Wednesday, April 23, 2014

Kelas Asas Blog dan Fanpage| Apa yang Kita Pelajari?

Sumber: Facebook Group Rakan Niaga ABDR

Assalamualaikum. 
Mungkin ada yang nak tahu, kenapalah si Ayu ni dah ada bisnes, dah ada blog, dah ada fanpage, dah ada pengalaman buat online business TETAPI masih lagi belajar semula dari ASAS tentang Blog dan Fanpage!

Rupanya, selama ni... ayu ni banyak lagi kekurangan ilmu. Mungkin yang ada dalam diri cuma 5% jer ilmu dalam online bisnes. Budaya ilmu dalam bisnes sangat penting. Ayu memang tak dapat la nak pergi kelas Offline yang otai marketing buat. Tapi kalau kelas online, memang boleh dan bersyukur berjumpa dengan Akademi Bekerja di Rumah.

Iyer korang... semuanya belajar tru ONLINE sahaja. Facebook dan whatsapp. Dengar suara Sifu Masayu Ahmad dan Cikgu Online Zaila Mohamad pun belom! Tapi kelas berjalan dengan baik, as well as business. Alhamdulillah :)


Sini ayu nak share tentang Apa yang kita akan pelajar dalam kelas online Asas Blog dan Fanpage anjuran Akademi Bekerja di Rumah. Semoga ia bermanfaat untuk semua. 

1) Kelas ini khusus bagi surirumah yang benar-benar 'zero' tentang urusniaga secara online.

2) Mahu mula tetapi tidak tahu cara.

3) Mahu mula tetapi tidak ada produk. 
Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di Akademi Bekerja di Rumah.

4) Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100, begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.

5) Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

6) Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. Ia juga untuk membina jaringan bisnes secara online.

7) Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Untuk bermula, kita analisa dahulu, PM/Whatsapp saya. Pendaftaran adalah setiap hari.

Rahayu Abdul Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
013-255 0727

No comments: