Posts

Showing posts from April, 2014

Pasu Ikea dan Bunga Purple

Image
Akhirnya... pasu idaman kalbu dah selamat dibeli. Itu pun mintak tolong Finaz, wife kawan kerja nizam belikan. Beli 4 bijik. RM9.90/each.
Plan nak letak pokok hiasan yang daun-daun jer.
Asyik bunga jer, rasa semak jugak rumah hehhee. Konon nak letak kehijauan daun dalam rumah. Kalau letak pokok hidup nak kena jaga, renyah pulak.

Buat sementara sehingga entry ini ditaip.
Ayu letakkan bunga lama jer.  Bunga rose dari Lovely Lace yang memang dah dalam pasu putih. Dan bunga Orkid beli kat Kemaman beberapa tahun lepas. Both color purple. Kebetulan pulak, tapi match dengan pasu putih.




Plan asal nak ajak nizam pergi Romantika kat Warta lama Bangi. Tapi, malam ni nak cuba carik dulu kat kedai-kedai di Pekan Semenyih. Mana tau ada jual pokok hiasan daun saja kat kedai bunga atau kedai serbaneka biasa.
Semata nak ke Bangi nak beli bunga, rasanya nizam tak layan kot hahaha. Lagi pun, bahaya kalau pergi Romantika. 
Daripada nak beli daun, dengan pasu, bunga dan ranting sekali i beli.
Nanti bila dah…

Ruang Tamu| Sudut Anak-anak Belajar dan Bermain

Image
Assalamualaikum. Dania demam tonsil lagi sejak hari Isnin. Makanya, Isnin sampai hari ni tak pergi sekolah. 
Semalam ayu dan dania menampal poster ABC, 123 dan Alif Ba Ta kat dinding. Yang beli kat Pustaka Rakyat Semenyih minggu lepas. Kat Muadzam weekend lepas beli poster Sifir untuk dania. Saiznya kecik berbanding yang lagi 3 tu. Boleh la dari takder.





Lepas ni nak beli buku-buku untuk hariz pulak. Atau apa-apa yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Tengok kat internet banyak yang menarik. Buku-buku Nuri dania dulu pun banyak yang hariz boleh guna. Sebab buku Nuri banyak bergambar yang menarik.

Jumpa lagi!

Header dan Watermark by Sue Suka Susun

Image
Perasan tak... perasan tak? Alaaa, silalah perasan kelainan kat blog i hahaha. Header baru uols! Siap ada bunga-bunga lagi... ko adoooo?
Header sebelum ni buat sendiri, dah setahun lebih guna. Buat sendiri, guna Photoscape. Alahai, sendu melihatnya.  Tapi tetap bertahan sebab tu jer yang mampu buat.  Takder seni katakan. Lagi pun tak berapa rajin nak mengadap buat.
Akhirnya... Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Tempah dengan Sue Suka Susun (Klik Link tu tau)

Hebat Sue ni tau. Ini semua idea sue.  Bila dah siap, sue tunjuk kat ayu kat FB Chat. Ubah sikit-sikit jer kat Font Type dan Color.  Lain semua perfect macam yang ayu suka. I just like header yang simple dan sedikit sebanyak melambangkan diri i yang suka bunga, warna mestilah kelabu + putih. Tajuk cukuplah Nickname i kat Internet dan Blogging world.

Watermark juga Sue buatkan untuk ayu. Juga sangat cantik dan simple.  Lepas ni kena rajin letak watermark sebab dah ada watermark cantik hasil kerja seni sue. Cuba tengok...cantikkan?


Kalau korang…

DIY Re-Upholstery Sofa

Image
Assalamulaikum.
DIY katernya! Padahal sudahnya keluarkan duit jugak RM700 upah re-upholstery. Syukur puas hati dengan kekemasan hasilnya.
Just nak share jer la kan. Sebelum ayu pindah Semenyih, keadaan sofa LShape gemuk ni dah pecah-pecah. Tapi rangka dan span masih elok 90% kualitinya. Maklumlah, jarang duduk sebab letak dekat tingkap. Pastu, TV pulak tak letak dekat sofa, maka selamatlah sofa ni dari dilenjan.
Ni dalam bulan Februari 2013. Ayu letak separuh dari sofa LShape tu dalam bilik. Sebab nak kasik ruang tamu luas tahap maksimum.
Lagipun, rasa semak tengok sofa buruk camtu.


