Friday, April 11, 2014

1,2,3... Jom Tukar Langsir!

As Salam sekali lagi untuk hari ini.
Walaupun ayu dah ada lagi satu blog yang kononnya khusus untuk dekorasi, tapi tetap teringin nak share hal dekorasi rumah ayu kat blog ni. Sebab kat blog ni terasa hati ni lebih dekat dengan korang semua *bajet ramai pembaca setia hahahha*

1,2,3 Jom Tukar...... konon sangatkan!
Feeling rancangan kat TV-lah sangat!


Mata ni, dah sakit sangat dah tengok langsir tingkap tangga ni haaa.
Dari awal pindah sebelum puasa tahun lepas, dah nak puasa lagi sekali dah.
Masih macam ni jugak... buruk sungguh pemandangan!
Mana tak susah hati memikirkan (ko mampu susah hati fikir pasal langsir?

Kain lebihan sarung sofa yang buatkan untuk rumah mak kat Besut masa i baru kawen dengan nizam. Jahit buat langsir.
Asalnya railing besi dah ada. Tapi masa pindah rumah (angkat perabot bawah naik tingkat atas), railing terpaksa dicabut sebab tersangkut kat almari besor. Sudahnya, cabut pandai... pasangnya malas!

Malam kelmarin  ayu ada cakap kat nizam.
"Papa, agak-agak kalau ayu amik paku ketuk dengan lesung batu nak gantung langsir, pecah tak dinding?

Nizam jawab:
"Janganlah... nanti luka jari mama"

Eeeeiiiii....macam tau jer motif i nak sindir dia... suruh dia upah orang pasang railing atau buat sendiri. Kelakar pun ada dengar dia jawab macam tu. Konon macam sayang sangat kat bini kan... takut luka walaupun hanya mengetuk paku kat dinding dengan lesung batu.

Motif pakai lesung batu?
Sebab rumah ni takder tukul rasanya. Hahhaha. Dah la lesung batu dah tinggal sekerat sebab jatuh dan patah masa kitorang baru pindah sini. Menumbuk bawang pun susah nak lumat sebab dah sekerat, mana nak kuat. Macamlah sengkek sangat kan... pakai jugak yang tu. heheh. Nampak sangat jarang guna sebab tu tak kesah walaupun sekerat jer!


LOL... citer bab lesung batu la pulok!


Sambung citer langsir!
Then... ayu carik-carik dalam almari jumpalah langsir cotton zaman tak kawen lagi ni. Ada 2 helai, lagi sehelai tak jumpa pulak, mana ntah dia sembunyi. Kenalah pasang sehelai jer. 

Corak comel jer, maklumlah zaman remaja katakan...hehhehe. 

Memang betul i paku dinding tu dengan lesung batu hahahha.
Tapi takder la kejam sampai merosakkan dinding rumah orang kan. I ni penyewa berhemah tau. Bertuah tuan rumah yang i duduk rumah dia. 

I pakukan ajer kat tempat lubang screw railing yang dah dicabut tu. 
Sebab langsir ni cotton ringan jer, so boleh la gunakan tali rafia jer.

Hasilnya... comellah jugok kan daripada yang sebelum ni. Lebih kemas terutamanya bahagian atas dah bawah, sebab bawah tu pendek jer. So langsir ni dah pakai 'skirt' bak kata Eric Leong... sebabnya langsir ni tergantung tak sampai ke bawah.

Langsir Eyelet Nilai 3 yang ayu buat tu ada jugaklah untuk tingkap ni.
Tapi, rasa nak beli roman blind atau roller blind jer. Lebih kemas.
Langsir eyelet tu, nak letak kat tingkap bilik jer.
Itu untuk raya terus!
Jumpa lagi...

2 comments:

IeRA said...

Salam perkenalan

cik hani said...

Kak ayu,

Amboiii...comel langsir skirt..