Thursday, March 27, 2014

Cuti Sekolah di Besut!

As Salam semua.

Dah banyak hari tak update blog. Bukan sebab takder line internet ke apa... tapi mood turut sama merudum dengan kejadian yang menimpa MH370.

Walaupun mangsa takder yang Ayu kenali. Tapi perasaan sesama manusia dan seagama khususnya memang cukup tersentap.

Dunia meratapi. Keluarga mangsa apatah lagi. Jika sememangnya mereka telah dijemput Ilahi... tiada "tandanya" (kubur) untuk diziarahi. Namun apakan daya, kita hanya hamba yang lemah. Hanya DIA Yang Maha Mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Pelbagai spekulasi masih lagi ditimbulkan dan dipersoalkan. Menimbulkan pelbagai andaian dan tanda tanya yang takder noktahnya.

Namun yang pasti... ada hikmah disebaliknya. Kembalilah kepada fitrah kehidupan. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Bak kata Prof. Muhaya.. kita ni tengah beratur tunggu waiting list malaikat Maut nak datang jemput.

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNya. 

In shaa Allah, Sabtu dah nak balik Keratong. Ahaf balik Semenyih pulak. Apa khabarlah agaknya pokok bungaku kat sana. Hidupkah... layukah... atau matikah :)

Jumpa lagi korang... Take Care dan teruskan berdoa untuk MH370. Semoga apa yang diumumkan PM tidak tepat.. mereka semua selamat... kerana tiada yang mustahil dengan izin Allah Taala.

Buat keluarga yang terlibat. Bersabarlah. Doa orang dalam kesulitan atau teraniaya amatlah mustajab. Teruskan berdoa... Allah Maha Mendengar dan Pengasih. 


No comments: