Tuesday, March 4, 2014

Bilik Dania as 28/2/14

As Salam.

Januari lepas deko bilik Dania adalah macam ni Click Here
Langsir baru dah siap jahit pun... tetap la tak pasang lagi.
Kira langsir raya lah terus agaknya.

Ayu dah alihkan drawer baju dan side table ke bilik Hariz.
So bilik ni dah jadi lapang dan takder la nampak sangat macam stor.
Sebelum ni rasa semak pulak.
Setiap dinding ada jer almari atau barang.

Macam ni lebih santai dan lebih lapang.
Kalau ada aircond nak jugak ajak anak-anak sepahkan main dalam bilik ni.
Bolehlah dorang buat sepah ngan mainan dan buku.

Tapi... tak sanggup rasanya.
Panas sangat bilik ni sebab mengadap cahaya petang.
Kalau langsir tebal best jugak... tapi gelap sangat la pulok!

Sebelum ni letak almari solek dan drawer baju. Now dah letak macam ni.
Senang hariz nak main dan buat sepah. Nak golek-golek pun boleh. Tapi kena tunggu beli ekon la dulu. 

Cermin OOTD la konon... OOTD lahhhhh sangat!
Nak gantung takut jatuh la pulak. Mengundang bahaya tu. Letak jer la macam tu. Boleh alih sana sini bila dah bosan.

Bantal bersusun tu asalnya letak atas sofa. Tapi ayu dah bawak naik sini sebab semak la pulak bersepah-sepah atas sofa. Kalau nizam takder kat umah baru kemas... hehehh sbb dia suka baring atas sofa. Aduii penyek sofaku. Nanti beli sofa baru nak beli yg 2 seater jer, motiffff supaya nizam tak dapat baring hahahha.

Almari pakaian nizam.
 Pakaian nizam takper letak dekat tingkap, kalau pakaian i sayang ohhhh. Kena jauhkan dari tingkap nak elakkan cepat pudar.

Cermin berbintik-bintik bekas air lepas kena lap.

Almari pakaian ayu. Pandai tak... letak jauh dari tingkap hehhee.

Mainan anak-anak. Dah lepas main sumbat dalam ni. Tapi ni jarang main sebab tu letak kat bilik atas. 
Between, hariz masih berpampers bila tidur dan berjalan.

Haaaa... pampers Whoopee tu khusus untuk hariz pakai bila dia nak ber*ak. 
Dia ber*ak mesti nak pakai pampers. Aduiii membazir betul. Sebab tu beli pampers murah khusus untuk tujuan tersebut.

No comments: