Wednesday, March 5, 2014

Susun Atur Tudung

Sejak pindah Semenyih. Dah jarang beli tudung dan shawl.
Bukan dah takder nafsu membeli (hah! nafsu terus katanyer!)
Tapi... kat sini tak banyak tempat shopping.

Kalau kat Shah Alam dulu... heaven!
Sampai nizam cakap:
"dah-dah la tu Ma... hujan pun tau berenti"

Tapi i beli yang murah-murah jer.
Tak pernah lagi beli Fareeda yang beratus-ratus selai tu.
Lagi pun... i is tak minat tudung camtu.

Suka yang simple dan berharga RM10 dan belas-belas sajork.
Rendah jer maintenance i ni... hahahaha.

Sekarang kalau takat nak pegi Billion, The Store atau kuar makan.
Ku sarung tudung awning Ariani jer.
Bahagia hidup walaupun nizam panggil aku NENG.
Choiiii sangat kan laki mak!

Ahhh! Tak kwase nak lilit-lilit shawl bagai.
Dengan cuaca panas... setakat nak gi tempat camtu.
Takdernya iols nak melawa bagai.

Minggu lepas sambil-sambil kemas bilik Dania dan Hariz... Ayu keluarkan semua shawl.
Nak lipat dan susun semula elok-elok sebab dah jarang pakai.

Tak banyak dah tinggal... sebab banyakkkkk dah kasik kat anak sedara.
Taknak simpan mana yang dah taknak pakai. Buat semak jer.
Nanti rasa bersalah kalau nak beli lagi. EH!

Agihkan ikut spesisnya. Ayu punya style... kalau suka satu-satu tudung atau baju... ayu akan beli jenis sama tapi kaler lain. Sebab tu pakai tudung corak sama jer heheh.
\

Mula melipat...


Sikit jer rupanya shawl dan tudung i... Cuma ada beberapa helai ;agi kat tingkat bawah. Senang kalau nak pakai capai jer. Ini pun ada yang tak pakai langsung lagi walaupun bertahun beli. Sebab mana yang suka jer ayu akan selalu pakai.


Then... ayu letak dalam drawer dalam bilik Hariz.

Nak elakkan berhabuk. Kalau gantung kat luar almari berhabuk pulak.
Lagi pun ayu tak suka 'open wardrobe'.
Kalau boleh semua benda nak sumbat masuk dalam almari atau drawer.
Kalau bersepah pun tak nampak LOL.


P/S:
Promosi ESP Shaklee Beli 6 PERCUMA 1. 
Boleh contact Ayu untuk maklumat lanjut.

1 comment:

Fizah said...

kemas jek...i likeee =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...