Monday, March 17, 2014

Yang Cantik Itu Bunga!

As Salam semua.
Its Monday again! Have a great day ahead.
Buat yang bekerja... selamat menjalankan tugas dengan amanah.

Sabtu lepas, happy sangat.
Dapat jumpa my BFF kat SACC Mall Shah Alam.
Terlepas rindu kat dorang. Mengimbas kenangan lalu katanyer.
Padahal hari-hari dok whatsapp! 
Tapi mana sama jumpa face-to-face dengan jumpa di 'alam maya' kan?

Ni ayu nak share beberapa keping  gambar pokok bunga hidup!
Kan kat depan Pizza Hut SACC Mall ada mini nursery.
Sempatlah i belek-belek pokok-pokok bunga kat situ.
Sambil 'menemuramah' kakak nurseri tu.

Rajin dia melayan i, siap bagi tips dan tolong snap pic!
Tapi ayu tak beli pun... sebab nak balik kampung.
Mati kekeringan bunga i nanti. Lagi kan tuan ada pun bunga tak besor-besor.

Harga pokok kat sini not bad.
Sebab ayu takder la survey memaner nursery lain.
Lagipun nizam bukan jenis nak ke sana-sini semata nak carik yang murah.
Setakat beza beberapa ringgit, tempat yang dekat jer kami pergi.

Seriusly geram tengok. Nanti lepas cuti sekolah nak datang beli.
Nak buat koleksi pokok bunga berbunga pulak.
Asyik pokok jenis berdaun jer. Tak meriah taman i
OH! Taman katanyer... taknak kalah tuuuuu!

Bunga Siti Zubaidah / Bunga 3 bulan / Hyndrengea (tak reti eja hehe)
RM70 sepasu ok... telan air liur jer lah.


Dah nak sama dengan bunga yang ayu beli kat Nilai 3. Tapi i punya bunga kain. Sepanjang hayat kembang tak kuncup-kuncup hahahah!


Antara yang ada kat Mini Nursery tu.
In shaa Allah, akan ku beli nanti. 

Suwit!


Kemunting Cina. RM5/polibeg. Ini yang paling geram nak beli. Sabar ayu.... sabar!


Ini sangat comel... kecik sangat bunganya.


Petunia


Dahlia? Kekwa... entah tatau apa namanya.

Pokok Akar Dani. Memang cantik. Manalah aku nak lilit nanti.


Last but not least.
Tuan tanah kedaung yang sedang gila nak tanam pokok bunga walaupun pokok ditanam hidup segan mati tak mau-mau. 

Nak pergi Nilai 3 lepas Zuhur nanti. 
Nak beli tikar evamatik untuk mak, kakak ipar dan rumah sendiri. 
Bolehlah menyelit beli artificial flowers lagi. 
Harap-harap ada laaa pokok Siti Zubaidah warna biru.
Lama dan mengidam ni. 
Yang dah ada kaler pink dan putih.

 Harga bunga ni RM7/sekuntum.

P/S: Promosi ESP Shaklee BELI 6 PERCUMA 1 masih available.
Please contact me via:
013-255 0727

Jumpa lagi;
Ayu Rashid

5 comments:

cik hani said...

Kak..comel-comel bunganya tu..
Kalau yang warna terang, memang favourite laa.. Segar je tengok

Fizah said...

kak ayu...shawl akk pakai cantik sgt! eh tetiba..hehe

cantikla bunga yang no berapa tah tu..yg kecik tu...macam kipas pun ada...=)

Ayu Rashid said...

Hani dok sh alam jer kan.. apa lagi, sila terjah!

Ayu Rashid said...

Shawl lycra rega belas2 ringgit jer fizah. Best pakai sbb murah-sejuk-senang bentuk dan plg utama x payah iron! Hahaa

Aty_Fared said...

cantik..memang cantik..tapi kenapa lah saya tak suka bunga hidup..eerr.dasar malas kot..hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...