ayu pernah pergi tengok rumah tu.
Masa tu baru dapat kunci rumah dan ada orang nak menyewa.

Nizam pun sama. Baru beberapa kali dia pergi.
Lagi best, penyewa pun dia tak kenal.
Deal melalui kawan TNB dia dan melalui phone jer.

Tatau la apa jadik dengan rumah tu.
Yang pasti sewa akan nizam naikkan setiap kalu penyewa bertukar.
RM50 sekali naik... hahahaha.
Dulu sewa RM500/sebulan... Penyewa sekarang dah kena bayar RM700/sebulan.

Nizam memang hanya sewakan pada staf TNB jer (family)
Kawasan situ memang bersepah staf TNB.
Senang citer, macam pisang goreng panas.
Keluar jer... bersusun tanya nak menyewa.
Tu boleh demand harga sewa tu... Tak sabar nak tunggu naik 1K hahaha.

Yang kami ni pulak?
Memang belum terbuka hati nak duduk rumah tu.
Sudahnya kami pun menyewa jugak.
So dapatlah duit sewa tu kami buat rolling bayar sewa jugak.
Macam sekarang untung laaa... rumah sewa sekarang RM400 jer.
Ada lagi lebihan RM300... boleh la guna untuk cover belanja rumah.


So... sepanjang kami kawen ni, kami dah tinggal kat 4 buah rumah sewa.
Inilah turutannya...


1. Blok 7, Flat PKNS, Seksyen 7, Shah Alam
Sewa: RM600 (Tingkat 1)
Tempoh: 2005 - 2006

Sebab Pindah: 
Rumah ni dekat dengan jalan besar. Bising! Bila dania lahir dia jenis takleh bising. Haaaa, telinga lintah katernya. Terpaksa pindah walaupun Seksyen 18 tu agak jauh dari Unisel.




2. Rumah teres setingkat - Seksyen 18
Sewa: RM700
Tempoh: 2006 - 2008

Sebab pindah:
Banyak nyamuk dan jauh dari Unisel. Susah nak pergi kerja dan tak berapa selesa kat sini.




3. Blok 12, Flat PKNS, Seksyen 7, Shah Alam
Sewa: RM600 (Tingkat 4)
Tempoh: 2008-2013)

Sebab pindah: 
Tuan rumah nak tinggal kat sini semula. Ntah, tatau la betul ke tak. Tapi kami memang plan nak pindah jugak sebab dah penat turun naik tangga...dan juga dania susah nak pergi mengaji.




4. Rumah Teres 2 tingkat - Semenyih
Sewa: RM400
Tempoh: Julai 2013 - present

Walaupun menyewa... setiap rumah yang kami duduki tu.
Kami jaga macam rumah sendiri. Sepenuh kasih dan sayang.
Takder istilah malas nak jaga, taknak deko atau buat cincai-cincai sebab rumah sewa.

Sebab yang tinggal dalam tu kita.
Bukannya tuan rumah. Kita yang nak hadap setiap hari.

Kami bersyukur... keempat-empat tuan rumah baik hati.
Jenis tak kacau atau takder nak datang check-check rumah.
Lagipun kami takder bermasalah nak bayar sewa.
Rumah pun dijaga elok, kalau ada problem sikit-sikit tu kami guna duit sendiri jer.

Antara keempat-empat rumah.
Rumah yang paling ayu suka dan selesa ialah rumah Blok 12.
Walaupun melangit kat Tingkat 4... tapi best sangat.
Sebab tu ayu namakan Istana Kayangan hehhee.

Rumah yang paling horror nak bersihkan masa baru nak duduk?
Rumah sewa sekarang ni.
Perghhhhh... mengundang kesabaran dan kerahan tenaga habis-habisan.
Azab ok! Rasa nak demam bila tengok keadaan rumah ni masa baru pindah.

Memang nizam sampai demam pindah rumah Semenyih ni.
Kalau rumah-rumah sebelum ni kami masuk rumah dah bersih.
Cuma tinggal nak sapu, lap sikit-sikit dan mop.
Ini? Nak buang semua tinggalan dalam rumah ni dah satu beban.

Kiranya 2 rumah nak kena kemas.
Rumah yang kita nak tinggal dan rumah yang kita nak duduk.
Dah la masa tu lagi 2 minggu nak puasa.
Pindah dalam keadaan tergesa-gesa. Fuh! Mengundang stress betul.

Nanti... ayu akan share deko rumah-rumah sewa ayu sebelum ni.
Lagi pun, rumah sekarang tatau nak share apa dah.
Dah malas nak men-deko sebab dinding dah tak cantik.
Dah penat-penat cat dan berhabis tenaga dan duit.
Sekali dah jadi berbelak-belak sebab ada lickage.

Nak pasang wallpaper orang cakap pun boleh tertanggal.
Nanti ingat nak cat semua warna putih sudah.
Tak payah dah nak berwarna-warni bagai.

Ayu tak berapa suka rumah 2 tingkat.
Kalau ada rezeki... nak beli rumah setingkat jer.
Atau memang impian nak beli tanah sikit (sikittt? hahaha)
Then... buat rumah design sendiri sebijik.

