Sunday, April 27, 2014

Musim Mengirai Duit di Pustaka Rakyat, Semenyih

Assalamualaikum.

Mungkinkah sebab faktor umur?
Kegilaan untuk bershopping pakaian memang dah takder.
Rasanya beli pakaian last masa raya puasa tahun lepas.
Nak sedeh ke nak nanges, asyik lenjan baju sama jer?

Actually, tengah dalam kesedaran nak semaikan rasa cinta pada buku kat anak-anak.
Susah hati laaaa... anak-anak asyik nak berkepit dengan gadjet jer.
Now dah kurang sikit sebab dia dah start sukakan buku.

So, sebelum terlambat... kena mulakan. 
Better late than never!

Ayu pun dah kemaruk baca buku-buku motivasi berbentuk kerohanian.
Jiwa kosong, perlu diisi. Masa lalu banyak sangat lalainya.
Mengejar dunia melampau-lampau. Sobbb... Sobbbb.
Syukur Allah berikan ujian untuk beri kesedaran.
Biar sedikit, asalkan ada... dan semoga Istiqamah. Amin.

Khamis lepas TNB dah gaji... Hoyeahh hoyeahhhh!
Dah cakap dah kat Nizam, dania dan hariz.
Malam kita pergi beli buku kat Pustaka Rakyat.
Hariz pun suka sangat. Asal sebut jer berjalan, kemainnn suka.
Dasar ikut sangat perangai mama dia :P

Dah cakap dah kat Nizam. 
Setiap bulan, ayu nak dia kasik ayu dan anak-anak RM100 bajet untuk beli buku.
Atau apa-apa berkaitan ilmu dan pembelajaran.
Sebagai suami penyayang... dia pasrah (baca: pasrah ok, bukan redha haha)

Untuk ayu, beli 2 buku ni jer. 
Plan asal nak beli keempat-empat buku tulisan Roza Roslan.
Tapi yang ni jer ada. Frust mak!
Buku kat Pustaka Rakyat Semenyih ni selalu out of stock.
Nak ke MPH atau Popular dah jauh.... sobbb sobbbb.

Bagus tulisan beliau samada di buku dan blog. Sangat menyentuh hati. 
Sebelum ni ayu dah beli buku Travelog Haji tulisan suami beliau (Prof. Kamil).
Seriusly, buku ni wajib dimiliki kita semua. Rugi kalau tak baca.

1. Travelog Cinta Abadi (RM19.90)
2. Travelog Kehidupan Abadi (RM19)
3. Travelog Impian Abadi (RM19)
4. Bukan Sekadar Resepi (RM35)

Nanti nak pergi kedai buku kat Tesco, mungkin ada.
Nak baca ikut turutan baru seronok. Sebab buku ni macam jalan cerita. 

Murah jer bukunya. Tapi ilmu dan manfaat yang kita akan dapat? Subhanallah. 
Hebat sungguh kuasa 'penulisan' bila menulis dari hati. 


Nak beli buku untuk hariz, macam takder yang berkenan. 
Lagipun kelam-kabut sebab pergi dah pukul 9malam lebih.
Just beli 3 poster (tatau nak namakan apa), yang tampal kat dinding tuuuu
ABC, 123 dan Huruf Jawi.

Nampak gayanya, kat hall jadik macam nursery la. 
Mana lagi nak tampal kalau bukan kat hall tu.
Tampal kat bilik kanggg ada 'pelajar' lain pulak... erkkk! nauzubillah.

Dania pulak, macam biasa.
Tak habis-habis membeli pensil warna dan pencil case.
Pensil warna asyik hilang jer. Kawan pinjam
Siap kawan bawak balik rumah  sekotak ok.
Oh! Ingat barang-barang anak i ni barang untuk kebajikan kot hahha.

Nak beli buku Saya Sayang Nabi: Kisah Hidup 25 Rasul.
Tapi takder jugak.... Hok alohhhhh. Aper yang ado nyaaaa.

Total pembelian almost RM70. 
Dapat diskaun sikit sebab guna membership kakak nizam.


Dania beli frame gambar nak kasik hadiah kat 2 cikgu sekolah kebangsaan yang nak pindah. Sudahnya, Jumaat dia tak pergi sekolah sebab sakit kepala. Simpan jer tunggu ada cikgu lain nak pindah. hehhe. Beli kat kedai RM2 jer, sebab tu jer tempat yang ada dekat-dekat situ. 

Ayu dah habis baca buku SMILE yang ada gambar Irma tu.
Best jugak. Nanti ayu buat Review.

Jumpa lagi... selamat menjalankan tugas dan semoga segala urusan kita diberkati dan dipermudahkan. Amin.

Salam sayang;
Ayu Rashid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...