Tuesday, April 15, 2014

Resepi Nasi Minyak Terengganu

Kalau balik Besut, mesti nak makan nasik minyak terengganu version. Dulu masa pregnant-kan hariz mengidam nak makan nasik minyak, nasib baik kakak ipar terer masak. Gigih dia tolong masakkan. Ingat lagi, seperiuk besor. Yang mengidam takder la makan sangat, orang lain lelebih. Biasalah, family besor kan. Meriah macam hari raya, meraikan mak buyung!

Masa bulan puasa tahun lepas, first time ayu masak nasik minyak. Resepi mintak dengan kawan. Alhamdulillah menjadi dan sedap (*suka benor puji masakan sendiri kan, ko mampu senah?).

Tiap-tapi kali masak resepi baru, mesti ayu akan tanya nizam. Sedap ke tak. Alhamdulillah, dia kata sedap... berani dia nak kata tak sedap? Kena tulah nanti hari-hari i ajak makan kat luar sebab merajuk punya pasal (padahal malas masak heh!)

Balik besut cuti sekolah bulan lepas, masak nasik minyak jugak. Gulai ayam mak yang masak. Gulai ayam mak ayu buat memang tak mampu lagi nak challenge. Secret Recipe Nenek Jah tuuuuuuu. Padahal dari kecik ayu tengok mak masak gulai ayam macam mana (ewah! dari kecik katanya! macam la rajin menolong kat dapur kan!). 

Agaknya sebab mak guna rempah yang tak sama ayu guna. See, rempah yang i salahkan hahhaa. Dah cuba ikut sebijik-sebijan macam mak buat, tapi tetap tak sama. Itulah dinamakan Air Tangan Ibu. Takder tolok bandingnya. 

Minggu lepas, dania request nak nasik warna-warni macam mama masak kat rumah Nenek Jah. Haaa! Bila dania request tu, confirm dia suka dan dia akan puji sedap mama masak. Alhamdulillah, happy dapat masak makanan yang anak suka. Berselera dania dan hariz makan. Papa dorang jer tak dapat merasa yang kat Besut dan kat rumah minggu lepas. Tu laaaa, suh tukar keje Region takmau. Sayang benor dengan Life Line Unit dia tu.... *erkkk, tetiber sangat kan!

Resepi, Ayu google jer hahahhha. Silalah google yer kawan-kawan dengan keywords:
"Resepi Nasi Minyak Terengganu"
Bersepah keluar resepi. Cuma nak kena agak-agak bahan nak masuk banyak mana bergantung kuantiti nasik yang korang nak masak tu.

Ayu guna resepi dan bahan yang basic jer. Tak guna pun minyak sapi segala tu. I is masak cincai-cincai jer. Tengok jer la potongan acar sayur tu, boleh tercekik. Masa buat acar kat Besut tu pun mak ayu bebel. Katanya, potong kobis macam nak goreng. Kasar! Hahhahaa... iyer, i memang pemalas nak buat kerja berseni kat dapur ni. Asal siap dan sedap, alhamdulillah.

Jumpa lagi, selamat mencuba. Sedap tau nasi  minyak Terengganu!

4 comments:

cik hani said...

Terliur..teringat kat mak di kg

Rahayu Abdul Rashid said...

Takper,,jauh dimata sentiasa dekat dihati :)

Rose Azadir said...

Tak pernah makan, nampak cam sedap jer...anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

Rahayu Abdul Rashid said...

wsalam Rose. tq. sedap! cubalah buat, takder la susah mana pun. lauk ayam masak merah pun ngam dengan nasi minyak