Wednesday, April 23, 2014

Dilema Bila Dinding Rumah Lembab

Eh... Lembab ke lembap? Rasanya betul dah tu lembab. Yang pasti, nak menceritakan tentang nak mencantikkan dinding rumah, tapi dinding lembab... keputusannya, dinding bercapuk dengan jayanya. Suka sukaaa sukaaa... tssskkk tskkk!

Kat ruang tamu... kononnya feature wall. Tapi sedeh! Huhuhhuuuu.


Masa baru pindah masuk.
Banyak juga kena keluarkan duit untuk mencantikkan rumah ni.
Terpaksalah kan... tak sanggup i duduk dalam rumah berdinding macam ni hehhe.


Then, nizam cat kaler biru tadika ni.
Apa angin ntah, masa tu suka pulak kaler biru! 
Padahal biru bukanlah kaler yang dalam senarai warna kesukaan. 
Lepas ni taknak dah kaler biru, rasa macam berada di nurseri hahah.


Merasa jugaklah rumah cam lawa dalam 2 bulan kot.


Lepas tu... inilah jadiknya!
Stress ok! Kami lap... then keluar lagi... lap lagi... keluar lagi putih-putih bercapuk ni.



Sudahnya... undercot semula putih. Takder keje i asyik nak menjaga dinding jer!


Sampai sekarang, inilah warna feature wall kami. 
Cantik jugak putih. Sesuai dengan kaler sofa gemuk coklat tu.
Nak suruh Nizam cat keseluruhan ruang tingkat bawah ni warna putih (kecuali dapur).

Nizam nak pasang wallpaper kat feature wall ni. 
Tapi ayu tak minat, sebab kalau pasang langsir bercorak, nanti nampak messy. 
Lagi pun, dinding bermasalah lembab ni, rasanya wallpaper pun tak sudi nak melekat!
Kang membazir pulak. Dah la renyah nak memasang. 

Or maybe... feature wall cat kaler kelabu gelap.
Lebih gelap dari warna kat bilik utama.

Wall deco pun tak letak apa-apa lagi.
Beli frame 3 serangkai tamak... sampai 2 set.
Sudahnya, tersadai kat luar rumah. 

Ok... rasanya ini cerita ulang tayang... maaf yer, takder idea hahaha
Lagi pun sekarang tengah mood nak fikir pasal cat rumah.
Boleh camtu?

Ok, jumpa lagi. Wassalam.

5 comments:

cik hani said...

kak ayu..
rumah sewa kite lagi teruk wall dia lembap..sebab bersebelahan dengan bilik air..geli sangat tau tgk kulat air tu

Anonymous said...

Sy cadangkan wall paper ok. Umh sy pun mcm tu gak, cat, plaster, undercot, pantycot. Name it semua dh last sekali wall paper .. Tu dia duit rabak sekali tu je tp setiap kali blk dri kerja tgk dinding yg cantik tu hilang rasa penat.tp utk 5 thn ke atas ada la gak mcm tercabut tp blh gam blk. Selesai masalah utk beberapa thn akan dtg.nk match dgn perabot n langsir x ada masaalah kat kedai byk pilihan. X semestinya ada bunga. Yg penting JANGAN ada bocor kat area yg nk letak wall paper tu

O'gosh Iskandar said...

lembap tu akan berterusan..first thing yg sy baca..kena biarkan bilik selalu berangin (airy)..terang then saya ada dapat 1 petua...yp sy belum buat lg..nnt dh buat dan berkesan br bole cerita kat blog la nampaknya..huhu

Ilyani said...

try check ade paip pecah kot...kalau x, xkan berkulat lg...better betulkan dalaman dulu...nanti frust je kalau cat lg or pasang wallpaper...

aremeen709 said...

Lama gak post ni ek? Problm sama mcm dinding hall n dining saya..last year kami tukar colour merah hati dan coklat tp syg lps 2bln mcm tu dh naik keputihan.tahun 2017 ni tgh fikir solution utk masalah ni..Wallpaper mybe??🤔