Monday, June 29, 2015

Style-kan Langsir Sliding Door jenis Bukak Tepi

Assalamualaikum.

Ayu suka rumah ada sliding door. Sebab rumah nampak luas dan best nak pasang langsir cantik-cantik. Tapi kalau rumah sendiri, ayu taknak sliding door tu digunakan untuk keluar-masuk. Maksudnya ada sebuah pintu lain yang bersaiz biasa untuk guna keluar-masuk. Makanya, sliding door tu sekadar untuk hiasan hehe. 

Macam rumah mak ayu kat Besut, sliding door hanya boleh bukak tengah. Rumah mak nizam punya best, sebab boleh bukak tengah dan bukak tepi. Orang ado-ado kan... boleh la buat yang mahal hehhe. Kami ni nan adooooo... berangan sudah!

Rumah mak ayu sliding tu digunakan untuk keluar masuk. Sebab sliding tu menghadap jalanraya dan kalau nak keluar-masuk tu, itulah pintu yang paling senang dijumpai (dijumpai tuuuu). Pintu biasa lagi satu, menghadap ke arah lain. So kalau mak ayu tutup sliding tu, memang orang ingat takder orang kat rumah. 

Sudahnya, tak boleh laaa nak letak sofa atau apa-apa hiasan kat depan sliding tu. Dah susah nak ubah-ubah kedudukan perabot. Biasalah, orang tua... kalau boleh nak lapang-selapangnya. Kalau ikutkan ayu, depan sliding tu nak letak sofa. Kejam bunyinya. Menyesal pulak letak sliding door menghala jalanraya. Kalau tau, i letak menghala ke belakang rumah. Boleh camtu?

Ayu suka sliding door boleh bukak tengah. Sebab tak menghalang laluan dan paling penting, langsir boleh ikat tepi.  Kalau letak day curtain pun cantik jer boleh nampak bila kita ikat tepi night curtain. Tapi rumah mak ayu kat Besut tak letak pun day curtain. Sebab rasa semak pulak sebab angin selalunya kuat, nanti bukan main meriah berterbangan. Lagipun bila guna pintu tu untuk keluar-masuk, rasa macam rimas pulak. Cuma bila raya baru letak day curtain. 

Rumah kampung pulak tu, rasa tak berapa sesuai nak bertutup sangat. Kalau ikut sama ke tepi pun, nampak cam bergumpal. Ayuuuuuuu-lah tukang betulkan cantik-cantik, sebab kalu mak dan adik-beradik ayu ikat ke tepi, memang menyedihkan. Buruk! Asal tersangkut sudah. Ayu mata ni memang tak boleh, semua nak perfect jer. Sudahnya, aku yang letih hahahha.


Rumah sewa kami sekarang, sliding bukak tepi. Itu jer pun pintu yang ada. So, pasrah la kan. Kalau rumah sendiri, wajib ku zikirkan kat nizam, suruh buat macam sliding mak dia. Boleh bukak tepi dan tengah. Tapi, bila sliding adalah satu-satunya pintu yang ada, memang susah. Rumah pun tak luas mana, nak letak perabot lagi la susah. Dah la sofa L-Shape tu besar gedabak-gemok camtu. Mati idea nak deko macam mana.

Selalunya, macam ni jer la yang boleh dibuat. Pakai langsir tebal dan gelap tu wajib. Sebab kami suka bergelap. Kami tak suka cahaya hahahha. Orang kata orang migrain suka bergelap. Entah, rasanya kami takder migrain. 

Tapi, bergelap ni best. Sejuk dan nyaman jer badan dan mata. Tu yang rasa mengantuk manjang hehehe. Malam pun suka bergelap. Tengok tv ON lampu dapur jer. Dania pun dah ikut style papa mama dah. Hariz jer belum nampak lagi ciri-ciri suka bergelap. Cuma kalau dia nak tidur, dia akan suruh OFF tv. 


Ini jer la yang mampu dibuat untuk menggayakan langsir. Jangan sebut pasal suruh pasang railing tinggi sampai siling. Dah penat zikir kat nizam. Tahap tazkirah ala-ala ustazah Bahyah jer belom kubuat lagi. 

Nampak tak jahitan langsir kat bawah tu? Bukan main besar lipat. Tu alter sendiri, jahit pakai tangan. Gigih ok! Sebab langsir ayu semuanya panjang dalam 2.5m. Memang cun sangat untuk gantung sampai nak cecah siling (langsir dari rumah Seksyen 7). 

Apa nak buat dengan tali langsir zaman tok kaduk ni? Mari kita style-kan langsir sliding door itu. Style apalah sangat yang boleh buat kalau dah jenis pintu macam tu, railing rendah dan langsir lama tu kan!

Ikat macam ni jer laaa yang mampu dibuat. Tapi nampak kemas la. Bila nak tidur siang, i bukak dua-dua tali pengikat tu. Hai! Kata suka bergelap kan, padahal rumah ni dah malap dah sebab rumah 2 tingkat ni memang malap sebab pencahayaan kurang.

Pandangan sisi. (Saja nak banyakkan gambar dalam entry hahaha). Baru perasan, match pulak sarung bantal dengan karpet dan langsir. Masa beli bantal tu tak perasan pun. Lagipun langsir tu beli tahun 2009, karpet 2010 dan bantal tu nak raya cina 2014. Nampak sangat i ni suka kaler coklat dan kelabu asap. Oh! Gelapnya duniaku :P
 
Bila gunakan sliding door bukak tepi, nak letak sofa pun dah susah. Macam ni ajer la boleh diletak. Sebab nak elakkan menghalang laluan. Ultraman Hariz pun senang nak bertarung dan buat sepah. Bila ultraman dan resakse bertarung, bantal-bantal tu semua jadi mangsa. At the end of episode, mama dia pulak bertukar jadi resaksa. Itu sudah pasti :P

Last but not least. Pokok kesukaan. Letak sepasu di dalam rumah... supaya sentiasa dekat dihati. Dulu masa kerja UNISEL selalu ambik kat tepi lobi hahaha. Dah tak kerja, kenalah beli. Maklumlah, menanam pokok sentiasa laaa mati pokoknya. Bak kata nizam: "sudah-sudah la tu Ma menyeksa pokok", Kejam sangat ke aku ini, heheh.

Terpanjang pulak entry kali ni. Jumpa lagi... selamat ber-hari Isnin!

P/S: Blog lagi satu juga turut ada update. Jemput singgah

5 comments:

Linda said...

Kemasnya rumahh..:)

Aty_Fared said...

saya tak suka sliding door..hahaha..pelik kan.i saya suka kalau di ganti..tapkan ngan tingkap modern besar panjang....tak tau kenapa tak suka..maybe sebab sebelum ni dah biasa pakai..jadi konon2 nak lain sikit...poyo tak..hahaha

IeRA said...

salam singgah..

saya pun tengah survey langgsir juga ni..

Rahayu Abdul Rashid said...

Linda: kemas masa si anak belom bermaharajalela hehe.

Aty: bukan poyo, tapi mencarik kelainan... taste memasing kan.

Iera: hai tq. Ayu mmg gila langsir. Hehee

Anonymous said...

ini sliding 3panel ek?biasa pakai bpe mter kain?lau nk wt cmni?reply.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...