Saturday, March 15, 2014

Susun Atur Langsir

Ayu memang obess dengan langsir!
Kalaulah pandai menjahit... tatau la macam mana jadiknya.

Actually salah satu Wishlist 2014 ialah nak beli mesin jahit.
Dapat jahit langsir, table runner, sarung bantal dan sarung kusyen jadik laaa.
Dah jimat duit upah. Boleh tukar-tukar langsir selalu hehe.

OH! Lipat kainlahhhhhhh kerja rumah yang paling malas ayu nak buat.
Suka tangguh-tangguh sampai terkumpul banyak-banyak.
Lepas tu... warrghhhhh! Banyaknyaaaaaa nak kena lipat.

Melipat tu OK lagi... tang nak susun kat drawer atau almari lagi malas.
Tapi apakan daya... kalau ikutkan rasa malas tu. rumah tongkang-pecah la.

Bukti yang jelas dan nyata... Selalunya kalau balik dari kampung yang akan jadi 'disaster' macam ni.


Ni beberapa minggu lepas.
Rajin pulak nak lipat-lipat dan susun semula langsir dan table runner.

Ni tak banyak sangat, sebab masih ada kat tingkat bawah.
Yang beli kat Nilai 3 masih dalam plastik.
Pakai raya jer terus nanti.


Kebanyakan langsir ayu yang dah tak berapa nak pakai,
Ayu akan kasik mak kat Besut dan kasik kakak kat JB.

So jimat space almari kat rumah hahahhaa.
Dan takder la rasa bersalah sangat ada banyak langsir...hehehe.
Dulu masa ayu masih kerja lagi gila langsir.
Ni dah tobat la jugak... lagipun dah susah nak membeli sebab dengan nizam.
Dulu kat Shah Alam leh keluar dengan kawan atau kuar sendiri jer.

Ini... bila dengan boss besor, tak syok dah.
Kena tazkirah adalaaaaa... tak suka!

Ada ruang kosong kat bawah tu... gunakan dengan sepenuhnya.
Sikit dah tinggal baju kurung. Dah banyak kasik kat anak sedara.
Sejak tak kerja... dah tak pakai baju kurung. Soobb sobbbbbb.



Dah siap. Nampak tak banyak sebab ada yang belum letak. Malas nak snap pictures.
Dah susun ni, senanglah nak carik ikut jenis dan corak.
Kalau tak situ satu.... sana satu.

Sekian cerita susunan langsir saya.
Jumpa lagi.


2 comments:

Fizah said...

Suka tgk kak....kemasss sgtttt :)

cik hani said...

kak ayu...
sama lah kite..kalau bab melipat tu ok lagi, tapi bila bab menyusun dalam kabinet sangat lah malas..

kite ada langsir 2 pasang je, tak banyak.hahaha