Friday, April 11, 2014

PERTAMA KALINYA...

Assalamualaikum.

Segan sebenarnya nak share kat sini. Tak ada niat nak menunjuk sedikit pun. Cuma ayu nak berkongsi kegembiraan pertama kalinya merasa hasil dari menyertai Akademi Bekerja di Rumah.

Alhamdulillah. 
Semalam adalah hari ke-10 ayu menyertai Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Semalam juga Allah murahkan rezeki ayu. Mendapat 2 orang pelajar yang mendaftar di ABDR melalui Ayu. Tapi ayu bukanlah 'cikgu online' yang mengajar. Masih belum berkelayakan lagi, dan buat masa ni ayu belum bersedia untuk commit sebagai tenaga pengajar.

Rezeki pertama dari Akademi... RM100.

Hanya mengadap labtop dan handphone sahaja. Itu pun handphone asyik berebut dengan Hariz hehehe. Kegembiraan dikongsikan dengan suami. Terus whatsapp dia beritahu! Dia macam tak percaya. Sebab tu ayu selalu bercerita kat dia, apa yang ayu buat dan rancang. Untuk mendapatkan sokongan dan mengelakkan kecurigaan heheh. 

So, kepada yang ingin bekerja dari rumah sepenuhnya. Ayu sudi berkongsi tentang ABDR dan bagaimana ABDR dapat membantu kita menjana wang dari rumah. Oh yer, seorang pelajar tersebut adalah silent reader blog ayu, dan lagi sorang kawan yang ayu kenal melalui online jugak dalam tahun 2011 tak silap. Semoga both of you dapat menimba ilmu dari ABDR dan dipermudahkan urusan menambah pendapatan. 


Last but not least, quote of the day untuk renungan kita bersama, khususnya yang pernah merasai apa ayu lalui... tercari-cari arah mencapai impian, yang dibuat terhenti separuh jalan kerana kita dah tak nampak sinar untuk kita terus melangkah... atau yang takut untuk mencuba sesuatu yang baru:

Kegagalan bukanlah orang yang tumbang;
TETAPI orang yang gagal bangkit walaupun masih diberi peluang!

Jumpa lagi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...