Tuesday, March 18, 2014

Beli Tikar dan Bunga di Nilai 3

As Salam.

Semalam lepas zuhur kami 3 beranak pergi Nilai 3.
Dania pergi sekolah kebangsaan masa ni hehhe.
So, shopping secara pecut. Waktu azan Asar kami dah otw balik.

Main playdoh dalam kereta. Sibuk suruh mama buat donut. Nanti balik Besut mama buat.

Sebenarnya pergi Nilai 3 nak beli tikar jer!
Tikar ala-ala evamatik tapi yang ada span sikit kat dalam.
Lebih sedap nak duduk atau baring.
Dan, corak ada depan belakang. Boleh guna both sides.
Ayu beli yang corak sebelah bunga-sebelah lagi kartun.
Tapi takder pilihan sangat. Sebab malas nak tawaf banyak-banyak kedai.
Kami beli saiz sederhana (ada 3 saiz).
RM30/each. Malas nak tawar menawar lama-lama.
Kalau orang jenis pandai, mesti dapat lagi murah.
Mak nizam beli dulu boleh dapat RM25 sebidang.

Kami beli 3 bidang.
Untuk kami, mak besut dan kakak ipar.

Ni kami punya. Dah siap letak depan tv kat ruang  tamu. Lari tema deko rumah i. Senang pakai tikar macam ni. Sinilah tempat anak nak main, nak makan, minum dan buat sepah!

Dah selesai beli tikar... buat marathon pulak beli bunga.
Carik KK Home Deco, tapi tak jumpa.
Masuk jugak 4 kedai jual bunga yang lain. Tapi tak berkenan.

Nasib baik jumpa kedai yang ayu dah 2x beli bunga Hydrangea tu.
Tapi, bunga yang ayu nak takder. 
Ayu nak kaler biru. Frust makcik!

Sudahnya... beli 3 jenis bunga lain.
Total damage: RM92

Tu ada nama kedai... sila terjah. Lawa-lawa bunga kat situ. Ala-ala Romantika tapi tak sehebat Romantika. 
  
Tulip, Rose kecik cinonet dan Hydrangea
(saiz Hyndrangea tu tak besar mana tapi asalkan kaler biru ku belasah ajer beli, kaler pun tak cukup menyerlah.

Balik rumah... malam tu tak sesabar terus sumbat masuk dalam pasu.
Pasu-pasu sediada jer. 

Nanti ayu share hasil gubahan dalam next entry!

Jumpa lagi.
Ayu Rashid

1 comment:

cik hani said...

wah..kak..
Suka sangat dengan bunga yer.. rumah sewa saya xde gubahan bunga sangat..hehehe.. bunga telur kenduri adalah..hehe