Thursday, March 6, 2014

Idea Deko| Soft Touch di Sofa dengan Menggunakan Bantal TIDUR!

As salam.

Sebelum ni ayu buat soft touch kat sofa macam ni:
Klik Sini

Sabtu lepas kami beli 2 bijik bantal kat The Store.
Nampak tulis kat situ Sales. 
Harga asal RM49, then after less jadi RM18.
Terus rasa tamak haloba sebab rasa murah.
Then, ambiklah 2 bijik. Bantal kat umah dah banyak lembik.
Rupanya harganya bukan RM18... tapi RM23. 
Nasib baik nizam yang bayor... heheheh!

Sekali... bila pasang sarung bantal macam pelik pulak.
Bantal tu macam kecik, tak ngam dengan sarung bantal.
Menggeleber... tak comel.

Then, cubalah dengan sarung bantal yang MIL buat untuk anak-anak.
Kecik sikit berbanding yang beli kat kedai.
Ayu beli kain kat Jakel masa pregnant-kan hariz dulu.
Memang tak pakai sarung bantal ni.
Sebab beberapa kali guna dah berbulu sikit kainnya.
Tak selesa kalau buat tidur. Kainnya cantik tapi kualiti... ke lauttttt.

Eh! Sekali... sarung bantal dengan bantal ni 'sherashi bershama'!
Dia jadi macam kecik sikit dan gebu.
Terus letak atas sofa.
Sebab kalau nak buat tidur pun tak selesa sebab jadi tebal sangat.
Mau terkehel leher!


Kombinasi warna yang lembut. Corak pun comel.



Boleh letak ikut suka hati. Dapatlah ber-deko dengan bajet yang kecik dan tidak dirancang.
Dan-dan nak menempel! Bantal ni boleh la guna untuk baring-baring.

Pada ayu... kalau nak berdekorasi.
Kita boleh 'trial and error'.
Cuba jer dulu apa kita rasa nak buat.
Kalau sesuai, boleh apply. Kalau tak, takyah.

Dan nak ubah keadaan sesuatu ruang tak semestinya memerlukan bajet yang besar.
Just be creative dan berani mencuba.

Jumpa lagi.

3 comments:

asha k said...

menarik.. hee.. follow! nice blog, jeles tgk org2 yg rajin kemas and decorate rumah ni..

Fizah said...

mcm eskem paddle pop laa kaler dia...yumuueehhhh...;)

JaJa_NoRLiza said...

kretip...kaler sarung bantal tu..i
like!!