Then, tetiber dapat ilham (amboi, ilham lah sangat kannnnn!) Ayu ambik 2 helai langsir. Then letakla kat sofa ni.
Ala-ala re-upholstery tanpa jahitan. Bentang dan selit-selit jer.




So, kalau korang ada sofa yang dah tahap menyayat hati tu, cubalah DIY re-upholstery atau 'mekap'kan dengan soft touch seperti kain, throw pillow, table runner dan apa-apa yang korang rasa sesuai. Just trial & error. Saja uji kreati…

Musim Mengirai Duit di Pustaka Rakyat, Semenyih

Image
Assalamualaikum.
Mungkinkah sebab faktor umur? Kegilaan untuk bershopping pakaian memang dah takder. Rasanya beli pakaian last masa raya puasa tahun lepas. Nak sedeh ke nak nanges, asyik lenjan baju sama jer?
Actually, tengah dalam kesedaran nak semaikan rasa cinta pada buku kat anak-anak. Susah hati laaaa... anak-anak asyik nak berkepit dengan gadjet jer. Now dah kurang sikit sebab dia dah start sukakan buku.
So, sebelum terlambat... kena mulakan.  Better late than never!
Ayu pun dah kemaruk baca buku-buku motivasi berbentuk kerohanian. Jiwa kosong, perlu diisi. Masa lalu banyak sangat lalainya. Mengejar dunia melampau-lampau. Sobbb... Sobbbb. Syukur Allah berikan ujian untuk beri kesedaran. Biar sedikit, asalkan ada... dan semoga Istiqamah. Amin.
Khamis lepas TNB dah gaji... Hoyeahh hoyeahhhh! Dah cakap dah kat Nizam, dania dan hariz. Malam kita pergi beli buku kat Pustaka Rakyat. Hariz pun suka sangat. Asal sebut jer berjalan, kemainnn suka.
Dasar ikut sangat perangai mama dia :P
Dah cakap dah kat Niz…

Mencari Pakej Pengiklanan Produk Online dan Offline?

Image
Soho Director
Soho Directorimerupakan sebuah blog untuk memasarkan semua produk atau perkhidmatan para peniaga offline atau online. Soho Directori ini khas untuk mereka yang mahu memasarkan secara online. 
Bagi yang sedang tercari-cari pengiklanan atas talian, anda boleh mendapatkan beberapa pakej iklan yang kami tawarkan, iaitu :


Pakej Iklan 1: RM50- 1 gambar, link fanpage, link blog Tempoh 6 bulan Renew iklan RM50 untuk 6 bulan

Pakej Iklan 2: RM100 2 gambar, link fanpage, link blog, keterangan produk/perkhidmatan, 1 testimoni produk, ulasan blog pilihan Tempoh 12 bulan Renew iklan RM100 untuk setahun

Pakej Iklan 3: RM250 2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk/perkhidmatan, 1 testimoni, ulasan blog pilihan Tempoh 12 bulan -Servis bonus 1: siapkan email dan blog (bagi yang tidak ada blog bisnes) -Percuma ebook Super WAHM Super MOM Renew iklan hanya RM100 setahun

Pakej Iklan 4: RM300 2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk/perkhidmatan, 1 testimoni, ulasan blog pil…

Bicara Tentang RINDU

Image
Ada orang merindui kamu,
Walau dia tidak pernah  bertemu
Kerana cinta dan kasihnya kepadamu,
Lalu dia menyatakan rindu,
Dia bertanya di mana kamu?

Itu rindu Nabi Muhammad kepada dirimu,
Dihadapan sahabat-sahabat agung,
Dirimu masih menjadi sebutan dibibirnya.

Ada orang jauh menunggu dekat,
Mahu bertemu diri yang satu,
Jemaah syurga, itu adalah kamu.

Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. 

