Saturday, April 19, 2014

Ruang Tamu sebagai Ruang Keluarga dan Ruang Tidur!

Assalamualaikum.
Nasib baik sempat lagi joint contest di blog Susun Atur Sioca untuk Cabaran Bulan Mac dan April: Ruang Keluarga.

Ruang Keluarga kami, dah jadi ruang-segala-ruang yang menjuarai carta ruang dalam rumah yang paling berharga! Amboi, ayat bukan main... Padahalnya ruangnya adalah tak sebesar mana, tapi kat situlah kami lambak segala benda dan menggunakan sepenuhnya.

Plan memang nak buat Family Room kat bilik di tingkat atas. Playroom pun dah setup walaupun biasa-biasa jer. Tapi, kalau dah namanya berada kat tingkat atas, nan adoooo nya kami nak naik ke atas. Naik ke atas rasa cam gayat gitu hahaha. Padahal pemalas nak turun-naik tangga. 

Tapi, kalau aktiviti semua kat tingkat bawah, best jugak tau korang. Dah jimat tenaga dan masa untuk mengemas ketiga-tiga bilik dan toilet. Makanya, bilik dah jadi ala-ala Display Room dan Closet Room ajer (amboi, ayat taknak kalah!)

Marilah sama-sama selusuri Ruang Tamu yang merangkap Ruang Keluarga dan Bilik Tidur kami ini. Hahhaa. Kami tidur kat ruang tamu jer, adalah ruang sikit sebelah sofa, Muat letak tilam queen sebijik dan tilam single sebijik. Dania dan Hariz atas tilam queen, papa dan mama berhimpit atas tilam bujang. Haaa! Baru romantika kan... Padahal siap bertolak-tolak tu bila panas...hahahha.

Bila pintu sliding door, nak mendeko pun agak terhad. Sebab ayu memang tak suka messy dan banyak sangat barang.

Sofa gemuk ni memang makan banyak ruang.
Throw pillow tu semua memang nak kena rajin kemaskan. Kalau tak, memang sentiasa berterabur.

Elemen dekorasi perlu dijaga sentiasa. Walaupun sinilah tempat anak main dan buat sepah-sepah, memang kena jaga. Sebab ayu lebih utamakan kekemasan dan kebersihan. I memang takleh tengok sepah-sepah. Jiwa kacau!


Sentiasa pastikan keadaan rumah kita 'presentable'. Tak perlu tunggu orang nak datang baru berkemas. Sebab yang memandang setiap hari ialah kita, bukan orang lain. 
Nampak cermin sikit tu? Kat sini jugalah tempat kami bersiap (sikat rambut, mekap dan segala yg berkaitan dengan mencantikkan diri hahah). Drawer baju anak-anak pun kat sini (tempat letak bunga kuning tu). Haaaa, punyalah malas nak naik atas. 

Inilah keadaan sebenar!
Dah macam rupa nursery! Dengan tikar evamatik sampai 3 bidang bentang.
Karpet sikit jer keluarnya, lebih letak masuk bawah sofa. Hehehe.
Biarlah rumah macam nursery pun, asalkan selesa dan senang nak manage.

Meja kerja saya dan meja belajar anak. Kalau anak-anak nak guna meja dorang tu, ayu akan angkat letak depan TV (kat tempat dania duduk macam gambar di atas tu)

SOHO saya. 

Kat sofa ni lah tempat feveret hariz nak main sepah-sepah. Dilonggokkan semua ultraman dan mainan lain.
Ayu memang sediakan bekas untuk dia isi mainan. Lepas main, dia selalunya akan kemas dan letak semula kat rak. Sebab ayu cakap camni: "Kalau tak kemas lepas main, mama buang ultraman dalam tong sampah!"
Haaa... mau dia tak takut hahaha!

Kat lantai depan TV jugalah tempat paling sesuai anak-anak nak 'berkarya dan ber-kreatif'. Ayu biarkan jer dorang buat sepah. Ayu akan layan dorang main sama, sebab nak elakkan dorang terlalu leka dengan gadjet. Dapat sejam dah jadik dah main benda-benda camni ngan anak-anak.


Sinilah jugak tempat nap dan tidur kami. 
Hariz jenis bangun pukul 9.20 - 10.00 pagi. 
Tak boleh kami nak tidur kat atas, sebab nak siapkan dania pergi sekolah. Lepas tu ayu selalunya terus masak untuk lunch dan solat Dhuha. 
Ayu jarang tidur lepas subuh, masa ni jugak paling sesuai untuk buat kerja hal bisnes dan update blog.
Sambil sarapan, ayu akan buat kerja while hariz masih tidur. 

Bila hariz dah bangun, ayu akan uruskan dia dan main dengan dia. Dania balik sekolah agama kami melayan dania pulak makan dan nak bersiap ke sekolah kebangsaan.

Sebab tu, terpaksa tidur kat ruang tamu. Kalau tidur kat atas, memang ayu kena tidur semula sebab menunggu hariz bangun. Kangggg ada jugak budak terjun tangga tengok mama takder!


Bagaimana nak kekalkan kekemasan dan kebersihan jika ruang tamu dijadikan sebagai ruang keluarga dan ruang tidur?

Ikutkan tak kemas sentiasa pun hehe. Ada anak kecik, manalah mampu nak 'maintain' 24/7! Ada masa kemas, ada masa bersepah. Tapi ayu sentiasa kemas bila nampak bersepah sikit-sikit tu. Maksudnya jangan tunggu dah satu rumah macam dilanggar tsunami baru nak berkemas. Memang letih la macam tu.

Contohnya, kalau anak buat sepah throw pillow kat sofa, dah nampak dia dah tak main area situ... pegilah susun semula. Haaaa, gitu kekdahnya. Tak susah pun, asalkan konsisten.

So, as for me... takder masalah besar pun jika ruang tamu dijadikan ruang keluarga. Lagi pun kami bukan selalu terima kunjungan tetamu pun. Hehehe, cuma mata ayu sendiri yang tak boleh tengok rumah bersepah, so secara tak langsung... keadaan rumah bolehlah dikatakan terurus. 

Sebab tu lah ayu tak suka rumah banyak perabot dan hiasan. Hiasan kecik-kecik memang is a big NO laaaa. Nampak sangat pemalas nak lap habuk kan! Ayu memang kagum la orang yang ada hiasan yang banyak tapi rumah dia bersih jer. Rajinnya korang!

Ok.. sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Penaja:
http://www.rehanswardrobe.blogspot.com/
http://akubukanpenulistegar.blogspot.com/

3 comments:

cik hani said...

kalau rumah 2 tingkat memang malas nak turun naik..so far rumah sewa saya ni satu lantai jer... pusing-pusing pun kat situ jugak

Fizah said...

fewwiitt...baru nk menjengah kak...suka sgt tgk rumah akk ni...sebijik ngan sy yg sukakan konsep minimalis. mmg tak prefer perhiasan byk2 dan kecik2 tu.klu dapat masa org kawen mmg bagi kat mak terus hihi. kecuali kalau bekas storage, yg tu akan dipertimbangkan nk simpan atau let go.

btw, suka sgt dgn term runah yg presentable...i like it so much...=))

suri said...

salam perkenalan kak, suka tengok anak akak tido elok je depan tv, kalau anak saya pon mcm tu... alangkah heaven nyerrr... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...