Friday, April 4, 2014

Sidai Kain dalam Rumah - Sangat Praktical!

As Salam.

Ayu basuh baju tiap-tiap hari.
Waktu pilihan ayu nak cuci baju ialah waktu malam!

Sebabnya basuh sekali harung dengan baju sekolah kebangsaan dan agama dania.
Dania balik sekolah kebangsaan dalam pukul 6.30pm.
Malam lepas isyak ayu start masukkan baju dalam washing machine.
Sambil-sambil tengok dania buat homework dan tengok tv.

Dah siap mesin tu mencuci, terus sidai dalam rumah!
Macam ni haaaa.... hehehhhe.

Keadaan sidai kain macam ni memang bagus.
Membuktikan bahawa kami sekeluarga tak pakai susuk hahaha.

Walaupun sidai kain katakan dah pukul 11.30pm.
Bangun subuh dania nak pergi sekolah dah kering.
So, dania dah boleh pakai stoking, anak tudung dan tudung yang dia pakai semalam.
Sebab anak tudung ada selai jer, tudung 2 helai.

Biasanya, bila dania dah pergi sekolah agama... ayu dah tak tidur.
Sambil-sambil tu ayu lipat terus semua kain yang dah kering.
Kalau kumpul, memang makin malas. Sangat tak suka lipat baju!


 Kalau tadi untuk sidai pakaian anak-anak. 
Ini pulak tempat sidai pakaian ayu, nizam dan baju dania yang besar.
Haaaa... serba guna sungguh hehehhe.
Fully utilised ok. 
Kalau rumah Shah Alam dulu gantung kat railing langsir bilik dan tingkap.
Kat rumah sekarang, gantung kat sini.

Kalau tak cukup jugak tempat sidai dalam rumah.
Ayu sidai kat grill pintu masuk.

Nak naik sidai kain kat bilik atas pun boleh.
Sangkut kat almari baju dan tingkap.
Tapi dah katanya malas nak naik tangga kan.
Kalau banyak sangat baru bawak naik sidai kat atas.

Best cuci baju waktu malam ni.
Sebab dah kurangkan satu kerja kita pada esok harinya.
Bangun pagi pakaian dah siap cuci, dah boleh dilipat kalau yang dah kering.
Rumah pun ayu kemas waktu malam bila anak-anak dah tidur.

So, takder la terkejar-kejar nak masak atau layan anak.
Boleh la luangkan lebih masa untuk urusan bisnes jugak.

So, kalau ibu yang bekerja pun boleh buat camnie.
Sebab masa ayu kerja dulu pun ayu membasuh pakaiana waktu malam jugak.

Uruskan masa dengan sebaiknya.
In shaa Allah, kurang sikit penatnya.

Jumpa lagi. Selamat berhujung minggu!



3 comments:

mamaairis said...

sangat praktikal...saya pon selalu buat..hihih..mesti yang belakang tv tuh paling cepat kering..panas kat belakang tuh...hihihhihi

~*irjune*~ said...

Sy pun sidai baju kat dlm umah. Tempat sidai plak kat area dapur. Sidai mlm, esok pagi dh kering.

Azziah Nawawi said...

sama mcm saya! hahaha.. mak2 mmg gini kan? saya sidai kat meja makan. penuh semua kerusi sidai baju.. bgn pagi, eh dah kering..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...