Monday, April 21, 2014

Bakul Cantik dan Murah

Assalamualaikum.

Rasanya ramai yang ada koleksi bakul yang cantik dan murah ni. 

Ada beberapa saiz dan harga pun ikut saiz. Setakat ni ayu dah beli lebih kurang 10 bijik. Macam-macam saiz sebab memang suka sangat. Sangat praktikal boleh letak segala tok-nenek dalam tu. Sesuai sangat untuk yang tak berapa rajin nak berkemas tapi tak suka tengok keadaan bersepah.

Campakkan saja dalam bakul tu, dah tak nampak sepahnya hehhe.
Sejak duduk Semenyih, ayu dah jadi Duta Kebahagiaan The Store. Haaaa, dah letak jawatan dah daripada jadi Duta Keamanan Jusco. Sobbb sobbbbb. Kalau dalam The Store, apelaaaaah sangat yang boleh beli kan. Jumpa bakul macam ni pun dah rasa heaven. Sedeh la ko Ayu!


Antara kegunaannya... ini pun yang dah snap, malas nak snap pictures lain. Share jer gambar yang ada dalam folder.

Letak buku dan stationary atas SOHO ayu.

Tempat mekap, letak bedak-perfume segala

Kat dapur pun ado.
 So, selamat membeli jugak. Murah tapi cantik. Sehingga berjumpa lagi. Bye!

4 comments:

cik hani said...

Sy suka bekas ni sbb blh susun comel jer..

Norazlina Mummy said...

Thanks...IDEA jugak nih...

Jemput follow blog http://mummynabeela.blogspot.com/ TQVM

Rizziela said...

cantikkan? kemas ajer bila kita susun..kena g cari gak ni

Azziah Nawawi said...

saya suka jugak beli bakul, tapi bukan jenis ni. beli lain2 kaler ikut tema.. hihi..mcm2 jenis ada kat umah tu. senang nak susun