Tuesday, March 4, 2014

Bilik Tidur Ketiga as 25/2/2014

As Salam.
Klik Sini untuk tengok keadaan bilik Hariz sebelum ni.

Kali ni ayu alihkan kedudukan katil.
Gigih iols alihkan sesorang. Nizam ada jer kat umah.
Selagi boleh buat sendiri, sila buat sendiri.
Tak suka susahkan orang lain. Aman buat kerja sesorang hehe.

As ayu mentioned dalam previous entry (pasal Bilik Dania).
Ayu bawak masuk dalam Bilik Hariz beberapa perabot dari bilik Dania ke sini.

Bila alihkan kedudukan katil macam ni, bilik jadi lebih luas!
Lepas tu, yang best dan practical ialah kedudukan PLUG dah tak terlindung.
Senang nak letak kipas. Sebab bilik ni takder kipas siling.


Drawer dan side table ngam-ngam letak macam ni. Ruang tepi katil masih luas dan muat untuk solat dan bergolek-golek dilantai... heheheh.


Bunga dah banyak... tatau nak letak kat mana. I tengok pun dah rasa semak.



Ada frame... tapi tak letak pun gambar dalam tu. Tu hanya gambar yang dah sediada dalam frame. Dah la gambar tu terbalik. Punyalah malas nak tukar, padahal beli dah bertahun-tahun!



Bunga sentimental value ni... bunga atas dulang hantaran kawen dari nizam kepada ayu.



Dinding tepi meja kecik tu la letaknya Plug. Kalau nak letak kipas, alihkan jer bunga tu. Praktical katanyer!




Nasib la dinding rumah bermasalah. Nizam nak pasang wallpaper... Nantilah carik yang murah-murah. Tapi ayu tak berapa minat la wallpaper... nanti kalau pasang langsir berbunga atau bercorak... rasa macam crowded pulak. 



Langsir? Huh! Bila laaaa dapat pasang elok-elok. 

Ok... dah selesai updates pasal bilik. 
Selalu berubah-ubah kedudukan sebab ayu cepat bosan.

Jumpa lagi...

No comments: