Thursday, March 20, 2014

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah

As Salam.

Ayam masak kicap... feveret dania. 
Kalau ikut tekak dia... hari-hari suruh masak lauk ni.
Muak ok... muak!

Tapi apakan daya... dah jadik mak ni.
Selera anak diutamakan... tekak mak pepandai la adjust.
Nasib baik ayam masak kicap. Kalau rendang dia request?
Hari-hari kami 'beraya' :P

Ni nak share resepi ayam masak merah style ayu.
Mudah tapi sedap (ewah!)
Kira versi malas pun yer jugak hahhaha.


Bahan-bahan:
Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Beberapa tangkai cili kering
Bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga
Daun kari (beberapa helai jer)
Sos cili
Sos tiram
Kicap
Gula dan garam
*Kuantiti: Sila agak sendiri yer 

Tumis hirisan: 
bawang merah, bawang putih, halia, cili kering bersama-sama dengan daun kari, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga sehingga kekuningan dan naik bau harum semerbak.


Masukkan ayam. 
Tumis sehingga ayam pejal dan keluar air ala-ala rebusan ayam.
*Boleh tambah air supaya ayam masak dan empuk


 Masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap.
Masak sehingga sebati dan pecah minyak.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
*Kalau nak lagi sedap dan korang memang rajin, boleh masukkan hirisan bawang besar dan cili besar.


 Sedia untuk dihidangkan.

Sekian. Ayam masak kicap versi malas Ayu Rashid.
Jumpa lagi dan selamat mencuba!

9 comments:

Bali Tour said...

nampaknya sedap
terima kasih atas recipenya :)

nalija ameeza zainal abidin said...

Memang sedap.walaupun mudah tp hasilnya sgt mnyelerakan...
Bg anak cuba masak ikut resepi ni sbb br kluar Wad dan x daya nk masak.Anak dpt ikut dgn baik dan rasanya bleh bg 8/10 kata Anak bongsu(12 thn) kat Kakak.terima kasih atas perkongsian INI.

nalija ameeza zainal abidin said...

Memang sedap.walaupun mudah tp hasilnya sgt mnyelerakan...
Bg anak cuba masak ikut resepi ni sbb br kluar Wad dan x daya nk masak.Anak dpt ikut dgn baik dan rasanya bleh bg 8/10 kata Anak bongsu(12 thn) kat Kakak.terima kasih atas perkongsian INI.

Ayu Rashid said...

Bali Tour: InsyaAllah sedap jika dimasak dengan kasih dan sayang... amboi hehe. TQ for visiting & comment :)

Ayu Rashid said...

Nalija Ameeza:
Alhamdulillah. Happt to hear that. saya pun tak berapa expert masak... tapi jika apa saya kongsikan memberi manfaat, saya sangat bersyukur dan happy.

Get well soon yer and have a good rest :)

amanie said...

terima kasih sis utk perkongsian resepi. boleh try masak utk lunch harini ni.. sedap.

Anonymous said...

Salam..Dah buat hari tu. Memang sedap resepi ni. Terima kasih :)

Papaglamz - Food Stylo Founder said...

tengok pon dah menyelerakan. tq share resepi ini..

Hot post - Resepi Nasi Goreng Ikan Sardin Hadiah Dari Hati

katz said...

Terima kasih atas resepinya..simple dan sedap sekali 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...