Sumber: Buku SMILE (Terbitan PTS)
*saya tak pandai nak berbahasa puitis, copy-paste-taip boleh la :-)

FAQ Akademi Bekerja di Rumah

Image
1. Bagaimana kelas ini dijalankan? - Kelas berbentuk tutorial ini dijalankan sepenuhnya secara online. - Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook Belajar Asas Blog. - Protege akan dimasukkan dalam Group Kelas di Facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui PM di Facebook atau Group Kelas. - Nota dan tuturial bergambar disediakan di dalam Group Kelas tersebut.
2. Bagaimana dengan Jadual kelas? Jadua kelas adalah fleksibel, mengikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di Facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya serta berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.
3. Apakah Tugasan yang perlu dibuat? Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya be…

Kelas Asas Blog dan Fanpage| Apa yang Kita Pelajari?

Image
Sumber: Facebook Group Rakan Niaga ABDR
Assalamualaikum.  Mungkin ada yang nak tahu, kenapalah si Ayu ni dah ada bisnes, dah ada blog, dah ada fanpage, dah ada pengalaman buat online business TETAPI masih lagi belajar semula dari ASAS tentang Blog dan Fanpage!
Rupanya, selama ni... ayu ni banyak lagi kekurangan ilmu. Mungkin yang ada dalam diri cuma 5% jer ilmu dalam online bisnes. Budaya ilmu dalam bisnes sangat penting. Ayu memang tak dapat la nak pergi kelas Offline yang otai marketing buat. Tapi kalau kelas online, memang boleh dan bersyukur berjumpa dengan Akademi Bekerja di Rumah.
Iyer korang... semuanya belajar tru ONLINE sahaja. Facebook dan whatsapp. Dengar suara Sifu Masayu Ahmad dan Cikgu Online Zaila Mohamad pun belom! Tapi kelas berjalan dengan baik, as well as business. Alhamdulillah :)

Sini ayu nak share tentang Apa yang kita akan pelajar dalam kelas online Asas Blog dan Fanpage anjuran Akademi Bekerja di Rumah. Semoga ia bermanfaat untuk semua. 
1) Kelas ini khusus bagi suri…

Dilema Bila Dinding Rumah Lembab

Image
Eh... Lembab ke lembap? Rasanya betul dah tu lembab. Yang pasti, nak menceritakan tentang nak mencantikkan dinding rumah, tapi dinding lembab... keputusannya, dinding bercapuk dengan jayanya. Suka sukaaa sukaaa... tssskkk tskkk!
Kat ruang tamu... kononnya feature wall. Tapi sedeh! Huhuhhuuuu.

Masa baru pindah masuk. Banyak juga kena keluarkan duit untuk mencantikkan rumah ni. Terpaksalah kan... tak sanggup i duduk dalam rumah berdinding macam ni hehhe.

Then, nizam cat kaler biru tadika ni. Apa angin ntah, masa tu suka pulak kaler biru!  Padahal biru bukanlah kaler yang dalam senarai warna kesukaan.  Lepas ni taknak dah kaler biru, rasa macam berada di nurseri hahah.

Merasa jugaklah rumah cam lawa dalam 2 bulan kot.

Lepas tu... inilah jadiknya! Stress ok! Kami lap... then keluar lagi... lap lagi... keluar lagi putih-putih bercapuk ni.


Sudahnya... undercot semula putih. Takder keje i asyik nak menjaga dinding jer!

Sampai sekarang, inilah warna feature wall kami.  Cantik jugak putih. Ses…

Ragam Warna 2014 Jotun

Image
Assalamualaikum. Raya tahun ni, ada hati ke nak cat rumah? Kalau ada yang nak mengecat rumah tu, mungkin boleh pertimbangkan untuk memilih warna-warna yang katernyaaaaa Trend Warna Jotun 2014. Ini ayu ambil dari Majalah Anjung Seri (Januari 2014).

Warna-warna macam ni memanglah warna kesukaan i yang minat kaler gelap dan kelabu asap hehe. Sebab ayu rasa warna macam ni nampak ekslusif dan mewah. Walaupun perabot nan adoooo yang mewah, cukuplah kita amik kaler yang diri sendiri feeling kaler tu mewah. Apa pun, asal sedap mata memandang.


