Wednesday, April 30, 2014

Ruang Tamu| Sudut Anak-anak Belajar dan Bermain

Assalamualaikum.
Dania demam tonsil lagi sejak hari Isnin.
Makanya, Isnin sampai hari ni tak pergi sekolah. 

Semalam ayu dan dania menampal poster ABC, 123 dan Alif Ba Ta kat dinding.
Yang beli kat Pustaka Rakyat Semenyih minggu lepas.
Kat Muadzam weekend lepas beli poster Sifir untuk dania.
Saiznya kecik berbanding yang lagi 3 tu. Boleh la dari takder.

Nak latih anak-anak biar rajin belajar sikit. Asyik nak main dan tengok tv jer. 

Ni jer ruang yang sesuai. Since dinding tiles, senang nak lekatkan guna double sided.
Letak tikar evamatik siap-siap. 

Dah siap! Then, letak meja belajar dania kat situ.
Dania dah tak guna meja ni untuk belajar atau buat homework. Dia guna meja workstation ayu. Sekali dia guna, bersepah sisa pemadam. Angin jer, tapi sabor jer lah... kang sentap pulak budak nak belajar. 

Eksaited! Sudahnya bukan dia yang diajar, tapi dia yang mengajar!
Dia tanya: "Mama, ni apa?"
Mama pulak kena jawab.  Takper, tu pun learning proces. Anak orang lain 3 tahun ada yang dah pandai baca. Hariz baru nak belajar hehee.
Tapi memang taknak ajar dari awal sangat, nanti dia bosan. Slow-slow-lah kan.

View dari pintu masuk. Senang semua kat ruang tamu. Fully utilised. Walaupun deko dah jadi ntah-apa-apa... dan tatau nak cantikkan macam mana dah, asalkan senang nak uruskan rumah dan anak sudah laaa.

Yang penting, masa i buat kerja kat SOHO,anak-anak ada depan mata dan dorang ada aktiviti sendiri. Macam ni lah jadik WAHM. Semua kena fikir untuk memudahkan dan meminimumkan tugasan.

Eksaited bukan main. Sampai lepas gi toilet pun tak sempat pakai seluar dah nak belajar. Tapi dia yang ajar dania!
Lepas ni nak beli buku-buku untuk hariz pulak. Atau apa-apa yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Tengok kat internet banyak yang menarik. Buku-buku Nuri dania dulu pun banyak yang hariz boleh guna. Sebab buku Nuri banyak bergambar yang menarik.

Jumpa lagi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...