Wednesday, April 30, 2014

Pasu Ikea dan Bunga Purple

Akhirnya... pasu idaman kalbu dah selamat dibeli.
Itu pun mintak tolong Finaz, wife kawan kerja nizam belikan.
Beli 4 bijik. RM9.90/each.

Plan nak letak pokok hiasan yang daun-daun jer.
Asyik bunga jer, rasa semak jugak rumah hehhee.
Konon nak letak kehijauan daun dalam rumah.
Kalau letak pokok hidup nak kena jaga, renyah pulak.


Buat sementara sehingga entry ini ditaip.
Ayu letakkan bunga lama jer. 
Bunga rose dari Lovely Lace yang memang dah dalam pasu putih.
Dan bunga Orkid beli kat Kemaman beberapa tahun lepas.
Both color purple. Kebetulan pulak, tapi match dengan pasu putih.

Letak jer seketul dalam pasu Ikea ni. Comel!

Letak atas workstation. Alas meja comot hehehe.

Lagi 3 bijik... letak bunga orkid. Lagi 2 saja biarkan kosong. Style-lah konon!

Letak atas meja makan kat dapur.

Plan asal nak ajak nizam pergi Romantika kat Warta lama Bangi.
Tapi, malam ni nak cuba carik dulu kat kedai-kedai di Pekan Semenyih.
Mana tau ada jual pokok hiasan daun saja kat kedai bunga atau kedai serbaneka biasa.

Semata nak ke Bangi nak beli bunga, rasanya nizam tak layan kot hahaha.
Lagi pun, bahaya kalau pergi Romantika. 
Daripada nak beli daun, dengan pasu, bunga dan ranting sekali i beli.

Nanti bila dah beli dan gantikan dengan daun/bunga baru.
Ayu share lagi... Jumpa lagi. Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...