Sunday, March 16, 2014

Rumah Sewa... Dah 4 Buah sejak 7 Tahun Kawen!

As Salam.

Alhamdulillah. Panjang umur, murah rezeki dan panjang jodoh.
20/8/14 ni genap 8 tahun ayu dan nizam hidup-bershama.

Dah almost 8 years, anak dah 2... kami masih menyewa.
Menyedihkan bukan?

Tak juga... tetap bersyukur atas semua rezeki Allah pada kami.
Actually nizam dah beli rumah sebelum kami kawen lagi.
Apartment TNB jer dekat Jalan Klang Lama.
Kalau duduk situ, makanya kami berjiran dengan Mid Valley hahaha.

Tapi... kami tak pernah tinggal kat situ.
Takder rasa nak duduk kat tengah bandar besar macam tu.
Lagi pun, dulu Ayu kerja kat Unisel Shah Alam.
Nizam memang kerja kat TNB Bangsar, dekat sangat dengan rumah tu.
Tapi... sebab sayang bini punyer pasal... taknaklah bini bersusah-payah kan.
*Erkkkk... muntah korang!

Rumah kami di Jalan Klang Lama tu kami sewakan.
Tak buat apa-apa renovations pun.
Dah 3 ke 4 orang dah yang pernah menyewa kat situ.
Cuma sekali jer ayu pernah pergi tengok rumah tu.
Masa tu baru dapat kunci rumah dan ada orang nak menyewa.

Nizam pun sama. Baru beberapa kali dia pergi.
Lagi best, penyewa pun dia tak kenal.
Deal melalui kawan TNB dia dan melalui phone jer.

Tatau la apa jadik dengan rumah tu.
Yang pasti sewa akan nizam naikkan setiap kalu penyewa bertukar.
RM50 sekali naik... hahahaha.
Dulu sewa RM500/sebulan... Penyewa sekarang dah kena bayar RM700/sebulan.

Nizam memang hanya sewakan pada staf TNB jer (family)
Kawasan situ memang bersepah staf TNB.
Senang citer, macam pisang goreng panas.
Keluar jer... bersusun tanya nak menyewa.
Tu boleh demand harga sewa tu... Tak sabar nak tunggu naik 1K hahaha.

Yang kami ni pulak?
Memang belum terbuka hati nak duduk rumah tu.
Sudahnya kami pun menyewa jugak.
So dapatlah duit sewa tu kami buat rolling bayar sewa jugak.
Macam sekarang untung laaa... rumah sewa sekarang RM400 jer.
Ada lagi lebihan RM300... boleh la guna untuk cover belanja rumah.


So... sepanjang kami kawen ni, kami dah tinggal kat 4 buah rumah sewa.
Inilah turutannya...


1. Blok 7, Flat PKNS, Seksyen 7, Shah Alam
Sewa: RM600 (Tingkat 1)
Tempoh: 2005 - 2006

Sebab Pindah: 
Rumah ni dekat dengan jalan besar. Bising! Bila dania lahir dia jenis takleh bising. Haaaa, telinga lintah katernya. Terpaksa pindah walaupun Seksyen 18 tu agak jauh dari Unisel.




2. Rumah teres setingkat - Seksyen 18
Sewa: RM700
Tempoh: 2006 - 2008

Sebab pindah:
Banyak nyamuk dan jauh dari Unisel. Susah nak pergi kerja dan tak berapa selesa kat sini.




3. Blok 12, Flat PKNS, Seksyen 7, Shah Alam
Sewa: RM600 (Tingkat 4)
Tempoh: 2008-2013)

Sebab pindah: 
Tuan rumah nak tinggal kat sini semula. Ntah, tatau la betul ke tak. Tapi kami memang plan nak pindah jugak sebab dah penat turun naik tangga...dan juga dania susah nak pergi mengaji.




4. Rumah Teres 2 tingkat - Semenyih
Sewa: RM400
Tempoh: Julai 2013 - present

Walaupun menyewa... setiap rumah yang kami duduki tu.
Kami jaga macam rumah sendiri. Sepenuh kasih dan sayang.
Takder istilah malas nak jaga, taknak deko atau buat cincai-cincai sebab rumah sewa.

Sebab yang tinggal dalam tu kita.
Bukannya tuan rumah. Kita yang nak hadap setiap hari.

Kami bersyukur... keempat-empat tuan rumah baik hati.
Jenis tak kacau atau takder nak datang check-check rumah.
Lagipun kami takder bermasalah nak bayar sewa.
Rumah pun dijaga elok, kalau ada problem sikit-sikit tu kami guna duit sendiri jer.

Antara keempat-empat rumah.
Rumah yang paling ayu suka dan selesa ialah rumah Blok 12.
Walaupun melangit kat Tingkat 4... tapi best sangat.
Sebab tu ayu namakan Istana Kayangan hehhee.

Rumah yang paling horror nak bersihkan masa baru nak duduk?
Rumah sewa sekarang ni.
Perghhhhh... mengundang kesabaran dan kerahan tenaga habis-habisan.
Azab ok! Rasa nak demam bila tengok keadaan rumah ni masa baru pindah.

Memang nizam sampai demam pindah rumah Semenyih ni.
Kalau rumah-rumah sebelum ni kami masuk rumah dah bersih.
Cuma tinggal nak sapu, lap sikit-sikit dan mop.
Ini? Nak buang semua tinggalan dalam rumah ni dah satu beban.

Kiranya 2 rumah nak kena kemas.
Rumah yang kita nak tinggal dan rumah yang kita nak duduk.
Dah la masa tu lagi 2 minggu nak puasa.
Pindah dalam keadaan tergesa-gesa. Fuh! Mengundang stress betul.

Nanti... ayu akan share deko rumah-rumah sewa ayu sebelum ni.
Lagi pun, rumah sekarang tatau nak share apa dah.
Dah malas nak men-deko sebab dinding dah tak cantik.
Dah penat-penat cat dan berhabis tenaga dan duit.
Sekali dah jadi berbelak-belak sebab ada lickage.

Nak pasang wallpaper orang cakap pun boleh tertanggal.
Nanti ingat nak cat semua warna putih sudah.
Tak payah dah nak berwarna-warni bagai.

Ayu tak berapa suka rumah 2 tingkat.
Kalau ada rezeki... nak beli rumah setingkat jer.
Atau memang impian nak beli tanah sikit (sikittt? hahaha)
Then... buat rumah design sendiri sebijik.

Betnya berangan!
Selamat berhujung minggu...

3 comments:

UMIE SUE said...

su pun dah lebih 5 kali pindah.ayah polis..bile kawen mujur xde pindah2//hehhe..hasben sewa dari bujang sampaila kami beli rumah ni

Fizah said...

weols pun nomad kak memula kawen..ni skrg baru stabil sket rasa..penat sesangat bila byk kali pindah...huhu

Ayu Rashid said...

Sue; Syukur alhamdulillah. Tercapai impian beli rumah tu. Tu makin semangat mendeko dan survey barang rumah yer.

Fizah: Akak dulu, kawan2 keje suka usik... "ko ni dah kenapa kak ayu asik pindah jer?"

i jawab: "biasalah nok... byk hutang along... hahahah"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...