Sakit mata nak baca tak nampak? Kesian korang hehhe. Meh i tolong taipkan semula. 
New Comforting Keseimbangan yang harmoni dan kesederhanaan yang tenang. - Suatu permukaan tekstur pusam yang menampilkan kekuatan dalaman anda
Urban Casual Kehidupan kreatif dan Suasana Kasual. - Kekuatan dan kedalaman warna mewujudkan bilik yang meriah tapi moden dan lebih santai.
Travel in Style Pengembaraan yang anggun dan rekabentuk yang unik. - Terokai kekayaan warna. B…

Bakul Cantik dan Murah

Image
Assalamualaikum.
Rasanya ramai yang ada koleksi bakul yang cantik dan murah ni. 
Ada beberapa saiz dan harga pun ikut saiz. Setakat ni ayu dah beli lebih kurang 10 bijik. Macam-macam saiz sebab memang suka sangat. Sangat praktikal boleh letak segala tok-nenek dalam tu. Sesuai sangat untuk yang tak berapa rajin nak berkemas tapi tak suka tengok keadaan bersepah.
Campakkan saja dalam bakul tu, dah tak nampak sepahnya hehhe. Sejak duduk Semenyih, ayu dah jadi Duta Kebahagiaan The Store. Haaaa, dah letak jawatan dah daripada jadi Duta Keamanan Jusco. Sobbb sobbbbb. Kalau dalam The Store, apelaaaaah sangat yang boleh beli kan. Jumpa bakul macam ni pun dah rasa heaven. Sedeh la ko Ayu!

Antara kegunaannya... ini pun yang dah snap, malas nak snap pictures lain. Share jer gambar yang ada dalam folder.


 So, selamat membeli jugak. Murah tapi cantik. Sehingga berjumpa lagi. Bye!

Jana Pendapatan dari Rumah sebagai Pengurus Online Akademi

Image
Assalamualaikum. Saya ada berita gembira untuk dikongsikan bersama rakan pembaca yang dikasihi sekalian!
Sekiranya anda hendak berniaga, tetapi tiada produk atau anda lebih suka berbisnes Produk Digital dan Perkhidmatan, anda boleh mendaftar sebagai Pengurus Online Akademi. Seperti saya, yang kini menjadi salah seorang Pengurus Online Akademi setelah saya mengambil Pakej Rakan Niaga ABDR sejak 1 April 2014 lepas. 

Sebagai Pengurus Online Akademi, anda layak mempromosi produk akademi yang terdiri daripada: 1. Produk Digital - eBook
2. Perkhidmatan kelas online
3. Upah membuat blog
4. Mempromosi bengkel
5. Pakej Iklan
Anda akan mendapat komisen melalui pendaftaran setiap perkhidmatan yang dinyatakan di atas dan juga jualan eBook. 
Ianya memang mudah kerana segalanya dihujung jari sahaja. Anda hanya memerlukan internet, labtop atau gadjet yang membolehkan anda menggunakan social media sebagai medium untuk membuat promosi dan urusniaga.
Seawal 10 hari menyertai akademi saya sudah mendapat komisen…

Ruang Tamu sebagai Ruang Keluarga dan Ruang Tidur!

Image
Assalamualaikum. Nasib baik sempat lagi joint contest di blog Susun Atur Sioca untuk Cabaran Bulan Mac dan April: Ruang Keluarga.
Ruang Keluarga kami, dah jadi ruang-segala-ruang yang menjuarai carta ruang dalam rumah yang paling berharga! Amboi, ayat bukan main... Padahalnya ruangnya adalah tak sebesar mana, tapi kat situlah kami lambak segala benda dan menggunakan sepenuhnya.
Plan memang nak buat Family Room kat bilik di tingkat atas. Playroom pun dah setup walaupun biasa-biasa jer. Tapi, kalau dah namanya berada kat tingkat atas, nan adoooo nya kami nak naik ke atas. Naik ke atas rasa cam gayat gitu hahaha. Padahal pemalas nak turun-naik tangga. 
Tapi, kalau aktiviti semua kat tingkat bawah, best jugak tau korang. Dah jimat tenaga dan masa untuk mengemas ketiga-tiga bilik dan toilet. Makanya, bilik dah jadi ala-ala Display Room dan Closet Room ajer (amboi, ayat taknak kalah!)
Marilah sama-sama selusuri Ruang Tamu yang merangkap Ruang Keluarga dan Bilik Tidur kami ini. Hahhaa. Kami tidur…