Betnya berangan!
Selamat berhujung minggu...

Saturday, March 15, 2014

Susun Atur Langsir

Ayu memang obess dengan langsir!
Kalaulah pandai menjahit... tatau la macam mana jadiknya.

Actually salah satu Wishlist 2014 ialah nak beli mesin jahit.
Dapat jahit langsir, table runner, sarung bantal dan sarung kusyen jadik laaa.
Dah jimat duit upah. Boleh tukar-tukar langsir selalu hehe.

OH! Lipat kainlahhhhhhh kerja rumah yang paling malas ayu nak buat.
Suka tangguh-tangguh sampai terkumpul banyak-banyak.
Lepas tu... warrghhhhh! Banyaknyaaaaaa nak kena lipat.

Melipat tu OK lagi... tang nak susun kat drawer atau almari lagi malas.
Tapi apakan daya... kalau ikutkan rasa malas tu. rumah tongkang-pecah la.

Bukti yang jelas dan nyata... Selalunya kalau balik dari kampung yang akan jadi 'disaster' macam ni.


Ni beberapa minggu lepas.
Rajin pulak nak lipat-lipat dan susun semula langsir dan table runner.

Ni tak banyak sangat, sebab masih ada kat tingkat bawah.
Yang beli kat Nilai 3 masih dalam plastik.
Pakai raya jer terus nanti.


Kebanyakan langsir ayu yang dah tak berapa nak pakai,
Ayu akan kasik mak kat Besut dan kasik kakak kat JB.

So jimat space almari kat rumah hahahhaa.
Dan takder la rasa bersalah sangat ada banyak langsir...hehehe.
Dulu masa ayu masih kerja lagi gila langsir.
Ni dah tobat la jugak... lagipun dah susah nak membeli sebab dengan nizam.
Dulu kat Shah Alam leh keluar dengan kawan atau kuar sendiri jer.

Ini... bila dengan boss besor, tak syok dah.
Kena tazkirah adalaaaaa... tak suka!

Ada ruang kosong kat bawah tu... gunakan dengan sepenuhnya.
Sikit dah tinggal baju kurung. Dah banyak kasik kat anak sedara.
Sejak tak kerja... dah tak pakai baju kurung. Soobb sobbbbbb.



Dah siap. Nampak tak banyak sebab ada yang belum letak. Malas nak snap pictures.
Dah susun ni, senanglah nak carik ikut jenis dan corak.
Kalau tak situ satu.... sana satu.

Sekian cerita susunan langsir saya.
Jumpa lagi.


Friday, March 14, 2014

REVIEW| Mahkota Hotel Melaka

As Salam.

Alhamdulillah, Sabtu lepas (8/3/14) was Birthday husband ayu ke-34.



Plan asal nak pergi short getaway kat A Famosa Resort Melaka.
Tapi, beberapa hari sebelum tu Hariz demam ulser kat lidah.
Kesian pulak, kalau tak berapa sihat nak mandi swimming pool pun tak seronok.
Lagi kan pula nak jejalan sakan.

Finally, kami decide untuk ke Mahkota Hotel Melaka jer.
Tak abes-abes dengan Melaka hehehe.

Kami pergi hari Sabtu dan Ahad dah balik dah.
Plan nak stay 2 malam... tapi nizam kena kerja pulak Isnin.

Kali ni tak ambik gambar sangat. 
Tapi ni sedikit gambar yang ayu snap buat tatapan semua.
Mana tahu ada yang nak bercuti kat Melaka.
So, ayu rekemen Mahkota Hotel Melaka ni kat korang.

Masa kitorang pergi ni tak ramai guests.
So, mandi swimming pool pun tak serabut.
Tapi nak mandi kena pakai swimming suit UNLESS tempat kanak-kanak.

Nizam cakap lain kali datang mama pakai swimming suit.
i jawab:
"kalau ayu pakai swimming suit, semua orang tak jadi mandi... semua dok tatap lemak kat badan ayu jer.. hahhaha"

Selamat menjamu mata!

Ini image ayu ambil dari laman web Mahkota Hotel Melaka
Apartment Room Style
*pantang jumpa luggage... terus berebut nak main!

Tersilap amik bilik yang katil single macam ni. Sebab i yang tukang check-in, nizam carik parking. Huhhuu sudahnya berhimpit tidur. Takper, romantik hahahah!


Dekorasi tak berapa kemas, tapi not bad laaaa.


Suka pulak kerusi macam ni. Simple jer macam design dulu, duduk pun selesa.


Tak boleh masak yer... boleh masak air dan megi jer :P


Lobi... biasa-biasa jer.


View dari bilik


Cantik kan?


Motif letak bebanyak... kata giler sofa hehehe.


Wardrobe simple tapi berkenan laaa.




Musim panas... pokok-pokok kekeringan. Tak sepatutnya kat hotel jadi macam ni kot :)




Pantang jumpa ikan!
Selamat berhujung minggu.
Semoga MH370 dapat ditemui dan semuanya dalam keadaan selamat.
Amin.

Jumpa lagi dan salam sayang.

Ayu Rashid & Family

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...