Saturday, April 19, 2014

Anak seiras Papa atau Mama?

Assalamualaikum.
Masa pregnant-kan dania dulu, ayu suka tengok drama cina kat TV3 pukul 6pm-7pm tu.
Asal balik kerja jer, mandi solat asar then terus ngadap TV.
Masa tu duduk rumah sepelaung jer dari tempat kerja.
Nizam pulak selalu sampai malam sebab dia kerja kat Bangsar.

So, melayanlah citer cina sesorang.
Sudahnya, rezeki Allah kasik anak pompuan bermata sepet, kulit agak cerah dan rambut lurus.
Alhamdulillah, i memang suka chinese look. 
Sampai umur dia dalam 6 tahun kalau pergi memaner selalu orang cakap dia anak cina.
Tapi sejak sekolah rendah, dah makin malap kulitnya. 

Ini gambar masa dania Tadika 5 tahun. Memang macam anak cina.



Masa mengandungkan hariz, layan pulak CD korea.
Tapi kali ni, anak tak muka korea laaa... muka jawa macam papa dia hahah.
Sebijik sebentuk. Takper, orang kata orang jawa rajin. Amin.


Mata hariz bulat, kulit malap sikit dan rambut agak ikal.
Kalau perhatikan, macam takder iras pun dia dengan dania.
Paling syahdu, ramai yang cakap dania & hariz ada iras papa.

Oh! Sedih i. Banyak urat putus nih sebab 2x operate.
Sudahnya, both iras papa.
Kalau macam tu, kena cuba lagi sorang... hahhaha. Tetiber!

Sekian update dihujung minggu. Cepatnya masa berlalu, esok dah Ahad.
Jumpa lagi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...