Monday, April 28, 2014

DIY Re-Upholstery Sofa

Assalamulaikum.

DIY katernya! Padahal sudahnya keluarkan duit jugak RM700 upah re-upholstery.
Syukur puas hati dengan kekemasan hasilnya.

Just nak share jer la kan.
Sebelum ayu pindah Semenyih, keadaan sofa LShape gemuk ni dah pecah-pecah.
Tapi rangka dan span masih elok 90% kualitinya.
Maklumlah, jarang duduk sebab letak dekat tingkap.
Pastu, TV pulak tak letak dekat sofa, maka selamatlah sofa ni dari dilenjan.

Ni dalam bulan Februari 2013.
Ayu letak separuh dari sofa LShape tu dalam bilik.
Sebab nak kasik ruang tamu luas tahap maksimum.
Lagipun, rasa semak tengok sofa buruk camtu.

Beginilah rupa parasnya. Sungguh menyayat hati (ayat, psycho sangat!)


Then, tetiber dapat ilham (amboi, ilham lah sangat kannnnn!)
Ayu ambik 2 helai langsir. Then letakla kat sofa ni.

Ala-ala re-upholstery tanpa jahitan. Bentang dan selit-selit jer.

Inilah hasilnya. Boleh laaa kan daripada yang asal tu. 

Hiaskan pulak dengan throw pillow 2 bijik. Ni sarung bantal masa kawen dulu. Masa tu trend gilaaaa sarung sofa macam ni.

Nak lagi cantik, letak pulak table runner. Hohohooo dah abes kreatif la ni heheh.

Ini memang untuk dilihat sahaja, jangan duduk! Duduk siap ko. hahaha.
Sebab letak dalam bilik yang tak guna, so boleh la buat macam ni. Cuba kalau tempat melenjan? Memang nanges la nak jaga kan. 

So, kalau korang ada sofa yang dah tahap menyayat hati tu, cubalah DIY re-upholstery atau 'mekap'kan dengan soft touch seperti kain, throw pillow, table runner dan apa-apa yang korang rasa sesuai. Just trial & error. Saja uji kreativiti dan minda. 

Sekian, nanti kalau ada gambar menarik dari folder gambar ayu akan share lagi. Tapi kualiti gambar tak cantik sebab main snap jer gambarnya. Takder skill nak ambik gambar dari sudut menarik dan bombastic.

Babai.

3 comments:

Aty_Fared said...

idea menarik... :) jimat jugak..

joijoi80 said...

tapi kalau u nak kemas cari staple gun.. balut terus bangku tu lagi cantik..

O'gosh Iskandar said...

woo..ni mmg x bagi duduk ni...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...